"Kire you dengan Jun ni dah on la?"
Soalan tu datang dari Maya di petang yang hening tu. Aku ke opis dia untuk bagi gambar Jared Wong hampeh yang aku dah touch-up. Memandangkan opis dia dah lengang dan dia pun tak nampak macam ada keje lain, aku duduklah borak kejap.
"Why would you assume that?" aku tanya balik sambil bermain-main dengan satu benda ala arca kat atas meja dia. Hepekebendalah ni... lawa pun tak, boleh jadik perhiasan gak.
"Yelah, dah siap pegang-pegang tangan," jawabnya sambil merampas benda huduh tu dari tangan aku dan meletakkannya di tempat asal. "Friends don't do that, by the way," tambahnya.
"Apa pulak. Kalau you pegang tangan dengan abang you ke, adik lelaki you ke... kira on ke tu?"
Maya menjeling. "If you're gonna gimme childish answers like that, kite rentikan perbualan kita kat sini jelah ye," pintanya dengan tegas. Heh, tak sudah-sudah dengan perangai garang ko ye. Nasib baiklah muka ko tak huduh macam benda arca tu.
"All I'm saying is I'm not restricted to the conservative ways of coupling. So, your so-called rules don't apply to me.'
"Yeah, I should know that by now. Why do I even bother talking to you about this?" Maya mengeluh.
"Sebab you risau kalau-kalau I dah tak single lagi," balasku dengan selamba.
"Puh-lease," ujar Maya. "Jadi, Jun ni sekadar satu lagi chapter dalam novel Casanova you?"
"For now, yeah. Tapi tak tau la sama ada final chapter ke tak," jawabku, penuh misteri.
"Kalau final chapter, means she's it?"
Kan aku dah kata. Minah pontianak ni takut kehilangan aku.
"Could be... kalau Casanova tu tak mati la. Kalau mati pun takpe, segala chapter diwasiatkan kepada second hero dia,"
"Who's the unfortunate fella? Shah?"
"Kalau Shah, kenapa? You nak pastikan you salah satu daripada chapter? Jangan risau, you memang ada," aku sempat mengusik.
"I kesian kat Shah tu. You dah mati pun, dia terpaksa gak melayan kerenah you lagi," ujar Maya tanpa belas kasihan. Terhiris hati aku.
"Yelah, backing la Shah you tu." kataku.
"Shah I lah sangat! Ajak keluar minum malam tadi pun tak nak," Maya dengan tak semena-mena memberikan informasi.
"Ha'ah, semalam I nak jumpa sebab nak kasi poster filem bapak dia pun, beriya-iya suruh datang studio dia lain kali," aku pulak berkongsi maklumat.
Aku memang musykil giler dengan perangai Shah semalam. Sungguh-sungguh tak kasi aku datang. Padahal aku nak kasik poster je pun. Memanglah selalunya kalau aku dah jumpa ngan dia, tak dapat elak daripada keluar minum. Tapi kot ye pun sibuk sangat, takkanlah sampai aku nak jumpa kejap pun tak boleh?
Dia ada tersinggung ngan aku ke? Hari tu balik-balik dari Melaka, keluar minum dengan dia, orait je. Mula dua hari lepas dia buat perangai tak nak jumpa ni. Amat pelik.
"Busy kot?" Maya, seolah-olah dapa membaca fikiran aku yang ligat berputar memikirkan apa kena dengan si Shah ni.
Tapi aku tau memang bukan tu sebabnya. Dan kerana firasat aku tulah, aku bergerak jugak ke studio Shah sebaik saja melangkah keluar dari opis Maya malam tu.
-------------------------------------------------------------------------------------
"Fullamak! Gile A-go-go!" teriakku sebaik saja ternampak kelibat Shah dalam bilik studio dia.
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...