Bab 51

5 0 0
                                    

Pukul 11.00 malam.

Aku jumpa Amran pukul berapa? 5.00 petang. Berapa jamkah durasi sesi pertama itu, murid-murid? Betul... 6 jam, bersamaan dengan suku hari.

Kalau psychologist yang charge RM200 sejam, mau aku dah kena pau RM1200 untuk hari ni je. Tapi memandangkan Amran kata kitorang ni dah taraf member (dan aku suspek abah dah pun uruskan soal bayaran... berapa kepuk la agaknya) makanya suku hari tu telah berlalu dengan sangat best dan lancer tanpa sebarang bayaran. Bukanlah nak kata sesi tu best sebab tak payah bayar, tapi sebab... sebab Amran tu memang syok diajak berborak.

Tadi sedikit sebanyak aku bukak la cerita pasal diri aku sendiri, dah dia tak segan-silu cerita pasal kisah hidup dia yang sebenarnya lagi drama daripada kisah hidup aku. Aku cerita pasal hidup aku dengan abah, aku cerita pasal Germany. Tang Germany tu aku Cuma cerita tentang kenapa aku pilih seni fotografi sebagai jurusan aku, dan untuk cari mama. Lepas tu aku terus skip ke bahagian mama cerita kat aku pasal eksiden masa kau kecik tu.

Ha, banyak lompong-lompong antara cerita tu yang aku kena isi kan? Itu nanti-nanti la. Sedangkan baru cerita intro tu pun dah makan 6 jam. Takkan aku ngan Amran nak bermalam kat Berjaya Times Square tu pulak? Walaupun dekat-dekat situ ada je hotel, takkan nak main pillow talk pulak. Kang....

Hish, apahal otak aku dua-tiga menjak ni, suka menerawang ke tempat-tempat terlarang ni?

Tadi sebelum balik, aku sempat tanya Amran, "So? Takde assignment ke?"

Dia pandang aku sambil senyum. Macam amused pun ada gak. "Oo, teringin nak jadi budak sekolah balik ke?"

"Takdelah! Tapi... bukan selalu macam ada latihan minda ke apa ke?" konon macam aku jumpa psychologist tiap-tiap minggu, kan?

"Hmm... takde la pulak. Tapi kalau nak jugak..." Amran pikir kejap. "Ha! Balik rumah, cuba tengok almari awak."

"Almari?"

"Ha'ah. Almari. Ada almari kan? Ke baju simpan dalam peti ais?" ikhlas sangat bunyi dia tanya, sampai aku terbelahak gelak. Hai, banyak pulak gelak hari ni.

"Apasal ke peti ais pulak perginya..."

"Yelah, Malaysia ni kan panas? Kot la nak buat baju tu rasa sejuk ke bila pakai." Hai, terlebih kreatif minda si Amran ni.

"Tengok je almari tu?"

"Ha'ah. Tengok je lah. Apa awak nak buat lepas tu, terserah. Nak kemas ke, nak overhaul ke. Ikut kata hatilah." Pesan dia.

Ikut kata hati.

--------------------------------------------------------------------------------------

"Oh my God, where have you been?!"

Yer, itu teriakan Pontianak Harum Sundal Malam semasa aku melangkah masuk ke dalam ofis dia petang tu.

"Missed me? Obviously!" sendiri tanya, sendiri jawab.

Maya buat muka tak kuasa nak layan. "You pegi mana, tiba-tiba je hilang?" heh, ngaku je lah rindu kat aku.

"Balik kampong ler," balasku sambil duduk tanpa diundang. Eleh, opis Maya je pun. Memandangkan studio Shah dah takleh aku jadikan port macam dulu.

"Hai, kalau raya pun bukan main liat nak balik kampong, ni apa mimpi?" banyak soal lak minah ni. Tahulah jeles ko takde kampong. Tulah, kahwin lagi ngan mamat sama-sama Bandar.

Belum sempat aku jawab, aku tengok Maya dah usha aku pelik.

Lorh, apahal pulak ni?

"Apasal you tenung I camtu?" nak terkam ke? Dah terlambat kot kalau you nak main terkam-terkam sekarang. Aku dah dalam perjalanan nak berubah angina ni.

KELABU (Novel)Where stories live. Discover now