rendang

3 0 0
                                    

"Jadi Naz pilih Sarah?"
"Saya tak pilih sesiapa"
"Tapi kenapa?"
"Tak perlulah awak tahu sebabnya"

"Naz, Huda ni perempuan. Huda tak tahu macam mana nak cakap lagi yang Huda betul-betul cintakan Naz, nak hidup susah senang dengan Naz. Kalau ada apa-apa berterus terang dengan Huda. Huda boleh terima apa saja kekurangan diri Naz"
"Huda,sudahlah. Keputusan saya muktamad"

"Baik, mungkin sekarang Naz takkan pilih Huda. Tapi Naz kena tahu satu perkara tentang Sarah. Huda tak nak dia permainkn Naz di masa depan. Naz boleh pilih sesiapa saja tapi bukan dia".

"Huda, saya datang jumpa awak sebab nak beritahu keputusan saya. Awak dah tak perlu nak tambahkan dosa bercakap buruk tentang orang"

"Sarah pernah hampir terlanjur. Dia sendiri tak ingat apa yang berlaku. Kalau tak kerana Aidil yang selamatkan dia, dia dah rosak. Naz nak ke perempuan yang rosak akhlak macam tu jadi isteri Naz?"

Nazril pandang Huda dalam-dalam.
"Awak baru tunjukkan pada saya yang sikap awak lebih teruk daripada dia. Sepanjang saya kenal dia, hanya satu sikap buruk awak yang Sarah pernah beritahu saya. Iaitu hipokrit. Selain itu dia tak pernah beritahu benda buruk pasal awak, malah cuba rapatkan saya dengan awak"
"Dia ada agenda lain,Naz",bangkang Nurul Huda.
"Awak tak penat ke hidup dalam pemikiran negatif,Huda? Apapun awak cakap tentang dia, tak pernah merubah perasaan saya pada dia. Saya ikhlas cintakan dia, malah masih cintakan dia. Cuma saya tak boleh pilih dia. Dan untuk berlaku adil, saya takkan pilih awak juga. Sebab saya tak pernah cintakan awak".

.................

#rasn spin offWhere stories live. Discover now