"Apsal bila mamat tu suruh ko pandang cermin, ko buat? Aku suruh dulu ko tak buat pun?"
Aku pandang bayangan aku dalam cermin, lepas tu aku pandang bayangan dia yang tengah berdiri di sebelah aku.
"Dia psychologist aku. Perkhidmatan berbayar tu, kenalah ikut." balasku, tersengih.
"Eleh, bukan ada degree pun," ujar dia. Aku gelak. Tak pernah tengok dia camni, macam ter-comel la pulak.
"Jeles nampak?"
"Ada lah, sikit," dia ngaku.
Dia berjalan dan duduk atas sofa ruang tamu apartment aku. Baru aku sedar yang selama ni dia tak pernah datang apartment aku. Banyak kali aku pernah pelawa, tapi dia tolak.
Aku duduk sebelah dia. "Nak jeles apasal? Ko memang akan menghantui hidup aku paling kurang pun 5 tahun," kataku.
"Uish, lama gak tu. Macam hukuman penjara je bunyinya," seloroh dia.
"Bukan senang nak lupa kat ko," balasku, kali ni lebih serius.
"Habis, ko ingat aku senang ke lupa kat ko?"
"Senang je aku nengok," jawabku.
"Ko tengok ngan mata. Cuba tengok ngan mata hati sikit," nasihat dia.
Aku diam je.
"Apa yang ko nampak?" aku tahu dia maksudkan apa yang aku nampak bila aku tengok dalam cermin. Memang senang kalau aku dengan dia. Tak payah tanya dua, tiga kali. Masing-masing memang dah faham sangat dah.
"Straight cut tu tak dapat nak tolong. Tu aku sendiri yang cari nahas masa zaman muda, padan muka dah takde curve. Tapi... rambut ni rasanya kalau simpan panjang, kira okaylah," jawabku. Selamba je bunyinya kan? Tu lah, kalau dengan dia ni senang pulak aku buat selamba.
"Aku dah lama dah nampak potensi tu," kata dia.
Aku diam. Rasa bersalah pun ada gak.
"Tak aci la ko ni, Mir. Kenapa bila ko dah nak berubah ni, ko tinggalkan aku?" Dia merungut. Tak pernah pulak aku tengok dia merengek macam ni.
"Siapa yang tinggalkan siapa ni? Teori tu biar berasas sikit," usikku.
"Hmm... yelah. Dah berkawan ngan psychologist kan sekarang," sindir dia.
"Betul apa aku cakap. Mana pulak aku yang tinggalkan ko? Ko yang tinggalkan aku," balasku.
"Aku bawak diri je. Siapa cakap aku tinggalkan ko?"
Aku terdiam. Bila aku terdiam, dia tersenyum.
-------------------------------------------------------------------------------------
Shah, sekali-sekala ko tak masuk mimpi aku takleh ke?
Dah dua malam mimpi tu berlalu, tapi aku masih dok terkenang lagi. Semalam aku sampai tak jadi nak kontek Amran, sebab mimpi tu punya pasal. Apa kena-mengena mimpi tu dengan Amran? Entahlah. Mungkin sebab, selama ni, Shah je kawan lelaki yang akrab ngan aku, yang tahu segala rahsia aku dan kongsi susah senang aku. Skang si Amran ni dah macam nak lintas garis sempadan antara 'kenalan' dan 'kawan rapat'', dek kerana aku dah mula rasa selesa bercerita dengan dia. Mungkin, secara separa sedar, aku macam rasa bersalah sebab macam dah menggantikan diri Shah dengan Amran.
Hish! Apahal la otak aku ni? Makin mereng. Nak kata sebab eksiden, itu dah berapa tahun dulu punya kes. Takkan semua benda pun nak salahkan eksiden kot?
Tapi... patut ke aku ketepikan mimpi aku macam tu je? Ada orang kata kalau kita jumpa seseorang dalam alam mimpi, maksudnya memang roh dia jumpa roh kita dalam mimpi. Maksudnya, kalau aku mimpi Angelina Jolie, maksudnya memang roh Angelina Jolie susah-payah datang jumpa roh aku.
Mungkin ke, malam tadi, roh Shah datang jumpa roh aku?
Tiba-tiba, tepon aku berbunyi tanda ada SMS masuk.
Amran: Rasa macam nak layan cendol. Amacam?
Mamat ni konpem psychic, tak pun psycho. Aku reply, "Layan gak. Katne?"
Dan sekali lagi, dengan mudahnya, aku keluar dengan Amran.
-----------------------------------------------------------------------
"Apa pendapat awak pasal mimpi?" aku bertanya sambil menghirup cendol yang super nikmat tu.
Dia letak mangkuk cendol dia yang dah licin tu ke tepi, dan sambil mengelap hujung bibir pakai tisu (pakai tisu? Ayu sangat!) dia jawab, "Saya selalu rasa mimpi ni mainan subconscious. It's a manifestation of what's been haunting your mind. Kadang-kadang kita tak perasan pun isu tu tengah dok main dalam kepala, tapi dalam mimpi dia akan muncul,"
Hmm... logik.
"Kenapa? Awak kerap mimpi siapa kebelakangan ni?"
Tengok? Kan aku dah kata mamat ni creepy, leh baca fikiran aku. Dia bukan tanya 'mimpi apa', tapi terus tanya 'mimpi siapa'. Dan aku yakin kalau aku biarkan lagi sikit, dia leh teka pun siapa yang aku mimpi.
"Shah." jawabku. Apasal aku jujur sangat? Sekali lagi, aku berpaut pada fakta yang dia ni psychologist aku. Jadi, kalau aku perlukan pertolongan, aku harus jujur.
"Hmmm..."
"Aii, panjang benar 'hmm' nye tu," ujarku.
Amran gelak. "Apasal? Takut ke nak dengar analisa?"
"Mana tau, keluar lagi unconventional method awak tu," balasku, tajam.
Dia senyum. "Memang logik la kalau awak dok mimpi Shah. Awak masih tak dapat nak terima hakikat yang dia takde dalam hidup awak buat masa sekarang ni, dan awak tengah cuba nak adjust," jelas Amran.
"Kenapa awak cakap 'buat masa sekarang ni'?"
"Salah ke? Awak tak boleh nak terus cakap yang Shah dah takde dalam hidup awak. Persahabatan bertahun-tahun takleh nak buang macam tu je," nasihat Amran.
"Habis? Kalau dia tak datang balik, macam mana?" Eh, apasal sebak ni! Tolong, tolong jangan nangis kat sini walaupun suara dah mula serak-serak sikit. Kang mamak cendol ni ingat syahdu sangat aku makan cendol dia sampai nangis.
Amran memandang aku. Ada rona simpati dalam mata, tapi nada yang keluar tegas. "Have a little faith in your friendship, Amir..."
Aku tergelak, sinis. "To have faith, I need strength. Saya bukannya kuat sangat. Saya.... saya bukan macam awak." ayat akhir tu terkeluar dari mulut aku.
Dia pandang aku. Macam amused dengan kenyataan aku. "Macam saya tu, macam mana?"
"Yer lah, awak lain. Awak kuat. Tengok dah macam-macam jadi dalam hidup awak, awak boleh cool je lagi. Saya tak macam tu. Kepala saya senang cabut, senang celaru." kataku.
Jangan nangis, jangan nangis, jangan nangis....
Tiba-tiba dia cakap satu benda yang aku memang tak sangka...
"Sebab eksiden tu kot. Jadik weng sikit kepala tu..."
Aku pandang dia, tergamam. Dia mengangkat bahu sambil tersenyum nakal. Dan aku telah terbelahak gelak sampai air mata tangis tadi tukar jadik air mata yang keluar akibat gelak banyak sangat.
"Bengong la awak ni," kataku sambil mengelap air mata.
"Eh eh... kepala dia yang terhentak, kita pulak dia kata bengong."
Adehhh... pecah perut aku. Dahsyat betul skill Amran ni.
Lepas kitorang masing-masing dah puas gelak, aku tanya dia. "But seriously, how you do it?"
"Do what?"
"Macam mana awak... boleh optimistik sangat pasal hidup, sedangkan banyak betul drama dalam hidup awak?"
Dia senyum. "Saya jawab ni dalam bentuk assignment untuk awak, boleh?"
"Boleh."
"Balik ni... bukak Al-Quran. Surah 94 ayat 5 hingga 8. Itulah pegangan saya."
Aku mengangguk, sebab itu je yang aku mampu buat. Sebab aku tak boleh nak cakap... yang di apartment aku takde Al-Quran.
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...