"So that's it? No more Suhani?"
Soalan Shah menerpa ketika melepak di kedai mamak berdekatan rumahnya Subuh buta tu. Sebelum bertolak semula ke Melaka, musti mau post-mortem dulu.
"Dude, don't put it like that. She's in a coma." aku mengingatkan.
"No lah! I mean... ko fahamlah maksud aku. Suhani takde tempat lagi dalam hidup ko?" Shah mengatur semula ayatnya.
"Nope. Zilch. Nada," balasku dengan yakin.
"Macam tu je? Macam dapat pencerahan bawah pokok Bodhi?" Dah, dia aplikasikan dah mata pelajaran Sejarah sekolah menengah dia.
"Taklah macam tu je. Gautama Buddha tu sebelum dapat pencerahan pun, ada benda-benda lain yang dia nampak dan rasa dalam hidup dia yang membawak kepada pencerahan tu. Ni lebih kurang macam tulah. Dapat penghayatan sebelum pencerahan," Heh! Ko ingat ko sorang ke terer Sejarah? Kejelitaan Cikgu Haliza membuatkan mata pelajaran Sejarah dekat di hatiku, hoho.
"Penghayatan ni ko dapat sepanjang perjalanan dari Melaka ke KL ke?"
"Tak jugak. Masa tu aku tengah serabut. Dok flashback kan?"
"Yeah. You and your flashbacks." Shah cukup faham perangai aku yang kadang-kadang terperangkap dalam masa silam ni.
Aku meneguk jus oren sementara menunggu soalan seterusnya dari Shah. Terasa pedih bila asid lemah tu menyusuri laluan perut aku yang tak berisi, jadi aku pun mengganggu hidup mamak yang berdiri tak jauh dari aku dan memesan sepinggan Maggi goreng,
"Serius ke ni? Macam mudah sangat je. Kalau betul ko dah tak sayangkan Su, takkan sampai sanggup drive dua jam dari Melaka tengah-tengah malam buta?" Apa da, Shah... soalan tak mencabar langsung.
"Terkejut, beb. Dah lah baru-baru ni je aku reject dia mentah-mentah, lepas tu ko bagitau aku dia dalam koma. I was overwhelmed with emotions. Guilt, for the most of it," aku menjelaskan secara jujur. Memang setelah dianalisa balik, rasa bersalah yang banyak menyelubungi diri aku ketika membuat keputusan untuk gerak dari Melaka ke KL..
"Just one predominant feeling? Cukup untuk ko buat kerja gila?" Shah cuba memastikan.
"Ko kena ingat, ni orang sama yang pergi sampai Germany nak bawak mak dia balik ke pangkuan bapak dia. Setakat Melaka-KL tu takde hal."
"Ye jugak." Shah setuju.
"Lagipun, kadang-kadang kita kena buat dulu kerja gila tu. Baru kita sedar yang tu sebenarnya kerja gila." tambahku.
"Amat drama. Memang boleh buat filem." komen Shah.
Aku mengangkat bahu dengan gaya ala macho. Mesti Shah tension tengok.
"Takde kena-mengena dengan apa yang ucnle dia cakap ngan ko kan?"
"What do you mean?"
"You told me her uncle said she deserves someone better."
"Tu hak uncle dia nak komen."
"But I know you, Mir. Kadang-kadang sebab nak jaga ego punya pasal, ko sanggup ketepikan perasaan sebenar ko."
Apa yang Shah cakap ada betulnya, tapi... "Not this time, Shah. It just feels right."
"Susah prang buat keputusan main pakai rasa-rasa je nih, masa buat keputusan gerak ke KL ni pulak, rasa macam mana?"
"Rasa resah. Rasa tak best."
"Tapi buat jugak?"
"Rasa bersalah punya pasal. Campur dengan memori cinta luka lagi."
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...