Bab 39

4 0 0
                                    

"You tahu kan, Shah dah nak pergi Australia tak lama lagi?"

Nak je aku kata kat Maya yang soalan tu tak relevan bagi aku, tapi kalau aku cakap macam tu kat Maya pun, dia tau aku tipu.

Kalau nak ikutkan, takdenya aku nak keluar ngan Maya tanpa sebab malam-malam Sabtu ni. Tapi aku terpaksa akui, semenjak aku perang dingin dengan Shah, hidup aku jadi sunyi. Hal Jun tu belakang kiralah. Sebelum ni aku takde Jun pun, aku boleh je hidup. Tapi bila takde Shah....

"Tahu."

"Itu je? You tak nak buat apa-apa?"

"You nak I buat apa? Lari pegi airport, halang dia sampai dia tak jadi pergi macam cite Hindustan? Mesti dia dah beli tiket ler, Maya! Takdenye dia nak kensel semata-mata sebab I kata jangan pergi," balasku.

"Sekurang-kurangnya sebelum dia pegi, setelkanlah dulu masalah you dengan dia. Kot-kot apa-apa jadi, menyesal you!" Maya memberi amaran.

"Dia pegi Australia la, Maya. Bukannya pegi negara tengah perang! Cuba jangan dramatik sangat boleh tak?" Aku menghirup jus oren yang rasa pelik tu. Kedai apa la yang si Maya ni bawak aku, air oren sikit punya fancy sampai tak rasa macam oren dah. Dek kerana mahal, tegukkan je lah!

"Australia is still another country," Maya masih berkeras.

"Dia bukan nak duduk bermastautin kat situ. Paling kuat pun sebulan dua je. Biarlah dia pegi, Maya. Tenangkan fikiran. Otak kitorang masing-masing tengah serabut, hati pun tengah panas. If it takes another country to overcome that, then so be it," hujahku panjang lebar.

Kali ni Maya mengalah.

"Lagipun.... mesti bila majlis you, dia dah balik kan," aku membuat andaian.

"Tak,"

Aku terkedu.

"Apasal tak pulak?"

"That's what he told me. He might not be back in time for my wedding," balas Maya, acuh tak acuh.

"Tapi.... you kahwin kan 4 bulan lagi?"

"Memanglah. Dia dah jumpa I hari tu, bagi hadiah kahwin siap-siap. Takut kalau tak sempat, katanya," jawab Maya, masih dengan gaya selamba.

"Bila dia jumpa you?"

"Around.... 2 days ago, I think?" jawab Maya.

"Apasal tak bagitau I?"

Maya memandang aku dengan muka ala terkejut. Eh, eh, dia buat-buat berlakon pulak.

"Oh, I'm SORRY! I thought whatever it is regarding Shah doesn't concern you anymore?"

"I tak pernah pun cakap macam tu. I cuma kata kitorang perlu cool off," bantahku.

"Do you know that 'cool off' is a term only used for couples?"

Apasal dua-tiga menjak ni, orang asyik nak naikkan darah aku je?

Aku tak menjawab sindiran Maya, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian pada jus oren pelik aku. Dalam dok marah, sempat jugak otak aku ligat berputar. Shah jumpa Maya? Dia cerita apa?

"Sayang betul mak sedara Shah tu kat dia kan?"

Sepatutnya, aku tak faham soalan Maya tu. Tiba-tiba je menonong tanya soalan yang keluar topik, memang logiklah kalau aku tak faham, kan? Tapi masalahnya.... aku faham.

Dan masalah yang lagi besar, hati aku jadi berat bila aku dengar ayat Maya tu.

"Mak sedara dia yang mana ni?" Heh, ko ingat ko sorang je boleh berlakon, Maya?

KELABU (Novel)Where stories live. Discover now