"Oit! Nyombong ar sekarang, dah lama tak singgah! Ke gi overseas?"
Sapaan tu datang dari Nik, tuan punya merangkap pelayan kafe merangkap tukang sapu kafe kat apartment aku (banyak sangat merangkap sebab kebanyakan kerja memang dia yang buat. Pekerja dia dok layan internet je, hampeh betul!)
"Mana ada gi oversea, ada je sini ha," kataku sambil menarik kerusi dan duduk.
"Ceh, ingatkan kalau gi oversea bolehla mintak souvenir," kata Nik sambil duduk menghadap dengan aku.
"Ape cite?"
"Cite serabut," balasku, ringkas.
"Hal aweks ka?" tanya Nik lagi. Aku sekadar ketawa.
"Eh, budak yang ko bawak datang sini hari tu amacam?"
Aku dah agak dah soalan ni mesti keluar punya. Sebab dalam banyak-banyak skandal yang aku cite kat Nik, sorang je yang aku pernah bawak makan kat kafe dia ni iaitu Jun. Masa Jun lepak kat sini haritu, Nik ada jugak borak-borak sikit dengan dia.
"Macam tu la, Nik. Nak macam mana lagi."
"Hai, berat bunyinya. Gaduh ke?" kali ni aku cuma mengangkat bahu.
"Esok lusa baiklah tu. Jangan dok buang masa dengan bergaduh. Masa kita ni entahkan pendek, entahkan panjang. Kalau separuh dah habihkan dengan bergaduh, tak ke rugi."
Nik ni adalah antara orang yang paling ceria dan paling mulia yang aku pernah jumpa. Aku tak pernah nampak dia sedih ke, layan blues ke. Pulak tu mulut tu tak pernah komplen. Semua benda pun positif di mata dia. Tengoklah, pekerja dia pijak kepala dia pun dia biarkan je. Dia jugak yang buat semua kerja. Pernah jugak aku sound. Dia kata dia tak reti nak suruh orang lebih daripada sekali. Dia dah suruh sekali, orang tu tak buat jugak, dia tak sound dah. "Ni soal tanggungjawab. Sama ada dia nak tanggung kat dunia, ataupun dia nak berjawab kat akhirat esok," katanya.
Aku menyambung perbualan aku dengan Nik, "Daripada kita bercakap masa hati tengah panas, elok kita diamkan dulu. Orang Melayu kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya," aku pulak berlawan falsafah dengan Nik.
"Betul jugak tu. Kita sekarang ni tengah merajuk la," usik Nik.
"Merajuk tu tidaklah. Dok mikir." balasku.
"Hmm, yelah. Pikir panjang-panjang. Tapi kadang-kadang dalam dok mikir tu pun, bayangan gurauan ada gak ye dak?" usik Nik lagi. "Lagi-lagi pulak kalau dah awek bergetah macam tu, selang 5 minit mesti muncul punya dalam kepala!"
Aku gelak. Terhibur pulak hati aku dengan usikan Nik ni.
"Mana ko dapatlah awek cun macam tu, Mir. Aku ni gak yang dok single-mingle lagi," keluh Nik tapi masih dengan senyuman.
"Salah tu. Ko tu single but not ready to mingle." aku membetulkan.
Nik sengih je. Nik dulu bercinta bagai nak rak dengan seorang awek ni, tup-tup awek tu kahwin dengan orang lain. Dalam dok frust tu sempat lagi buat lawak, "Sayangnya la pompuan takleh poligami. Kalau tak, I rela dimadu, you!" Cerita tu dah lama dah. Ada la dalam 5 tahun dulu. Masa tu Nik dah lewat 20-an, skang dah masuk era 30 dah pun. Susah benar nak lupakan awek tu agaknya.
"Hari tu mak aku tepon. Katanya jumpa dah sorang dia nak buat menantu. Berkenan benar dah bunyinya. Dok suruh aku balik tengok sendiri," Nik bukak cerita.
"Canteklah tu! Pasal apa tak balik?"
"Nak baliklah ni. Tapi ada hal pulak. Setel je urusan tu aku baliklah." Kemudian, seolah-olah teringat sesuatu, dia menyambung, "Ha! Mujur jumpa ko ni. Aku ingat nak tepon esok je. Ni... malam esok aku buat launching menu baru. Datang tau!"
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...