Aku berjalan tanpa arah tuju di Pasar Seni petang tu. Dada terasa lapang sebab baru tengahari tadi aku ke ofis abah, meleraikan segala sengketa yang terjadi beberapa hari lepas ('sengketa' lah sangat! Aku dengan abah mana reti nak bergaduh lama-lama. Nama pun dah tinggal dua beranak je. Balik-balik aku nengok muka dia, dia nengok muka aku). Kata abah dia taklah menidakkan semua yang aku luahkan. Ada jugak betulnya. Aku kata aku bukan apa, aku kenal benar dengan sifat abah. Kadang-kadang dia terlalu pemaaf, sampai orang boleh pijak-pijak kepala dia. Aku tak nak dia terluka lagi.
Abah kata bila Marlis datang minta kata putusnya nanti, abah akan kata yang dia hanya boleh menjanjikan sebuah persahabatan kalau Marlis diceraikan suaminya nanti. Kalau lepas tu ditakdirkan diorang bersana sebagai suami isteri, abah akan turutkan. Tapi abah cuma nak sampaikan mesej yang dia nak dijadikan security blanket Marlis. Kalau Marlis nak berkahwin dengan dia, biar atas sebab yang betul.
Kata-kata Jun hari tu tentang peluang kedua masih terngiang-ngiang di telinga, sekaligus mengingatkan aku pada Suhani. Dia telah datang menuntut peluang kedua, tapi aku tolak mentah-mentah. Di saat itu, aku rasakan yang tindakanku memang wajar. Kalau nak ikutkan, aku memang rindu sungguh pada Su. Menatap wajahnya saja hari tu dah cukup mencarikan hatiku. Tapi bila teringat balik kata-katanya waktu break dengan aku dulu....
"Wake up lah, Amir! Sampai bila awak nak tipu diri awak sendiri tentang kita ni?"
"Setakat sayang awak tak boleh membawa ke mana, Amir..."
"Awak tak boleh dan takkan dapat penuhi keperluan saya!"
"Dah tiba masanya untuk kita jadi realistik. Tolonglah faham..."
Aku faham. Walaupun pemahaman tu perit buat diri aku, aku telan je. Waktu tu, Suhani memang sungguh nak tinggalkan aku. Aku nak buat apa lagi? Nak berpaut pada kakinya sambil terpekik terlolong? Nak maki-hamun dia? Nak bagi jaminan penuh egois pada dia?
Aku cukup kenal Suhani. Apabila dia diam, maksudnya ada benda yang dia fikir dan pertimbangkan. Dah habis segala penilaian dan penaklukan dalam hati dan minda dia, barulah dia akan bersuara, dan kata-katanya itu muktamad.
Beberapa minggu sebelum dia meluahkan perasaan, aku dah perasan perangai pelik dia. Tanya sepatah, jawab sepatah. Susah nak ceriakan dia. Lawak-lawak aku yang biasanya boleh buatkan dia ketawa, hanya menjemput senyuman tawar. Aku tahu ada yang tak kena. Aku cuba sedaya-upaya nak menawan kembali hatinya. Setiap masa terluang, aku habiskan dengannya. Aku buat benda-benda yang dia suka, Aku cuba kembalikan Suhani yang bahagia bila bersamaku.
Tapi tak berjaya. Sebab kalau aku berjaya mengubah fikirannya, kata-kata tu takkan keluar pun dari mulutnya. Dia dah bagi kata putus. Aku tak ada pilihan selain melepaskannya.
Aku tinggalkan Suhani tanpa sepatah kata.
Mungkin sebab tu Su cari aku balik. Mungkin dia hanya nak tengok kemarahanku yang dia patut terima bertahun-tahun dulu, supaya dia tak rasa terlalu bersalah dengan apa yang dia buat padaku.
Mungkin tu peluang kedua yang dia cari. Kalau ye, kiranya aku dah bagilah peluang kedua dia kan? Sekarang dia dah boleh teruskan hidup dia tanpa rasa bersalah.
Yes! Aku yakin itu aje yang dia nak dari aku.
Tapi kenapa hati ni masih ragu-ragu? Shah pernah kata padaku, "Ko pun bukannya attached sekarang ni. Apa salahnya ko terima je balik si Su tu?"
"Salah," kataku. Sebab aku mengenali Su sebagai seorang yang berprinsip. Dia dah tinggalkan aku, jadi dia patut terus tinggalkan aku. Su bukan jenis orang yang berpatah balik. Jadi, secara tak langsung, aku cuma menolong Su berpegang pada prinsipnya. Supaya dia tak jadi seorang hipokrit.
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...