Bab 10

8 0 0
                                    

Secara ritualnya. Mata akan belanja aku Starbucks kalau dia berpuas hati dengan kerjaku. Dan secara ritualnya, aku tak pernah pun tak dibelanja Starbucks oleh Maya setiap kali setelkan kerja dengan dia. Eleh, tu sekadar alasan dia nak keluar minum dengan aku tu.

Di waktu-waktu lain, aku memang takkan jejakkan kaki ke kedai kopi yuppies tu. Pasal apa lak aku nak bayar sampai 12 hengget semata-mata nakkan secawan kopi? Tak masuk akal!

Tapi kalau orang belanja, lain cerita la. Lagi-lagi pulak kalau orang tu ialah Maya.

Hari tu aku bawak Shah sekali. Kebetulan masa Maya telefon ajak minum, aku baru ambik Shah di studionya, ingatkan nak pergi layan murtabak dengan Maggi goreng je.

"Kita up-class sket harini, beb!" kataku pada Shah.

"Aku takde hal," balasnya sambil tersengih macam lala busuk. Shah dengar nama Maya je dah cukup. Dalam banyak-banyak skandal aku, dengan Maya yang Shah paling tak kekok. Mungkin sebab lebih kerap jumpa berbanding dengan skandal-skandal aku yang lain.

Tapi mungkin lepas ni, Jun bakal menggugat kedudukan Maya dalam senarai Shah.

Sasampainya di Starbucks, aku dan Shah terus nampak Maya dengan minuman yang dah sedia dipesan untuk kitorang memandangkan aku dah telefon dia tadi dan kata Shah ada sekali. Maya duduk di kawasan berhawa-dingin, yakni non-smoking area.

"Sorry, bro. Lu tak dapat perasap petang ni." ujarku pada Shah.

"Maya punya pasal, gua rela berkorban!"

Aku tertawa sambil berjalan ke arah Maya.

"Hey, babe," tegurku.

"What happened to your face?!"

Biasalah Maya. Takde hello, takde apa, straight to the point. Takpe, tu menunjukkan dia concerned dengan keadaan aku. Tu tandanya sayang... Kui kui kui.

"Some psycho stalker guy thought I was hitting on his fiance."

"Oh... I ingat sebab Shah punya pukulan padu maut masa main tennis." Maya, sedikit pun tak terkejut dengan jawapanku.

Shah pulak tersengih je dengan balasan Maya. Eleh... banggalah tu. Maya ni pernah ikut aku dengan Shah main tennis. Tak dinafikan Shah main memang mantap giler. Tapi aku takdelah hampeh sangat sampai bola tennis tu leh landing kat muka, kan.

"You don't seem surprised."

"Pasal tunang orang belasah you? Why should I be surprised?" Itu bukan soalan tu. Umpatan namanya.

"Excuse me?"

"Oh please, Mir! Don't pretend to be insulted. You patut tahu reputasi you sendiri kan?" kata Maya dengan tenang sambil menghirup kopinya.

"Reputasi satu hal. Prinsip pun I ada gak tau."

"Ye ke?" Maya memandang kepada Shah, meminta kepastian daripada member aku yang paling akrab tu.

Shah mengangguk. "Tu betul. Dia ni bab prinsip jangan memain," Shah mengesahkan. Heh, tak sia-sia aku lantik ko jadik member aku yang paling akrab, Shah.

"Apa prinsipnya?" tanya Maya, masih memandang Shah.

"Dalam kes ni, I rasa prinsip yang Amir pakai... jangan kacau hakmilik orang," jawab Shah dengan penuh yakin tanpa memerlukan talian hayat.

"Hah! Habus, Sharon tu?" Maya mempersoalkan, kali ni pada aku.

"Tu girlfriend orang. Bukannya tunang orang ke bini orang."

"Oo... girlfriend orang boleh la pulak?"

"Girlfriend orang bolehlah. Belum ada apa-apa ikatan," balasku.

KELABU (Novel)Where stories live. Discover now