"Apehal ni?
Shah menegur sebaik saja aku dan dia selesai memesan makanan. Baru je aku nak buat muka selamba sambil menjawab "Takde hal pun," Shah dah menyampuk...
"Tak payahlah nak buang karan kata takde hal. Aku tau mesti ada hal punya."
Ceit! Ni leceh kalau second-hero terlebih kenal first-hero nih.
"Amacam? Mau cerita ka tak mau cerita?"
Aku mengeluh. "Macam mana aku nak cerita benda yang aku sendiri tak pasti, Shah?" jawabku dengan penuh drama.
"Ni tak lain tak bukan, pasal Jun lah ni ye? Apahal pulak kali ni? Si Khairol tu datang cari ko pulak?" Shah meneka, kemudian dia menambah dengan nada seloroh, "Ko tak cakap ngan Khairol tu aku kirim salam?"
Aku tersenyum, "Ai, kirim salam je? Tak nak kirim penumbuk?" aku bertanya kembali.
"Kalau ko sanggup kirimkan penumbuk, aku orait je!" Kemudian nadanya kembali bertukar menjadi serius, "Betul ke, Khairol datang cari ko?"
Aku menggeleng. "Ni takde kena-mengena dengan Khairol."
"Habis tu? Jaha?"
Nama yang kini menimbulkan seribu tanda tanya.
Aku pun bercerita kepada Shah tentang apa yang aku dengar daripada Natalia. Selesai saja bercerita, Shah menyandar di kerusi dengan muka penganalisa terbaik dia.
"Ni kes berat ni," ujarnya. "Selama ni aku dok build-up mental image pasal Jaha ni betul-betul bertentangan dengan apa yang ko baru cite kat aku. Konpius nih!"
"Itu baru ko. Ko bayanglah aku punya level konpius macam mana pulak."
"Ko punya konpius setel. Ko je yang tak nak setel." ujar Shah.
Aku diam. Aku faham maksud Shah. Dia nak aku tanya sendiri kat Jun. Tapi masa tu kepala otak aku celaru. Bukan masanya untuk aku berkonfrontasi dengan Jun. Sekurang-kurangnya aku kena sejukkan sikit dulu hati aku yang panas. Yelah, kata-kata yang keluar dari mulut orang yang hati tengah panas, lahir terus dari kepanasan hati tu. Alat penapisnya akan hilang entah ke mana. Walaupun hakikatnya aku kecewa dengan penipuan Jun, aku tak nak perbincangan tu datangnya dari fikiranku yang tengah tak rasional.
"Tapi apa yang Natalia cakap tu ada betulnya jugak. Technically, she wasn't lying. Memang betul pun mamat tu masuk hospital, cuma Jun tak bagitau apa sebabnya." kata Shah.
"Dah dia kata mamat tu masuk hospital lepas kena sound dengan Jaha, aku nak pikir apa lagi!" bentakku.
"Memanglah. Kiranya dia cuma ambik kesempatan atas kelemahan manusia yang suka buat anggapan sendirilah," Berfalsafah la pulak si Shah ni!
"Yang penting, niat nak menipu tu memang ada," tegasku.
Shah terdiam sekejap, berfikir. Cuba ko ingat balik betul-betul. Masa dia cerita kat ko pasal kes tu, korang tengah dalam situasi macam mana?"
"Maksud ko?"
"Kalau tak silap aku, ko cakap ngan aku yang dia cite pasal kes ni lepas ko hampir nak give-up dengan deal boyfriend kontrak ko kan?" soal Shah lagi.
"Ha'ah."
"Hmm... mungkin masa tu dia tengah desperate. Dia tak tau macam mana lagi nak pujuk ko supaya tak keluar dari deal tu. So she gave you a sob story la, kasik ko lembut hati. Logik tak?" Shah menganalisa.
"Logik la kot." aku mengakui.
Perbualan terhenti seketika sementara menunggu mamat yang ambik pesanan kitorang tadi meletakkan hidangan. Selepas mamat tu blah. Shah berkata, "Ko pun satu, terus-terus angkat kaki. Tak kasik can minah tu explain dulu."
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...