"You gaduh dengan Shah ke?"
Itu soalan pertama Maya sebaik saja aku berjumpa dia untuk sesi mesyuarat tergempar malam tu.
"Apasal? Dia ngadu kat you?"
"Takdelah." Maya menidakkan. Kemudian dia menambah, "You should know that it's pretty obvious whenever you just had a fight with Shah. You become very restless."
Cis! Ni yang leceh bila Maya terlebih kenal aku ni.
"Or maybe I'm just restless because of the news you're about to tell me," aku cuba menafikan, sekaligus dan secara tak langsung menyuruh Maya cepat-cepat sikit bagitau aku pasal berita dia tu. Jantung aku ni bukannya kuat sangat nak menahan suspen.
"Owh... yeah... about that..." kata Maya, kali ni dia pulak yang nampak resah. "Where should I begin..."
Aku menunggu dengan penuh sabar sambil Maya menghirup air kopi mahalnya sementara mencari mukadimah yang sesuai untuk disampaikan padaku.
"You masih ingat pada Datin Nita tak?"
Siapa yang tak ingat pada Datin Nita. Datin paling muda dalam sejarah. Asalnya dia seorang model catwalk. Nak kata lawa giler takdelah, tapi body mengancam kot. Tu yang jadik kegilaan ramai Dato' tu. Salah sorang daripadanya ialah Dato' Hasnol, pemilik Has Holdings Sdn. Bhd. Dato' ni duda anak satu, bini pertamanya minah salleh yang dah balik ke negara asal. Jadi, dapatlah korang bayangkan kegersangan Dato' Hasnol nih. Ngorat punya ngorat, alih-alih ni si Nita ni pun termakanlah umpan Dato' Hasnol ni. Diorang kawin masa umur Nita 20 tahun. Masa tu aku masih bekerja di majalah Whoa. Aku dapat tau pasal Nita ni bukan dari Maya, sebaliknya dari abah sebab abah dulu rajin gak main golf dengan Dato' Hasnol ni. Abah tak larat giler masa Dato' Hasnol tu aksik kad jemputan kawin dia. Muka bongkak habis! "Padahal Nita tu dulu cuba ngorat abah, abah je yang tak layan," kata abah. Logik gak. Abah jauh lagi hensem daripada Dato' Hasnol tu.
Tapi Datin Nita ni pernah jadi topik perbualan antara aku ngan Maya sebab Maya pun kenal dia melalui salah satu event yang Maya uruskan. Maya memang rajin dok ngutuk dia la, sebab orangnya gedik yang amat. Maya dah memang sah-sah tak tahan dengan kerenah model. Bila dia jadik Datin, lagi la Maya tak tahan sebab setiap kali jumpa terpaksa panggil 'Datin' dengan penuh hormat sedangkan minah tu jauh lagi muda dari dia.
"Ingat ler, takkan tak ingat."
Apa kena-mengena Datin Nita ni dengan Jun?
"Dia ada jumpa I baru-baru ni. Katanya dia nak start terbitkan majalah sendiri. Jadi dia dok tanya la pasal pengalaman keje I dengan majalah, which is stupid because I never worked directly for a magazine before. It was so obvious taht she was just trying to rub it in my face that she can start her own magazine now," cerita Maya dengan sedikit (ye ke 'sedikit'?) nada sakit hati.
"Nak menghabiskan duit laki dia la ni. Apasal tak buat filem ke, muzikal ke?" tanyaku.
"Katanya, "You know what, Maya, how I've always had a flair fpr editorial..." Hah! Rasa nak gelak depan-depan muka dia je bila dia cakap camtu! Dia ingat posing untuk majalah dengan buat majalah benda sama kot. Maklumlah, budak sekolah tak habis," maka hilanglah 'sedikit' nada sakit hati itu, diganti dengan nada sakit hati tahap maksima namanya. Sungguh-sungguh si Maya ni tak suka kat budak Nita tu.
Tapi apa kena-mengena dengan Jun?
"Anyway...." Maya menyambung sambil membetulkan duduknya, seolah-olah ayat-ayat dengki dia tadi merupakan rasukan semata-mata dan bukan datang dari diri dia yang professional lagi berkaliber.
"She wanted to do really controversial segements for her magazine. Dia betul-betul nak majalah dia ni lain daripada yang lain. She already has one particular segment in mind, nama segmen ni 'Eksperimentasi'. Dalam segmen ni, penulis kena tulis isu-isu kontrovesi melalui pengalaman sendiri. Contohnya, kalau dia nak tulis pasal mat rempit, penulis tu sendiri kena go undercover dan jadi mat rempit, lepas tu ceritakan pengalaman dia sebagai mat rempit," jelas Maya dengan panjang-lebar.
"I see..." kataku, masih bersabar menantikan klimaks cerita si Maya ni.
"Cerita pasal Datin Nita nak mulakan majalah ni dah tersebar luas kepada semua yang berminat untuk kerja-kerja editorial ni. I have to admit, the layout sounds promising. Plus, she's got financial stability. Ofcourse, the fact that she used to be a catwalk model is selling point, God knows in what way la," sempat lagi Maya menyelitkan secebis nada menyampah dia tu.
I still don't know where you're going with this, Maya.
"Untuk pastikan yang majalah dia ni mencapai matlamat yang dia nak, dia dah mula recruit orang untuk segmen Eksperimentasi. Untuk artikel pertama, bayaran memang lumayan. Dan siapa-siapa yang artikelnya terpilih untuk muncul dalam penerbitan sulung majalah tu, secara automatik dia akan dapat kontrak 1 tahun dengan majalah Datin Nita. You know that after a 1-year contract like that, it'll be much easier to apply for any editorial job elsewhere, even overseas," kata Maya lagi.
Betul tu. Sepanjang pengalaman aku bekerja dengan majalah dan tau sedikit-sebanyak pasal selok-belok editorial nih, kontrak macam tu sememangnya menjadi idaman sesiapa saja dalam bidang penulisan dan kewartawanan.
"So, you can imagine how appealing this sounds to fresh graduates... and even soon-to-be-graduates?"
Ada sesuatu dalam nada Maya bertanya kali ni yang menunjukkan yang dia bukan sekadar bagi soalan kosong. Ada pembayang yang cuba disampaikan. Masih samar-samar maksudnya.....
Wait a minute...
Soon-to-be-graduates? Journalism?
Belum sempat otak aku berfungsi ke tahap optimum, Maya dah menyambung cerita.
"Siang tadi, Datin Nita ni datang ofis I. Dia mintak tolong I pilihkan satu antara tiga artikel yang dah dihantar untuk segmen Eksperimentasi majalah dia. Dia kata dia dah mintak pendapat-pendapat orang lain yang berpengalaman, nak mintak pendapat I pulak. Katanya ada satu artikel yang dia memang berkenan sungguh, tapi budak yang menulisnya belum grad. Cara dia cakap tu macam dia sekolah habis tinggi la kan," sekali lagi nada menyampah berjaya diselitkan dek Maya dalam ayat dia.
"So...." kata Maya sambil mengeluarkan beberapa keping kertas berbentuk draf artikel dari fail yang dibawanya. "Tengok yang dua ni dulu," kata Maya sambil menyerahkan dua artikel berbeza pada aku.
La! Maya nak suruh aku buat penilaian artikel ke? Kalau betul, buat penat je lah aku dok saspen. Baik aku balik rumah rumah, pikir macam mana nak selesaikan masalah mamat bengong tuh.
"Yang ni, artikel pasal ecstasy pills. I find it very disappointing actually, because the fella who wrote it supposedly has to be the most experience compared to the rest. But the article is just not provocative enough. Setakat eksperimen dengan ecstasy pills, I pun pernah?"
"Really?"
"Oh, please don't give me that! Like you've never done it," balas Maya.
"Mana ada. I budak baik la," kataku dengan penuh tatatertib.
"Right... and I'm supposed to believe that when I know you studied in Germany," balas Maya lagi. "Anyway..." cepat-cepat dia menyambung sebelum aku bersuara. "Ni pulak artikel satu lagi. Yang ni I rasa menarik jugak. Pasal GRO. She actually became one for about a month."
"Perghhh... daring." komenku sambil mengambil kedua-dua draf artikel tu dari tangan Maya.
Aku memandang artikel-artikel tu sekali lalu. Adeh, Maya ni kan kenal aku. Aku kalau bab-bab membaca ni memang lemah sikit. Pasal tu dulu aku amik fotografi. A picture speaks a thousand words. Makanya kalau orang nak nilai karya aku, tak payahlah diorang buat benda yang aku sendiri tak suka buat yakni membaca.
"And... what am I supposed to do with these again?"
"Nothing."
Aku usha Maya dengan pelik. Aik?
"It's THIS that you should do something about," katanya.
Dia mengeluarkan apa yang aku rasa merupakan artikel yang ketiga dari failnya. Kalau mengikut ceritanya, ni merupakan artikel budak undergraduate tu.
Perkara pertama yang aku nampak ialah tajuk artikel tu yang terpampang dengan terang dan jelas...
20 SEBAB KENAPA PEREMPUAN PILIH PEREMPUAN
Ketahui rahsia di sebalik daya penarik seorang pengkidDan dibawah tajuk yang penuh kontroversi ni, tertera sebuah ayat yang aku yakin ditulis dengan penuh bangganya oleh si penulis...
Sebuah expose eksklusif oleh: Juliana Ismail
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...