Temujanji pertama aku dengan Jun berlangsung di kafe apartment aku je. Malas nak pergi jejauh. Dia yang telfon ajak dating, dia la yang datang ke teratak aku.
Panggilan daripada Jun tu taklah begitu mengejutkan aku sebenarnya. Insan hensem seperti aku semestinya mengundang kenalan baru. Cuma agak mengejutkan, di pertemuan pertama, Jun terus akui yang dia dah ada boyfriend. Bukanlah aku kisah sangat, sebab pertemuan kami sekadar sesi perkenalan dan memandangkan Jun yang cari aku, aku tak bolehlah dituduh mengacau girlfriend orang. Tapi aku musykil jugak, kenapa Jun beriya-iya nak kenal dengan aku? Aku ni kalau dah musykil, aku tanya je. Tak reti nak selindung-selindung.
"Kenapa call I?"
"Maksud you?"
"Orang yang telefon I ni selalunya ada dua sebab. Satu, berkaitan kerja. Dua, berkaitan sosial. Jadi, tujuan you yang mana satu?"
Jun tersenyum. "Can't it be both?"
Eh... main usik-usik pulak dia.
"Sorry, I don't mix business with pleasure," jawabku tegas.
Peringkat awal ni belum boleh kasi can lagi...
"That's too bad," balas Jun. "Kalau kena pilih, I pilih untuk bersocial lah," putusnya.
Aku nak je cakap, "Masalahnya you dah ada boyfriend!" Tapi aku cuma mengangguk je dengan keputusannya. Yelah, bukannya dia masuk meminang! Dia cuma nak berkenalan je. Tak salah kalau dia nak tambah seorang lagi kawan dalam hidup dia.
"Kenapa you kata kalau you kena pilih? Maksudnya, you ada urusan kerja jugak dengan I ke?" Aku masih tak puas hati.
Jun senyum penuh misteri. "Yang tu nantilah dulu,"
Perbualan dengan Jun petang tu agak menarik. Kami berkongsi cerita tentang kehidupan masing-masing. Jun seorang pelajar Mass Communication dengan pengkhususan dalam bidang kewartawanan. Daripada cara dia bercerita tentang kursusnya, dia bukanlah seperti kebanyakan kawan-kawan aku yang pernah mengambil MassCom dulu, yang memilih kursus tersebut sebagai last resort ataupun menganggap yang itu merupakan kursus paling senang. Jun memang betul-betul berminat dengan bidang kewartawanan dan pengetahuannya jugak agak meluas. Jadi, mungkin urusan kerja dengan aku yang dia maksudkan tu ada kena-mengena dengan kursus dia.
Bercakap tentang keluarga, tepat anggapan pertamaku. Jun memang datang dari keluarga yang berada. Ayahnya seorang peguam yang ada firma sendiri, sementara emaknya seorang doktor pakar kanak-kanak di sebuah hospital swasta. Dia cuma ada seorang kakak yang dah berkeluarga. Jadi kedua ibu bapanya memang menumpukan sepenuh perhatian kepada anak bongsu mereka.
Bila aku mengusik Jun mengatakan dia anak orang senang, dia sekadar tersenyum sambil memandang bangunan apartment aku dengan penuh sinis. Mungkin tu cue aku untuk bercerita tentang keluargaku pulak. Heh, masih terlalu awal, Jun.
Menengokkan aku tak bukak cerita pasal keluarga, dia tanyakan tentang pelajaran. Dia tanya kenapa aku pilih Germany untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni fotografi. Kenapa tak pilih universiti terkemuka di Amerika seperti Rochester Institute of Photography ataupun di Australia seperti Royal Melbourne Institute of Technology. Aku kagum seketika kerana Jun tahu mengenai universiti tu. Ke dia dah buat research sebelum berjumpa aku? Kewujudan internet zaman sekarang ni memungkin segalanya.
Aku kata aku sengaja pilih Germany sebab aku tak pernah ke sana. Amerika dan Australia adalah dua negara yang aku selalu lawati setiap kali mengikuti ayah aku untuk urusan bisnes. Jun mengangguk. Kalau dia dapat tangkap yang tu bukan jawapan sebenar, barulah aku sungguh-sungguh kagum.
Setelah puas berborak, aku mintak diri untuk naik ke apartment aku (ewaahh... macam anak dara pulak main mintak-mintak diri). Mungkin Jun menyangka aku akan mempelawa dia naik ke rumahku. Mungkin sebab tu terpapar sedikit kehampaan di raut wajah bujur sirihnya apabila aku tak berbuat demikian. Hehe, sorry bebeh... my home is my sanctuary. Orang-orang yang tepilih je boleh masuk. Masih terlalu awak untuk Jun melayakkan diri dalam senarai tu.
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...