Sarah memandang dirinya di depan cermin bilik Qistina. Pukul dua nanti mereka ada kelas jadi dia rehat di bilik temannya itu dulu."Qis, buruk sangat ke rambut blonde aku ni?",soal Sarah. Qistina memandangnya pelik. Tiba-tiba je mak cik diva ni rasa rendah diri.
"Orang kata, kecantikan semula jadi itulah yang paling cantik. Nak lagi cantik kalau kecantikan tu kau tayang untuk suami kau saja",ucap Qistina. Sarah mencebik.
"Bila masa pula aku ada suami?",ucap Sarah. Aku jadi cantik macam mana pun suami aku tak guna tu sanggup buang aku dan pilih perempuan kampung tak guna tu.
"Iyelah, nantilah kalau kau dah berkahwin",
"Jadi sekarang, aku kena 'tutup' kecantikan aku ni lah?",soal Sarah.
"Itulah sebaik-baiknya",ucap Qistina.
Belum masanya lagi untuk Sarah bertudung. Dia tak nak jadi macam sesetengah artis Malaysia yang suka hati buka tutup aurat.
......................................................................................................................................
Beberapa hari kemudian, ketika melangkah ke perpustakaan, Nazril terserempak dengan Sarah. Gadis itu berjalan tanpa pandang kiri kanan. Rambutnya sudah hitam, dia sering memakai cermin mata dan berbaju kurung.Betul ke Izudin kata dia ni diva? Tak nampak macam diva pun.
Jap! Rambut hitam.
Alahai, dia terasa ke dengan kata-kata aku hari tu?
Naz tak payahlah fikir pasal dia. Kau nak final exam kan. Lagipun esok nak balik kampung. Lebih baik fikir tentang umi & Manja.............................................
"Kau ni sejak akhir-akhir ni nampak gelisah je sarah. Kau kenapa?",soal Qistina melihat Sarah sedang mengurut pelipisnya. Ni ulangkaji atau terjemahkan kod bahasa Greek?Gaya dia conteng kertas tu dramatik betul.
"Memang aku gelisah. Setiap masa aku tengah cuba ingat susunan kronologi apa yang berlaku seterusnya. Dah macam orang tak betul. But seriously i want to make this time travelling worth !",ucap Sarah. Makin Qistina tak faham.
"Heh, time travelling?",soal Qistina.
'Shit. Tak ada siapa patut tahu tentang ni. Kalau tak dunia mungkin huru hara',detik hati Sarah.
"Takde pape la. Aku terbawa-bawa dengan cerita The Time Traveller's Wife yang aku tengok semalam",jawab Sarah. Qistina tak bertanya lanjut kerana jawapan yang dia dapat pasti lagi tak masuk akal.
"Ni, sejak bila kau pakai spec ni? Bukan dulu bukan main tak suka, takut tak cantiklah", soal Qistina mengubah subjek.
"Aku tak nak orang pandang aku"
"Uh?"
"Aku...dah tak nak jadi playgirl. Aku nak fokus pada masa depan aku. Aku tahu aku bukan pandai sangat macam Kak Huda, tapi at least aku nak usaha untuk masa depan yang lebih terjamin dari berkahwin dengan seorang lelaki tak bertanggungjawab"
"Aku serius tak faham dengan apa yang kau cakap"
"Ini persediaan untuk masa depan aku. Aku nak dapat ijazah dengan keputusan cemerlang macam yang mama aku nakkan.Bangunkan syarikat papa supaya tak muflis, dan cari kebahagiaan aku sendiri"
"Tiba-tiba kau berubah?"
"Kau tak faham, Qis. Kau takkan faham. Bila fikir-fikirkan balik, dengan perangai jahat aku dulu, tak mustahil masa depan aku gelap. Macam mana kalau syarikat papa muflis,macam mana kalau aku kahwin, tak kisahlah dengan Aidil atau sesiapa , lepas tu aku tak bahagia? "
"Jadi kau tunang dengan Aidil sebab nak pastikan syarikat papa kau selamat? Kemudian putus tunang dengan Aidil sebab takut kau tak bahagia? Kau ni overthinking la,Sarah. Masa depan tu rahsia Tuhan, tahu"
"Aku kena overthinking kalau tak nak masa depan aku musnah"
"Sarah, kau kena cool dulu. Hari-hari keje nak mengamuk je"
"Aku rasa aku dah kena cari rumah sewa la Qis. Aku risau rumah papa akan dilelong dalam masa terdekat ni"
Sarah sudah mengacau bilaukan takdir yang sudah tertulis. Dia tak sepatutnya tahu tentang hal itu sehingga sampai waktunya. Bak kata Dumbledore dalam Harry Potter dan Banduan Azkaban; 'Masa adalah sesuatu yang misteri dan berkuasa tapi bila kita campur tangan dalam urusan masa, perkara buruk boleh berlaku'.
Mungkin benar masa depannya akan berubah dengan pengembaraan masa ini. Cuma, baik atau buruk, itu yang tak pasti.

ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...