Bab 49

5 0 0
                                    

Aku tenung dia. Dia tenung aku balik.

Cerita aku dah lama abis dah ni. Takde respon ke?

Tapi aku tak salahkan dia kalau dia bagi respon lambat. Bukan calang-calang cerita yang aku persembahkan kat dia ni. Ini bukan cerita dongeng purbakala. Ini cerita reality. Cerita yang melibatkan diri dia secara langsung. Kalau aku pun, aku dah amik masa nak proses.

"Are you sure?" akhirnya, dia memecah kesunyian.

"Sure of what?"

"Of this decision you're making," tanya dia lagi dengan lebih jelas.

Aku senyum. Manis berbaur pahit. Typical him, diplomasi sentiasa ada. Tolak ansur tu memang dah jadi sebahagian daripada diri dia yang aku kenal dan saying.

"You don't have to play the over-understanding role anymore, you know. You can admit that this is the day you've been waiting for... masa Amir sendiri buat keputusan untuk berubah," kataku.

Aku menjangkakan abah akan menangis terharu. Macam drama Melayu yang kawan-kawan aku selalu dok tengok tu (tak nak mengaku diri sendiri tengok tu).

Tapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya, abah bertanya lagi, "Betul ke?"

"Betul apa?" skang ni dah jadik trend ke tanya soalan sekerat sekerat ni?

"Betul ke... Amir boleh maafkan abah? Lepas Amir tahu yang jadi kat Amir tu sebenarnya salah abah?"

Oh, sebab ni ke!

Aku bersandar di meja mahogany ofis abah sambil memandang raut wajah dia. Jelas terpampang rasa bersalah. Kalau aku masih budak hingusan, memang aku ambik kesempatan ni untuk mintak apa je yang aku nak, kompem abah kasik!

Tapi, aku bukan lagi budak hingusan. Dan selama ni pun, apa yang abah tak kasik kat aku. Dah lebih dari cukup.

"One mistake does not cancel out a lifetime of happiness you've given me, abah," jawabku, jujur. Memang betul, waktu aku mula-mula tahu pasal benda ni dari mama, aku agak kecewa dengan abah. Tapi aku piker, abah la satu-satunya orang yang tak pernah tinggalkan aku. Takkan aku nak buat-buat lupa fakta yang lebih kukuh daripada fakta saintifik tu semata-mata kerana rasa kecewa?

Rasa kecewa ni memang boleh bawak macam-macam bencara. Kecewa yang mama tinggalkan aku dan abah. Kecewa yang buat aku serik nak bercinta lagi lepas Suhani, tapi tak cukup untuk mengelakkan aku daripada Jun. Kecewa jugak yang buatkan Shah bawak diri..... jauh dari aku.

"Lepas dengar cerita mama ke Amir buat keputusan nak berubah ni?" masih ada gaya sangsi di situ. Kenapa agaknya?

"Entahlah. I can't seem to mark the exact moment. But why does it matter?"

Abah sekadar mengangkat bahu. Aik?

"Abah macam.... Tak happy je dengan keputusan Amir ni?" aku menyerkap jarang.

"Eh, takdelah. Abah okay je. You know I've always got your back, kiddo," balas abah, yakin. Entah kenapa, aku masih tak puas hati.

"There's something on your mind, old man. Come on, spill." Pintaku.

Sekali lagi abah mengangkat bahu. This indifferent gesture is very unlike abah. Something is definitely not right.

"Kenapa... Amir rasa macam Amir perlu berubah?" abah bertanya, sedikit teragak-agak.

"Entahlah. Rasa macam hidup serabut sangat sekarang ni. Mungkin sebab jalan yang Amir pilih ni salah. That's why things keep going wrong, no matter how hard I try to stay happy," jawabku.

Abah sekadar mengangguk.

Dan aku masih tak puas hati.

"I thought you'd be.... Relieved," komenku.

KELABU (Novel)Where stories live. Discover now