"Habis nak sapu sampai ke mana? Kat jalan raya depan tu?",soal Sarah pada Qistina. Mereka sedang mengemas rumah sewa Sarah.
"Tak adalah sampai depan. Kau masa sekolahh tak pernah bersihkan kelas ke? Tak pernah tahu kewujudan penyodok sampah?",ucap Qistina sebal. Dari tadi satu kerja apa pun tak siap sebab kena beli tunjuk ajar kepada tuan puteri Sarah ni.
"Mana aku tahu. Aku pernah nampak orang gaji aku vakuum rumah je",jawab Sarah.Mesin penyedut hampagasnya rosak dan dia hanya jumpa batang penyapu selepas Qistina menyelongkar stor di bilik belakang."Nanti aku sapulah,Sarah. Kau tolong kosongkan habuk dalam vakuum ni. Buang kat tong sampah luar",arah Qistina. Dia rasa mesin itu tak rosak, hanya tersumbat dan perlu dibersihkan.
"Macam mana nak bukak?",soal Sarah."Tekan ni pastu bila dah terbuka masuk dalam plastik sampah. Tak tak jangan buat kat sini nanti habuk dia bersepah. Pergi buat kat luar",arah Qistina lagi. Sarah patuh dan pantas berlari keluar.
"Hacuum!",Sarah bersin apabila dia membuka bahagian penyimpan habuk mesin penyedut hampagas itu.
Adohai... patutnya hari Ahad yang ceria ni aku tidur puas-puas. Tapi Qistina sibuk pula nak kemas rumah sewanya.
"Cakap alhamdulillah",ucap satu suara. Er? Dia lihat Nazril sedang menyidai baju di ampaian. "Tahulah. Sibuk je",ucap Sarah sambil menarik muka masam. Sibuk aja lelaki ni."Cakaplah kalau tahu".
"Alhamdulillah wa syukurillah",jawab Sarah sekali dengan dengung Arab dia bagi.
"Yarhamkallah",jawab Nazril."Apa awak cakap?",soal Sarah.
"Yarhamkallah. Maksudnya sama macam alhamdulillah iaitu segala puji pada Allah. Okey sekarang sebut Yahdikumullah wa Yuslih baalakum",ajar Nazril seperti seorang ustaz sekolah rendah.
"Eh?",Sarah terpinga-pinga.
"Yahdikumullah wa Yuslih baalakum",ulang Nazril.
Sarah mengulang baca beberapa kali sambil dibetulkan Nazril.
"Maksudnya semoga Allah memberimu petunjuk dan memperbaiki keadaan mu",terang Nazril. "Apa yang kita tengah buat ni?",soal Sarah lurus."Ini namanya adab ketika bersin dan mendengar orang bersin",jawab Nazril lembut.
"Panjangnya, tak ingatlah",rungut Sarah.
"Kalau amalkan, boleh je ingat".

ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
Hayran KurguFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...