Sarah lega semuanya sudah habis disembur pada lelaki itu. Keadaan mula-mula tadi agak tegang namun nasib baik Nazril masih sabar melayannya. Kalau tak mesti tempat ni dah jadi tapak kes jenayah.
"Kau bincang apa dengan Abang Naz?",soal Qistina.
"Aku dah bagitau jawapan aku. Aku tak nak kahwin dengan dia. Selamat jalan Romeo",ucap Sarah membuat gaya flying kiss dan bergerak pulang ke hostel bersama Qistina.
Nazril yang sedang memakai topi keledar di atas motornya sebenarnya nampak perbuatan Sarah itu dari ekor matanya. Dia memerhatikan sekeliling, kemudian membuat gaya menangkap flying kiss tersebut dan menyematkannya dalam poket kemejanya.
Dah parah kau ni,Nazril.
............
Nurul Huda tersenyum lebar. Akhirnya peperiksaan akhir semester berakhir dan selepas ini dia akan menjadi tutor bersama Nazril. Boleh la kumpul duit sebelum majlis mereka.
"Amboi, Huda. Senyum sampai telinga",usik Izudin apabila dia keluar dari dewan dan bertembung dengan Nurul Huda.
"Mana ada, Din. Saya happy exam dah habis,itu je",ucap Nurul Huda."Kan. Lepas ni tak dapat jumpa lagi. Eh kau & Naz jadi ambil tawaran kerja tutor kat sini eh?,"ucap Izudin.
"Haah. Kau terus balik kampung ke lepas ni?".
"Aku stay kat sini.Ingat nak menyewa sambil cari keje kat sini. Yelah kalau balik kampung bukannya ada banyak kerja. Cuma hujung minggu ni aku balik juga la jenguk family aku",jawab Izudin.
"Seronok kan ada family besar macam kau. Aku hanya ada atuk nenek saja",ucap Nurul Huda.
"Ala,lepas ni keluarga Naz pun jadi keluarga kau juga. Korang memang dah kenal dari kecil kan? Panjang betul jodoh sampai ke hari ni,"ucap Izudin.
Dia sebenarnya masih tak yakin dengan Nazril yang mahu memilih Sarah sebagai calon isteri. Dia tahu dia tak patut beri harapan palsu pada Nurul Huda tapi dia hanya mahu Nurul Huda tak berputus asa dengan Nazril. Dia yakin gadis sebaik Nurul Huda lebih sesuai dengan kawannya.
Nurul Huda makin tersipu. Kemudian dia gelabah apabila nampak kelibat Nazril mendekati mereka. Dibelakangnya, ada Sarah dan Qistina yang sedang bergaduh.Terus mati senyuman Nurul Huda. Apatah lagi apabila Izudin memanggil mereka.
"Suara kau Sarah, dari jauh aku dah dengar. Korang pun paper last hari ni?",soal Izudin."Haah. Qis ni, sibuk nak bincang soalan.Buat cuak je. Past is past, Qistina Halim",ucap Sarah. "Aku tahu kau boleh jawab, acah tak confident konon. Padahal dah bertapa empat hari empat malam kat bilik aku nak study subjek ni. Sebab katanya kat rumah sewa tak boleh fokus",usik Qistina dan selamat juga belakang badannya dicepuk Sarah.
Nazril terbatuk sementara Izudin dah tergelak.
"Korang tercepat satu sem. Kalau tak boleh masuk kelas tutor dua orang top student ni hah, Naz & Huda",ucap Izudin.Sarah buat muka dan bercakap dengan suara perlahan.
"Match made in hell. Tak nak aku belajar dengan dorang".Sarah masih rasa sebal dengan Nurul Huda sebab mengorbankan aiskrim nya tempoh hari. Dah la sampai hari ni tak minta maaf lagi.
"Korang gaduh ke?",soal Izudin."Haah, gaduh sebab Abang Naz",Qistina tolong jawabkan.
Nurul Huda menahan diri dari menjengilkan mata pada Qistina sementara Sarah pukul belakang Qistina dengan kuat. Harini saja dah dua kali belakang tubuh gadis itu disakiti.
"Hei, betul apa", Qistina mempertahankan diri.
"Din,aku gerak dulu la. Nanti petang kita nak buat clearance sama-sama kan?",ucap Nazril pada Izudin.
"Haah. Nanti aku WhatsApp kau lepas aku dah siap kemas semua barang",jawab Izudin.
"Sarah tak nak buat clearance skali?",soal Nurul Huda.
Sarah mencebik, pura-pura baik konon.
"Akak buat lah seorang. Kunci saya,saya dah bagi akak kan",jerkah Sarah.
"Kau ni, Huda tanya baik-baik kau cakap macam tu. Cuba jadi lembut, sopan sikit",ucap Izudin. "Aku baik dengan orang yang baik dengan aku je. Dah la, aku balik dulu Qis. Abang Naz, jom",ajak Sarah. Rupanya mereka memang merancang untuk balik bersama?
Terbeliak mata Izudin dan Huda."Sarah nak balik dengan kau, Naz? Naik motor kau atau naik kereta Sarah?",soal Izudin.
"Aku tolong ambilkan barang pos laju dia pagi tadi ,ni nak bagi kat dia lah. Bukannya nak balik sekali atau apa",jelas Nazril."Balik sekali pun tak salah kan,bang? Sekali jalan."usik Sarah membuat suara manja sambil mengerdipkan mata pada Nazril.
"Dah motor abang tu nak letak kat mana?",lurus Nazril menjawab, sekali terikut pula membahaskan dirinya abang. Geram Nurul Huda dibuatnya.
Sarah senyum nipis dan bergerak laju. Nazril mengejarnya.
"Pelik pula aku tengok Naz terkejarkan si Sarah tu. Selalunya dia cool atau malu-malu dengan perempuan",ucap Izudin."Orang kata, perbezaan kutub merapatkan dua magnet", ucap Qistina memandang sinis pada Nurul Huda.
.........................
![](https://img.wattpad.com/cover/275844523-288-k173874.jpg)
YOU ARE READING
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...