Bab 6

5 0 0
                                    

"Ko ni memang siot lah, Shah."

Suasana petang tu tenang dan damai. Tak macam jiwa aku yang bergolak beberapa hari lepas semasa berdepan dengan Suhani. Kopitiam tempat aku dan Shah selalu lepak di bawah studio jamming-nya tu pun lenggang, tak ramai orang. Yelah, masih awal lagi untuk orang balik dari kerja. Lainlah aku dengan Shah ni. Sorang freelance, sorang lagi pulak opis tu dia yang punya. Boleh la main curi tulang macam ni.

Shah tertawa mendengar rungutan aku. "Sorrylah, bro. I thought it'd be good for you. You have a good-paying job, a killer apartment, and you're surrounded by hot babes! Kira dah cukup bermaruah la kalau nak jumpa balik dengan dia pun," Shah mengutarakan hujah dia.

"Ni bukan soal maruah. Aku ni memang sampai bila-bila pun takkan bersedia nak berdepan balik dengan dia. Jantung aku ni takleh terima," balasku.

Dengan Shah tak payahlah aku nak jaga ego. Shah ni dah terlalu mengenali aku untuk berselindung apa-apa dari dia. Aku kenal Shah sejak hari pertama aku kat Germany lagi. Jadi, Shah ni memang dah wujud ketika dunia menyaksikan saga percintaan antara aku dan Suhani... Fullamaakk!

"Eh, tapi dia makin lawa ek skaang?"

"Dari kat Germany dulu lagi dah lawa dah. Kalau tak, takkan aku pilih."

"Ni lawa lain, beb. Aku rasa dia cucuk botox la."

"Ye? Kat mana?" 

"Kat pipi la, bongok."

"Mana tau, ko usha tempat lain?" Shah ni bukan leh pakai. Dua kali lima aku je.

"Tempat lain aku usha gak," Kan! Aku dah kata!

"Situ boleh cucuk gak ke?"

"Mana aku tau, tanya aku pulak!"

"Bapak ko kan pengarah filem. Botox ni kan artis yang ramai pakai."

Bapak Shah ni memang pengarah filem, tapi bukan mainstream. Jadi, Shah ni dah didedahkan dengan dunia perfileman sejak kecil lagi. Asalnya dia nak ambik seni persembahan, tapi bapak dia kata ambik la jurusan yang boleh bantu belakang tabir, sebab orang belakang tabir lagi susah dicari daripada orang depan tabir. Jadi, Shah ambik Bachelor of Music, dan lepas tu ambik Masters untuk Sound Engineering. Aku kenal dia masak ambik Masters tu kat Germany. Dia duduk lama sikit kat Germany lepas habis Masters sebab dok kumpul duit kerja kat sana. Balik sini, Shah bukak studio jamming sendiri.

"Wey, Mir... kalau aku ngorat Su tu, ko kasik tak?" Nadanya serius, tapi serius yang dibuat-buat.

"Ko ni... benda recycle pun ko nak?"

"Benda recycle la bagus! Boleh tolong menyuburkan... eh, silap... menghijaukan bumi," jawab Shah sambil mengangkat-angkat kening. Habis mischievous la tu konon....

"Benda recycle tu satu hal. Benda tak ori pulak tu. Ko kata ada cucuk Botox."

"Eleh, ngaku je lah ko nak kat dia lagi. Macam-macam alasan pulak," Shah mengusik.

"Kalau aku nak lagi kat dia, takdelah aku reject dia haritu."

"Entahnya. Sampai gunakan Jun ye, Jun tau tak ko guna dia?"

"Mula-mula tak plan nak kasi tau pun, tapi dengan Jun ni lain sikit la. Mulut aku ringan je nak bercerita. Minah tu memang ada skil wartawan berjaya gamaknya."

"Ke... sebab dia hot, ko terus cair?"

"Itu pun ye jugak," aku mengaku.

"Hot sungguh ke budak Jun ni? Dengan Maya, siapa lagi cun?" Shah belum jumpa Jun lagi. Dah menjadi resam, semua skandal aku diperkenalkan pada Shah. Untung-untung kalau tak lekat kat aku, lekat kat Shah. Tapi sampai skang, tak lekat-lekat pun. Kena pakai gam gajah kot.

"Maya cun garang. Gaya pun dewasa sikit. Jun ni cuma gaya kebudak-budakkan dia pun jadi daya penarik jugak," jawabku.

"Kalau Jun dengan Su, siapa lagi cun?"

Siapa yang dapat lawan Su?

"Su ayu, Jun hot. Senang cite macam ni la, skandal aku semua cun. Cuma jenis cun tu lain-lain," aku memendekkan cerita.

"Pergh, nada bongkak tu yang aku tak boleh blah tu." 

"Musti ar! Kalau aku tak hensem, takkan awek-awek cun nak kat aku," aku sengaja membengkakkan lagi hati Shah.

"Ah, mana aci! Ko ada mentor bernama Dato' Rizwan yang dah tersohor sebegai player terkemuka," Shah menidakkan kehensemanku.

"Ko apa kurang! Bapak orang filem, boleh je ko amik kesempatan ngorat artis. Tapi kalau muka tak hensem, tak jalan gak," best-best je aku ngutuk Shah.

Sebenarnya kutukan aku tu tak berasas. Saja je rajin nyakat si Shah. Shah ni antara misteri dunia yang masih tak dapat aku rungkai lagi. Orangnya hensem, sekali tengok ada iras Amir Khan, tapi versi tinggi lagi. Bergaya toksah cite lah. Ada bisnes sendiri pulak tu. Setakat nak bagi hantaran 21 dulang tu, memang takde hal la.

Tapi kenapa la dok takde awek lagi? Tak faham aku. Masa kat Germany dulu aku pernah gak tanya. Katanya takde rezeki. Padahal ramai je awek kat situ yang dok tergila-gilakan dia. Nak kata memilih, aku ni lagi memilih kot. Entah-entah....

Hish, tak baik aku nih.

"Hesh, ko jangan main-main. Yang artis sanggup tinggal laki sebab syok kat aku tu, ape kebendenye? Tu baru balik honeymoon tu padahal!" Shah bukak balik cerita lama.

"Itu sebab dia nak role dalam filem bapak ko," aku pulak menidakkan kehenseman dia.

Tapi cerita tu memang sahih. Aku sendiri tengok SMS artis tu bagi kat dia. Shah mati-mati kata dia tak ngorat pun artis tu. Tapi kalau dah hensem macam tu, berdiri macam pak pacak pegang lembing depan pintu istana pun orang boleh terpikat.

"Eh, cakap pasal filem bapak aku... hari tu dia ada tanya aku, ko boleh tolong buatkan poster tak?" Shah menukar topik.

"Boleh, takde hal. Dah siap ke filemnya?"

"Skang tengah editing," jawab Shah selepas menghirup kopi pekat kesukaannya. Pakcik aku dulu kata siapa yang suka minum kopi pekat ni, lama-lama kulit pun jadik kaler kopi tu. Si Shah ni cerah je. Sah-sah aku kena chong ngan pakcik aku masa kecik-kecik dulu.

"Ko buat sound tak kali ni?"

"Whoa, tak dapat, beb. Cuti sekolah kan sekarang ni. Busy la." Lupa pulak. Kalau musim cuti sekolah, studio jamming Shah memang penuh dengan band wannabe.

Tiba-tiba skrin telefon bimbit aku berdering. Tertera nama Jun di skrin. Eh, apa pulak minah ni nak? Kan baru hari tu jumpa? Takkan rindu dah kot.

"Hello?"

"Amir, free tak? Ada hal sikit la," nadanya serius.

Uish, takde intro manja-manja.

"Err.. You kat mana?"

"I masih kat kolej. Kita jumpa kat tempat kita minum hari tu, tapi kat hujung lagi satu. Ada satu kafe. Say, in.... half an hour, boleh?"

Kalau aku kata tak boleh, kang merajuk pulak.

"Hmm... okaylah," aku mengalah, dan mengakhiri panggilan.

"Siapa? Jun?"

"Ha'ah. Meh la ikut aku jumpa dia, nak?" aku mengajak. Biar Jun ni tengok yang waktu sekarang ni bukan eksklusif untuk dia aje. Awek macam ni, kalau sekali ikut cakap dia, dia ingat sampai bila-bila pun boleh jadi orang suruhan dia.

"I wish I could, tapi aku ada orang nak jumpa kat studio ni sebenarnya. Nak mintak aku kerja untuk teater muzikal," Alamak! Shah ni ada hal pulak.

"Melepas lah ko nak jumpa awek cun," aku cuba mengumpan.

"Takpe, satu hari nanti aku jumpa gak, kan?" ternyata Shah tak dapat berganjak daripada keputusannya.

Haih, terpaksa la aku mengadap Jun sorang-sorang...

Aku tak sangka pulak, perjumpaan aku dengan Jun tu merupakan sesi pembentangan proposal. Daripada saat itulah, bermulanya sandiwara aku dan Jun...




KELABU (Novel)Where stories live. Discover now