"So, what exactly did Dato' Rizwan tell you about me?"
Soalan tu mesti korang ingat datang dari aku kepada mamat Amran ni kan? Heh, salah! Dia yang tanya soalan tu kat aku. Yer, aku pun pelik gak apasal dia yang tanya aku soalan tu.
"Shouldn't I be asking you that question?"
Dia mengangkat bahu acuh tak acuh. "Well, we're gonna be working quite closelyfor a while. You need to be comfortable around me. Dan kita hanya akan rasa selesa dengan orang yang kita kenal, betul?"
"Betul."
"So?" aku perasan kan, mamat Amran ni bila dia tanya satu-satu soalan tu, memang jenis renung direct kat mata orang. Takde selindung-selindung. Dahlah mata mamat ni lawa. Coklat cair gitu. Apahal aku puji mata dia pulak ni? Tapi aku memang suka analisa mata orang. Masa dengan Jun dulu kan tergolek dek kerana mata sepet dia tu?
"Well... he said you're a good psychologist. You've gotten very good feedback from his staff," kataku.
Dia senyum. Senyuman dia selalunya memang ikhlas, memang ceria. Tapi kali ni, tak tau la aku salah pandang ke... ke memang ada sikit macam sedih kat situ? Aku ke dia yang psychologist ni sebenarnya?
"I'm flattered. Tapi saya perlu betulkan sebab fakta tu salah." Kata dia.
"Yang mana yang salah?"
"Well... I'm not technically a psychologist," dia memulakan.
Ah, sudahhh... abah trap aku ke? Mamat ni ustaz ke sebenarnya?!
"Maksudnya?"
"Saya memang dapat latihan sarjana muda sebagai psychologist. But I didn't get my degree," jelasnya.
"Why not?"
"Masa saya semester akhir, kanser pangkal rahim arwah mak makin teruk. Jadi, saya pilih untuk defer semester tu dan mula kerja untuk tanggung kos palliative care... palliative care ni, rawatan untuk orang yang dah peringkat akhir kanser. Dapat kerja kat syarikat saya kerja skang ni jadik kaunselor. Tak lama lepas tu, arwah mak pun meninggal." Ceritanya.
"Lepas tu tak sambung?"
"Boleh je nak sambung sebenarnya. Syarikat yang saya kerja skang ni pun tak kisah kalau saya kerja part-time sambil sambung belajar. Tapi... entahlah. Dah takde drive kot. Dulu motivasinya sebab mak nak sangat pergi konvo saya. Ni mak pun dah takde. And I don't believe in that whole "she's looking down on me" crap." Ayat terakhir dia yang membuatkan aku sedikit tak sangka.
"That's surprising," aku terlepas cakap.
"What is?"
"The fact that you don't believe in that kinda thing." Jelasku.
Dia senyum nakal. "Kenapa? Sebab saya psychologist? Jadi saya kena percaya benda-benda ala-ala positive thinking macam tu? Angels and fairies and stuff?" ohho! Mampu menjadi sarcastic jugak Encik Amran ni rupanya.
"Bukanlah angels and fairies, Cuma... yeah, I guess it's a stereotype thing to make people feel good," balasku.
Dia menggeleng perlahan. Tak nampak macam dengan keras menolak kenyataan aku, tapi sekadar permulaan kepada luahan pendapat dia sendiri. "Lies never make people feel good. It can, for a while, then things will just start getting worse."
Aku terdiam. Terdiam sebab apa? Sebab terkena batang hidung sendiri ler.
"Hakikatnya, orang yang dah pergi tu memang dah pergi. Dia ada kata lam lain dah sekarang, dan satu-satunya cara kita nak berhubung dengan dia pun melalui doa," sambung Amran.
Apasal aku rasa macam terkena kat batang hidung lagi neh? Yer, aku tau alam lain yang dia maksudkan dalam konteks di atas ialah alam barzakh. Aku tahu dia tengah cakap pasal hidup dan mati. Tapi kenapa aku rasa 'pergi' tu boleh merujuk kepada objek (Objek? Orang lah!) yang dah pergi jauh dari aku...
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...