Aku di awang-awangan.
Yep! Aku ngaku! Hari-hari seterusnya yang aku lalui dengan Jun membuatkan kaki aku tak berpijak di bumi. Dah lama aku takde perasaan macam ni. Pagi-pagi, sambil menuang jus oren ke dalam gelas, aku boleh tersenyum sorang-sorang mengingatkan perbualan antara aku dan dia. Ketika memegang kamera penuh tekun, senyuman dan tawa dia yang aku nampak melalui lensa. Seharian tak berjumpa dengan dia, rasa macam hari aku tak lengkap. Rasa macam ada yang tak kena.
Ini sindrom yang tak dapat diubati oleh mana-mana doktor.
Ah, berat rasanya lidah nak mengaku yang aku dah tangkap angau dengan Jun. Sebab tu lidah ni sendiri tak pernah mengaku. Ada sesetengah perkara, apabila disuarakan ia menjadi suatu yang pasti. Sesuatu yang hitam-putih. Dan dunia monokromatik tu menakutkan aku. Aku orang yang selama ni hidup dalam garis-garis kelabu, dan aku selesa dengan keadaan tu.
Tapi mungkin, aku memang masih hidup dalam kekelabuan. Jun masih lagi belum memberikan apa-apa kata putus. Di mata orang lain, Jun masih milik Jaha. Siapa aku untuk mengaku yang dia milik aku? Hai... ni bukan kelabu. Ini kelabu asap namanya!
Petang tu selepas habis kerja, aku menelefon Jun. Selalunya Jun yang akan telefon aku. Tapi hari ni apa salahnya aku pulak yang telefon dia? Sekali-sekala rendahkan ego takpe.
"Miss me?" tanyaku sebaik saja Jun mengangkat telefon sebagai pengganti "hello". Boring la asyik cakap hello je.
Jun ketawa di hujung talian. "Always," jawabnya, ringkas.
Gugur jantung aku.
"Free for tea?"
"Owh.. I'd love to, dear... tapi I terpaksa siapkan assignment ni," balas Jun, nada kecewa jelas tergambar dalam suaranya.
Kenapa hari yang aku ajak keluarlah yang dia tak boleh nak keluar? Tension!
"It's okay, no prob. I boleh pegi jumpa abah I awal sikit kalau macam tu," aku memberi alasan (padahal baru sat ni terpikir nak jumpa abah).
"Oh... tapi... kalau malam karang sikit you datang, boleh?" pintanya. Kemudian dia menambah, "I nak bincang pasal gambar-gambar yang ambik kat Melaka tu."
Eleh... nak jumpa sebab rindu, ngaku jelah.
"Hmm, tengoklah dulu ek. Takut abah I ajak dinner ke, supper ke," aku jual mahal.
"Okay," balas Jun, sebelum menamatkan perbualan.
Hai, terpaksalah aku bawak hati yang lara ni berjumpa abah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
"You'll never guess who came by my office today," ujar abah sebaik saja aku duduk atas kerusi empuk di ofisnya.
Boringnya, Jijah balik awal hari ni. Takde sape aku nak sakat.
"Since you say I'll never guess, should I bother guessing, Tan Sri?"
Abah tersenyum penuh misteri. Hmm, Marlis la ni kot. Marlis dalam hidup abah ni umpama Suhani dalam hidup aku. Ada je dramanya.
"Mama."
Aku terkedu. Tu... susulan kepada perbuatan tadi ke? Ke ni dah masuk topik lain?
"What do you mean by mama?"
"I mean, mama came by my office today," abah memberikan aku jawapan yang sebenarnya aku sudah tahum tapi mungkin sebab tahap ketidakpercayaan aku tu terlalu tinggi membuatkan aku tak yakin pada logik akal aku sendiri.
Macam mana pulak mama boleh datang ke office abah? Dia kan kat Germany? Kenapa dia datang jumpa abah? Apa khabar mama sekarang?
"Dia ke sini dengan anak perempuan dia, melawat kakak dia kat Subang Jaya. Katanya setahun sekali memang dia datang Malaysia menjenguk kaka dia tu. Parents mama kan dah takde sejak Amir kecik lagi. Her sister is her only family left."
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...