Bab 46

8 0 0
                                    

Telah berlakunya satu penipuan. Penipuan yang aku tak sedari sampailah aku masuk ke dalam teksi sapu selepas aku keluar dari pintu ketibaan di KLIA.

Aku cakap pada mama yang aku marah dengan dia. Itu bukan penipuan, itu betul. Tapi aku juga cakap pada dia yang aku tak marah langsung pada abah.

Di situ, tuan-tuan dan puan-puan, adalah sebuah penipuan.

Kalau aku tak marah pada abah, aku suruh drebar teksi sapu tu terus ke tempat abah. Banyak yang aku nak luahkan. Tapi sebaliknya aku suruh dia hantar aku ke apartment aku. Mungkin ke sebab aku penat? Tapi pernah ke aku penat sangat sampai tak larat nak jumpa abah?

Atau mungkin... at the end of the day, my own home is my only sanctuary... where I'm all alone. Waduh, loser sangat la pulak bunyinya aku nih!

Aku kerling ke arah jam tangan aku sebaik saja aku sampai kat ruang legar apartment aku. Pukul 1 pagi daa. Kafe Nik mesti dah tutup. Mata tak lak ngantuk nih. Kurang hajar punya jet-lag.

Aku terpandang beg aku. Beg yang kebanyakannya masih berisi baju bersih sebab trip aku ke Australia dipendekkan. Kata orang, di malam hari bumi bagai dilipat, supaya perjalanan jauh terasa dekat.

Mentol lampu menyala di sebelah kepala aku (ni mentol lampu metafora tau, jangan korang ingat mentol lampu betul pulak). Sekarang cuma perlu satu senjata je lagi - kunci kereta Viosku yang terchenta.

---------------------------------------------------------------------------------------

"Assalamualaikum!"

"Wa'a... Eh, Mira! Apa kamu buat sini pagi--pagi buta ni?"

Panggilan yang selalunya membuatkan aku rasa sedikit menyampah mendengarnya, hari ni mampu membuat aku tersenyum tawar. Mau tak senyum, badan nah penat neh! Bawak kereta 5 jam tak terhenti nak sampai sini, nak cari ketenangan punya pasal. Senyumkan je la.

Aku salam dan cium tangan Tok Wan yang lengkap bertelekung. Tunggu Subuh la ni. Waktu aku angkat kepala aku tengok Tok Wan dok terjenguj-jenguk lagi.

"Sorang je kamu, Mira?" tanya Tok Wan.

"Soranglah, Tok Wan. Takkan nak datang dengan cucu menantu Tok Wan kot," usikku. Calon pun dah takde, Tok Wan ooii.

"Dari mana?"

Alamak...

"KL," jawabku, perlahan.

Pek! Kan, dah kena cepuk di pagi hari. "Kalau dah namanya sampai sini dekat pukul 6 pagi, maknanya kamu bawak kereta malam-malam sorang-soranglah ye? Kan Tok Wan dah pesan, nak jalan jauh biarlah berteman. Kalau jadi apa-apa kat kamu tengah jalan macam mana! Hai, Mira... Mira..."

Batasan yang Tok Wan tetapkan bagi jantina asal aku tak pernah berubah, menunjukkan betapa tegarnya Tok Wan nak menerapkan fakta tu dalam diri aku. Mungkin jugak nak menerapkan fakta tu ke dalam diri aku. Mungkin jugak perangai degil aku ni, aku warisi dari Tok Wan? Ha, salah dia la!

"Tok, dah ke laut?"

"Dah," balas Tok Wan sambil duduk di sofa. "Tergerak dah hati Tok Wan nak masak karipap kegemaran kamu. Tak tahulah, macam dah rasa-rasa kamu nak datang,"

Alahai... terharu lak aku mendengarnya. Kali ni senyumanku lebih ikhlas daripada tadi. 

"Ni nak mandi terus ke, nak tido dulu?" soal Tok Wan.

Aku pandang Tok Wan. Tua dah Tok Wan aku nih. Macam-macam benda dia dah tempuh. Apa agaknya perasaan dia masa abah pilih mama jadi pasangan hidup? Menantu yang jarang-jarang menjenguk dia kat kampung, nak menyesuaikan diri jauh sekali. Merintih agaknya hati dia kalau dia tahu zaman muda anak jantan tunggal dia yang sorang tu dipenuhi dengan hu-ha sana-sini, solat pun entah ke mana. Mustahil dia tak tahu. Mesti dia tahu. Sebab tu agaknya rajin dia bebelkan abah dengan harapan yang dalam 10 bebelan tu, satu dua masuk gak.

KELABU (Novel)Where stories live. Discover now