Air Nescafe dalam tin tu aku teguk hingga ke titisan terakhir. Kalau abah tahu aku teguk kopi macam ni mesti dia heran. Dan kalau abah tahu aku sanggup bersengkang mata bawak kereta malam-malam dari Melaka ke Kuala Lumpur semata-mata nak menjenguk Suhani..
Aku menggeleng seorang diri. Memang betul kata Shah, apa yang aku tengah buat ni kerja gila namanya. Suhani skang ni sah-sah la kat Unit Rawatan Rapi, boleh ke aku main terjah suka-suka hati ni? Sekali dah penat-penat datang, tak boleh masuk la pulak. Nak tercangak kat luar tu buat apa?
Aku mengeluh. Sekurang-kurangnya dapat aku dengar daripada mulut doktor yang bertugas tu sendiri tentang keadaan Suhani. Aku tahu aku takkan puas hati selagi tahu dari jauh je. Nanti aku jadi tak senang duduk.
Aku bukak radio. Tolonglah ada lagu rock kapak berdarah, biar segar sikit mata aku ni.
Heh, maunya! Intro je aku dah tahu lagu jiwang. Eh, tapi macam kenal je intro ni...
Sahih la, lagu Richard Marx. Now and Forever tajuk dia. Argh, tensennya! Dalam banyak-banyak lagu, pasal apa la lagu ni keluar? Dengan tak semena-mena DVD player dalam kepala otak aku ni mengulang-tayang satu memori yang aku dah cuba buang tapi tak pernah berjaya...
"Apsal awak main lagu jiwang ni? Awak kan tak suka lagu-lagu macam ni." Suhani ketawa sambil duduk bersimpuh di atas kain yang kitorang hamparkan di tengah-tengah taman berdekatan dengan universiti kitorang. Di tepinya ada bakul kecil berisi sandwich dan minuman ringan yang kitorang beli di kafe universiti.
Ye, kitorang sedang berpiknik. gitar yang sedang aku petik sambil mendendangkan lagu Now and Forever tu pulak aku pinjam daripada budak jurusan muzik lepas kelas tadi. Nasib baik la aku kamceng dengan budak Greg tu. Mana boleh selamba-selamba main cilok gitar dari studio nih.
"Awak kan suka," jawab aku selamba setelah selesai mendendangkan lagu tersebut. Suaraku taklah sedap macam suara Shah. Tapi aku tengok langit carah je, takde tanda-tanda nak hujan pun. Kira orait la tu.
Senyuman manis yang tak pernah gagal membuatkan jantung aku rasa macam nak luruh menengoknya. "Siapa ajar ni?" dia bertanya sambil tersenyum.
"Akash." balasku. "Tu kira mujur dia tak ajar lagu Hindustan. Berbelit pulak lidah ni nak nyebut kang," tambahku.
Suhani ketawa. Akash ni international student dari India. Memang menjadi kegilaan budak-budak universiti. Mana taknya, dahlah hensem macam Hrithik Roshan, ambik law tapi bab muzik pun jalan gak. Rajin buat persembahan untuk majlis-majlis kat universiti, nyanyi pulak lagu-lagu yang boleh buat awek-awek cair. Nasib baik awek aku tak sangkut kat dia. Kalau tak, aku bakar dah passport si Akash ni.
"Sedap awak nyanyi," Suhani memuji.
"Tulah. Abang tu pun suka tengok," aku berselerah sambil menunjuk ke arah seorang abang mat salleh yang sedang duduk tak jauh dari kitorang (padahal terang-terang dia dok pakai headphone).
"Kenapa dalam banyak-banyak lagu, pilih lagu tu?"
"Lirik dia best."
"Untuk saya?" tanya Su lagi.
Aku mencubit dagunya dengan manja. "Untuk siapa lagi?" kataku, kemudian baring di atas ribanya seperti mana yang selalu aku lakukan.
Su mengusap lembut rambutku. "Awak takkan tinggalkan saya, kan?" tanya Su.
"Tak," jawabku tanpa perlu berfikir panjang.
"Janji."
Aku memandang wajah Su. "Kenapa ni?" giliranku pulak bertanya. Tak pernah pulak Su tanya soalan macam ni.
"Janji tak?" desak Su.
Aku tersenyum. "Janji," kataku.
Tanpaku sedari, setitis air mata mengalir di pipiku. Argh! Emo pulak dah! Nasib baik aku sorang je dalam kete.
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...