Sekilas terpandang wajah dan susuk tubuhnya, aku diselubungi keraguan. Kalau nak diikutkan pada gaya, dengan penuh yakin aku boleh mengatakan yang dia seorang lelaki. Tak dapat dinafikan, dia seorang yang cukup kemas dan bergaya. Rambut pendeknya digayakan dengan gel rambut yang tak keterlaluan, kemeja putihnya nyata telah digosok dengan rapi, dipadankan pula dengan seluar jeans dan kasut jenama Dr. Cardin. Gabungan formal dan kasual yang menarik. Di tangannya sebuah kamera professional. Matanya didekatkan pada lensa hanya apabila ada sesuatu yang betul-betul menarik minatnya. Dia nampak seperti seorang yang amat teliti dalam mencari sesuatu.
"Zana, siapa tu? The one with the camera?" tanyaku pada rakan yang turut hadir di karnival tersebut, tempat di mana aku pertama kali bertentangan mata dengannya.
"OBVIOUSLY he's the official cameraman," balas rakanku dengan nada menyindir.
"He is the official cameraman ye?" aku sengaja menguji daya pemerhatian rakanku itu.
Zana memandang aku dengan keliru, masih tak dapat menangkap apa yang aku cuba sampaikan. "You ni kenapa?"
Aku sekadar menggeleng. Aku menunggu rakanku Natasha kembali duduk bersama-sama kami setelah membeli makanan ringan di gerai berdekatan. Aku yakin Natasha akan lebih faham dengan maksudku.
Sebaik saja Natasha duduk, aku berkata, "Tasha, cuba you tengok orang yang tengah pegang kamera tu."
Natasha melontarkan pandangannya pada si dia. "Oh... interesting..." ujarnya.
Mendengarkan Natasha berkata begitu, Zana turut memandang dengan lebih teliti. "Hm... betullah. He's cute. Quite handsome," Zana cuba menyertai perbualan.
Aku dan Natasha mengetawakan Zana.
"Why? What's so funny?"
"Zana, she is cute and quite handsome," Natasha membetulkan ayat Zana.
Dengan mata terbeliak, Zana memandang si dia sekali lagi. "You mean...? No way!" ujarnya dengan nada tak percaya.
"Hai, takkan you tak percaya cakap Tasha. Tasha kan ada pengalaman couple dengan orang macam tu," kataku.
Serta-merta, raut wajah Natasha berubah. Ada rona melankolik bermain di matanya. Begitulah reaksi Natasha setiap kali topik itu muncul. Suatu ketika dahulu, Natasha pernah ada hubungan dengan seorang perempuan yang berperawatakan lelaki. Lee namanya. Percintaannya mendapat tentangan hebat dari keluarga, membuatkan Natasha terpaksa memutuskan hubungan tersebut Natasha terpaksa memutuskan hubungan tersebut. Tetapi sehingga ke hari ini, Natasha tidak putus-putus mengatakan bahawa itulah hubungan terbaik dan terindah yang dia pernah lalui. Katanya Lee tidak seperti pasangan lain yang pernah bersamanya. Lee lebih romantik dan lebih peka terhadap keperluannya. Lee sentiasa mendahulukan Natasha dalam apa jua keadaan, dan layanan serta kata-kata Lee tak mungkin datang dari seorang lelaki sejati.
Sejauh mana kebenaran kata-kata Natasha? Untuk mengetahuinya, aku perlu mengalaminya sendiri. Dan aku perlu mendekati si kacak di karnival itu. Aku perlu pastikan yang satu hari nanti, aku lebih dekat dengannya daripada kamera kesayangannya.
----------------------------------------------------------------------------------------
"Serius? Dia setuju?"
Zana seolah-olah tidak percaya dengan berita yang aku bawa. Aku sekadar tersenyum sambil mengangguk.
Semalam, aku telah bertemu dengan si dia. Tanpa berdolak-dalik, aku katakan padanya yang aku perlukan pertolongannya. Aku ceritakan yang hubunganku dan teman lelakiku kini sedang goyah, dia sudah kurang memberikan perhatian padaku. Jadi, aku perlukan dia untuk membuatkan teman lelakiku rasa cemburu. Perjanjian ini tidak melibatkan sebarang bayaran, aku cuma inginkan masanya diluangkan bersamaku.
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...