Bab 58

5 0 0
                                    

Perjalanan balik dari Terengganu agak senyap-sunyi. Aku tumpukan perhatian kepada pemanduan, sementara abah pulak dah tertido. Aku suspek malam tadi dia memang tak tido langsung. Lepas abah kena sedas dengan Tok tu, aku dah di ambang mimpi dha dan terlentok kat ruang tamu. Tapi dengar abah dok borak lagi dengan Tok. Menyingkap memori silam Tok Wan kot.

Yang aku ni pulak, apa sebenarnya yang sedang bermain di fikiran aku ni?

Ada satu perasaan tak sabar untuk balik KL. Kenapa? Aku sendiri tak pasti. Sebab nak jumpa Amran ke? Tak dapat dinafikan, berjumpa dengan Amran tu antara benda yang membuatkan hati aku rasa tenang. Tapi, tenang dengan sayang tu... sama ke? Tak semestinya kan?

Mustahil aku cepat sangat rasa sayang dengan Amran. Memanglah dalam masa sebulan ni, aku banyak luangkan masa dengan dia. Aku rasa selesa dengan dia. Tapi aku masih jugak tak dapat menafikan yang Shah masih ada dalam hati aku. Salah. Bukan setakat hati, tapi dalam jiwa aku. Amran sendiri cakap, bukan senang aku nak buang Shah dari diri aku.

Jun pulak macam mana? Tak boleh gak aku nak nafikan yang sekali-sekala, memori Jun memang datang ke fikiran aku. Dan kadang-kadang, bersilih-ganti dengan memori Suhani.

Aduhhh, pening!

Lepas aku dah hantar abah ke rumah dia dan pastikan perut dia berisi, kereta Vios aku kembali meluncur di jalan raya. Nak terus jumpa Amran ke?

Aku mengeluh sorang-sorang. Aku rasa lagi elok kalau malam ni aku tenangkan fikiran, rehatkan badan dulu. Otak aku tengah celaru lagi ni. Rasa sedih atas pemergian Tok Wan pun dok ada lagi saki-baki, walaupun aku redha.

Malam tu, lepas layan apa je yang ada kat TV tanpa sebarang perhatian langsung, aku surrender dan masuk bilik. Fikiran aku menerawang sambil aku baring atas katil. Aku dah SMS Amran tadi kata aku nak jumpa esok.

Apa aku nak cakap dengan Amran bila aku jumpa dia esok? Apasal la aku memandai set nak jumpa esok sedangkan aku sendiri tak tahu apa aku nak cakap?

Hesh, tak boleh jadi ni. Aku bungkas bangun dan gerak ke bilik air. Walaupun tadi dah solat Isyak dan aku rasa masih ada air sembahyang, aku ambik je air sembahyang sekali lagi. Niat bukanlah nak bersolat hajat ke, solat istikharah... cukuplah sekadar solat sunat dua rakaat. Nak tenangkan otak yang tengah celaru ni.

Selesai solat sunat, aku mengaji pulak. Sekali lagi aku berterima kasih pada Tok Wan. Dek kerana tunjuk-ajar dia masa aku kecik, aku tak lupa macam mana nak mengaji walaupun dah lama tak pegang Al-Quran.

Bila hati dah rasa tenang sikit, aku pun bergerak ke katil dan ready untuk tido. Moga-moga dapatlah mimpi bermanfaat sikit, ala-ala petunjuk untuk aku yang blur lagi bengong ni.

Baru je aku nak lelapkan mata, handphone aku kat sebelah katil berbunyi. Hmm... ni si Amran ke? Nak kasik aku petanda ke?

Dalam keadaan separa mamai, aku main jawab je tepon, "Semekommm... Hello..."

Yer, salam aku tak cukup Arab bunyinya ye. Sekurang-kurangnya skang aku dah start jawab tepon dengan bagi salam. Ekau ado?

"Waalaikumsalam... Mir..."

Dan bagaikan terkena kejutan elektrik, aku terus terduduk atas katil.

"Shah...."

--------------------------------------------------------------------------------------

"Aku kat studio."

Tu je maklumat yang aku perlu tahu, dan aku terus meluru ke destinasi. Sambil dok drive, aku dok terpikir sorang-sorang...

Betul ke ni bukan mimpi? Dah kerap sangat Shah masuk dalam mimpi aku, sampaikan bila aku dengar suara dia kat tepon tadi, aku masih rasa macam nak tepuk-tepuk pipi sendiri. Kalau betul ni mimpi, tak payah aku susah payah fikir nak cakap apa bila jumpa dia nanti.

Tapi kalau bukan mimpi?

Aku melangkah masuk ke dalam studio Shah. Lamanya rasa aku tak jejak kaki kat tempat ni. Tempat yang selalu jadi hala tuju aku tanpa perlu berfikir panjang. Cukup sekadar teringat kat Shah, dekat je dia untuk aku capai.

Masih dekat ke dia pada aku?

Aku masuk ke dalam bilik Shah dan nampak dia tengah duduk di kerusi, menghadap komputer. Aku tak tau la aku perasan ke apa, tapi sebaik saja dia ternampak kelibat aku, mata dia memang tak pandang skrin komputer dia. Dia tak lah bingkas bangun, tapi dia terus betulkan duduk dia menghadap aku.

"Amir..."

Aku duduk di depan dia. "Bila sampai?" Bunyi macam takde apa kan? Jantung aku laju, Tuhan je yang dengar.

"Baru je. Dari airport terus ke sini," jawab dia.

"Apa yang penting sangat sampai takleh tunggu esok ni?" Ha, kau! Kasar ke bunyinya? Aku rasa biasa je. Aku dengan Shah memang kasar sikit. Lain lah kalau dia dah tak biasa sebab dah lama tinggalkan aku kan.

Shah terdiam. Uik? Memang dah tak biasa ke gurau kasar ngan aku?

"Aku balik Melbourne ni... ada hal," katanya, perlahan.

Aku diam je. Dia nak cakap, cakap. Aku tunggu.

"Makcik aku tanya... kalau-kalau aku nak kat anak dia," sambungnya.

"Anak mat salleh kan? Mesti cun," ujarku. Adakah training aku untuk berlagak selamba sudah lulus untuk dipraktikkan?

"Cun gak la." Shah akui.

Huh! Lelaki tetap lelaki. Emo kah bunyinya?

"Lagi cun dari awek ko la, konpem," tambah Shah dengan gaya berlagak. Awek aku? Oh, lupa pulak. Rupanya mamat ni belum tahu yang aku dah break. Patutkah aku membetulkan dia?

Tapi entah macam mana, aku diam je.

"Eh, terasa ke aku kutuk awek ko? Rileklah. Lama sangat tak jumpa aku ni, sampai dah takleh gurau," ujar Shah.

Aku senyum je. Tawar.

"Aku.... nak mintak maap ni," ucap Shah.

Sebab apa? Sebab tinggalkan aku?

Dia sambung. "Bila aku fikir-fikir balik, pasal tindakan aku yang ko bahasakan sebagai mereng tu... aku rasa macam ada betulnya gak."

Kenapa la, orang-orang yang aku selama ni aku boleh pegang, boleh percaya... dok buat aku konpius ni? Mula-mula abah, ni Shah pulak.

"Yelah. Masa tu keadaan tengah okay, kan? Ko baru dapat awek, ko tengah happy. Patutnya kalau aku betul-betul sahabat ko yang sejati, aku pun tumpang happy, kan? Why must I go and rock the boat? Aku memang dah tahu kot yang cinta aku tu takkan berbalas, macam sengaja cari pasal pulak confess kat ko. Lepas tu, aku hilang best friend aku. Kan dah rugi tu?" Shah terus bermonolog.

Aku terus berdiam diri.

"Aku fikir, mungkin selama ni ada betulnya apa yang ko cakap. Aku dibayangi oleh kisah aku dengan budak Zie tu. Aku terbawak-bawak sangat dengan kesal aku tu. Alih-alih ko pulak jadik mangsa. Aku leh gi kacau lak relationship ko dengan Jun,"

Masalahnya relationship tu dah takde! Aku tunggu ko, bangang!

Betul ke aku tunggu Shah? Sebagai apa? Mungkin cuma sekadar sebagai seorang best friend, macam yang Shah sendiri cakap.

"Ko... kata apa je kat makcik ko yang pinang ko tu?" Aku cuba mengalih topik. Tapi takdelah beralih sangat topiknya. Relevan jugak nih.

"Mula-mula kata bagi aku masa nak fikir dulu," jawab Shah.

Nak fikir dulu. Masih ada ruang lagi ke untuk aku, maknanya? But wait... "mula-mula"?

"But what is there to think about, right? I mean, you've moved on. Ada future ke tak tu, tolak tepilah. Dah ko pilih macam tu. Mungkin satu-satunya cara untuk aku tak terus berharap pada ko.... untuk friendship kita ni kembali macam biasa... I should move on too," kata dia.

Kata putus ke tu?

Bukan sekarang ni patutnya, masa yang tepat untuk aku bersuara ke?

Tapi malam tu aku pilih untuk terus membisu.


KELABU (Novel)Where stories live. Discover now