Sarah merenung bintang yang bergemerlapan di langit malam. Dia dan Qistina baru lepas mengemas rumah sewa setelah sekian lama meninggalkannya. Dia sudah mengasingkan semua barang yang dibeli Nazril dalam bilik stor. Dia takkan gunakan walau sekecil sudu barang milik Nazril.'Kalau kau boleh ubah semua ni, kau nak ubah apa?', detik hati Sarah.
'Saat pertama kali kami bertemu',jawab hatinya juga. Sarah lihat ada satu tahi bintang lalu di dada langit malam, lalu dia memejamkan mata.
Kemalangan itu.
Serentak itu Sarah merasakan tubuhnya disedut masuk ke dalam satu ruang vakum. Apabila dia membuka mata, Sarah sedang berada di dalam kereta yang bergerak laju. Qistina di sebelahnya sedang memegang pemegang sambil mengurut dadanya.
"Sarah, mengucap Sarah", ucap Qistina.
Sarah dengan pantas menekan brek sehingga kedua mereka terhentak pada papan pemuka kereta. Ya Allah, apa aku dah buat.
"Qis..kau..kau okay tak?",ucap Sarah
Qistina tak menjawab. Sarah buka tali pinggang keledarnya dan keluar dari kereta. Dia tak tahan melihat darah yg keluar dari kepala Qistina. Ya Allah apa aku dah buat ni. Sarah memegang dahinya yang turut berdarah.
"Cik tak ada apa-apa?",tegur satu suara.
Nyawa Sarah seperti direntap saat itu. Sarah tak mahu pandang pun wajah pemuda itu. Dia pantas mengeluarkan telefon pintarnya untuk menghubungi ambulans.
"...kawan saya tak sedarkan diri. Tolong!",ucap Sarah cemas.
"Cik, saya rasa lebih baik cik bawa dia ke unit kesihatan universiti dulu. Lambat kalau nak tunggu ambulans",ucap pemuda itu.
"It's ok. You can go ahead. Don't worry about us",ucap Sarah.
"Dahi cik tu pun berdarah...Allah. Macam ni, saya tolong bawakan cik berdua ke unit kesihatan. Jom cepat" gesa Nazril.
"Tak payah. Tak apa", Sarah menolak.
"Cepatlah cik, nanti apa-apa jadi kat kawan cik..."
"Aku takkan salahkan kau. Pergi. Tak payah ganggu aku",ucap Sarah beremosi.
"Sarah...".
Sarah dengar suara Qistina memanggilnya. Pantas Sarah meluru kepadanya.
"Ye Qis, kau tak apa-apa ke ?."
"Kepala aku sakit. Kau plak...eh kepala kau pun berdarah!."
"Skit je ni. Aku tengok kau lagi teruk. Kita pergi klinik eh."
"Ok. Err ni siapa? Kita langgar dia ke?."
"Eh tak, kita tak langgar dia. Dia datang berhenti nak tolong."
"Kita suruh dia hantar kita lah, Sarah. Kau tu pun cedera. Karang tak pasal kau pengsan."
"Kita pergi sekarang eh sebelum aku pengsan."
" Ha lagilah aku seram. Bang, minta tolong hantar kami boleh. Saya tak rasa kawan saya ni okay"
"Eh boleh-boleh...",jawab Nazril yang dari tadi menjadi pemerhati. Sebenarnya dari tadi dia ralit melihat kecantikan wajah Sarah.
"Tak payahlah, Qis!",marah Sarah.
"Eh awak ni kenapa eh degil sangat? Kalau pengsan tengah jalan macam mana. Saya tahu orang miskin macam saya tak layak pegang stereng kereta awk tapi tolong la fikir nyawa tu dulu", nasihat Nazril tegas.
"Kita tunggu ambulans ye, Qis. Aku dah telefon minta bantuan tadi"ucap Sarah yang baru rasa sakit di kepalanya. Dia terduduk di kerusi pemandu dan memegang kepalanya.
"Ha tengok tu saya...", kata-kata Nazril seterusnya bagai angin lalu di telinga Sarah. Jantungnya hampir pecah mendengar perkataan 'tengok itu' dan dia menangis teresak.
"Alahai dia dah nangis plak. Sorry bang kawan saya ni memang jenis tak tahan sakit. Sabar ye Sarah,jap lagi ambulans sampai",pujuk Qistina.
Dengan cemas Nazril berlari ke jalan menahan kereta untuk meminta bantuan.
"Aku tak nak tengok muka dia, Qis. Aku nak hentikan semua ni",ucap Sarah. Masih jelas dalam ingatannya apa yang Nazril buat padanya dalam kehidupan lalu. Dia datang kesini untuk mengubah takdir mereka.
"Apa kau cakap ni Sarah?",soal Qistina.
"Aku tak nak ada kaitan dgn dia. Tolong lah..",rayu Sarah.
"Dia nk tolong je, Sarah. Kita tengah sakit",ucap Qistina yang kemudian rasa sesak nafas.
"Qis, qis...ya Allah. Abang..err Naz...err Encik! ", panggil Sarah cemas. Kali ni saja dia benarkan Nazril membantunya.
Nazril akan dihalau jauh jauh dari masuk ke dalam hidup Kasih Maisarah.
![](https://img.wattpad.com/cover/275844523-288-k173874.jpg)
YOU ARE READING
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...