"Wow.."
Itu perkataan pertama daripada Jun bila aku menceritakan tentang aku dan mama. Selepas makan malam, aku bawak dia ke satu puncak bukit di Ampang yang pemandangan bandar Kuala Lumpurnya cukup menarik. Kawasan tu sebenarnya kawasan perumahan, dan tempat kitorang melepak tu tempat permainan. Tapi dek kerana malam-malam buta ni takde siapa yang nak bagi anak-anak diorang main kat luar, kawasan tu jadi sunyi.
Hanya aku dan Jun di situ, bertemankan secebis kisah silamku.
"Hidup you ni... boleh buat novel tau, Mir," ujar Jun.
"Tulah pasal. Tak pun nanti you buat dokumentari pasal I," aku mengusik.
Jun tersenyum. Tiba-tiba dia memegang tanganku. Dia mengusapnya lembut, kemudian menggenggamnya erat.
Jantung aku hilang ritma asalnya.
"I kagum dengan you, Mir. Really, I am." dengan suara yang separa berbisik.
"Apa yang nak dikagumkan. Kebetulan hidup I banyak drama..."
"No." tegas Jun. "You're better than you give yourself credit for. I rasa kalau I di tempat you, tak mungkin I akan setabah you," katanya lagi dengan bersungguh-sungguh.
"Well, I had my dad. He's always there for me, and Shah. Sekarang pulak..." aku terhenti.
Selalunya Jun akan mendesak supaya aku menghabiskan ayatku. Tapi kali ni dia pun membisu. Kepalanya disandarkan padaku, lalu dia melepaskan keluhan.
"Sekarang pulak, ada you." aku sendiri menyambung ayat tanpa perlu dipinta.
Jun terus membisu.
Kemudian, setitis air mata jatuh ke tanganku yang masih dipegang erat oleh Jun. Dengan pantas Jun menyapunya, tapi tak cukup pantas.
"Hey, kenapa ni?" aku menegur dengan lembut.
"You deserve someone better," balas Jun, dia menyapu air matanya dengan tangannya yang sebelah lagi.
"What makes you think you're not good enough?"
Jun sekadar menggeleng. Esh, beremosi pulak minah ni malam ni.
"I ni yang patut rasa tak cukup bagus untuk...."
"You...." Jun segera menghentikan ayatku. Jari-jemarinya yang tadi memegang tanganku kini menyentuh bibirku dengan lemah lembut, tapi dapat aku rasakan kesungguhannya untuk menidakkan kenyataan yang baru hendak ku ucapkan sebentar tadi.
"Jangan cakap macam tu, okay?" pintanya lembut.
"So... what should I say?" balasku, sambil tanganku menggenggam pergelangan tangan Jun yang tadinya dekat dengan wajahku.
Dalam masa yang mungkin cuma beberapa saat aku dan Jun berpandangan, kami seperti telah hilang dalam dunia yang kitorang bina sendiri. Dunia yang hanya ada aku dan dia, dikelilingi maya yang paling indah.
Macam ni agaknya rasa dalam filem Hindustan masa part nyanyi-nyanyi tu.
Kemudian, Jun memalingkan wajahnya, dan dunia itu pun berakhir.
"You tak rasa ke I ni jahat, Mir?"
"Jahat?" aku menyoal kembali. Tak pernah terlintas pulak di fikiran aku yang perkataan tu sinonim dengan Jun.
"Yelah, I babitkan you dalam masalah I. Lepas tu sekarang ni you dah tersepit."
Aku ketawa. "Tersepit? Tersepit macam mana pulaknya... banyak lagi ruang ni." kataku sambil menunjukkan kawasan padang permainan tu. Rasanya tak menjadi cobaan aku buat lawak ni.
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...