Jus oren. Minuman kegemaran aku dari kecik membawak ke besar. Bila kawan-kawan dah pandai order kopi, teh... aku masih setia dengan jus oren aku. Ramai yang cuba yakinkan aku untuk minum minuman lain, lagi-lagi di tempat yang airnya pelbagai. Tapi aku tetap akan mintak air keramat aku tu. Atas pilihan aku sendiri. Kebolehan aku untuk terus memilih minuman tu walaupun cuba dipengaruhi oleh orang lain aku anggap satu simbol kesetiaan.
Malam ni aku cuba minuman baru. Sebagai menandakan kesetiaan tu tempatnya di dalam longkang. Minuman baru ni bakal menandakan kebebasanku.
Cheers!
Minuman tu menerjah tekakku dengan rasa yang menyengat. Manisnya ada, tapi pedih. Pahit pun ada gak sikit.
Lantaklah!
Air tu nyata tak serasi dengan aku. Sebagaimana aku tak serasi dengan kebebasan baru ni. I'm officially single again, right? Aku baru lepas reject Jun, aku kembali menjadi kasanova terulung di abad ni. Macam mana pulak boleh rasa tak serasi? Kan dah agak lama aku hidup single selepas Suhani, sebelum Jun?
Aku teguk lagi air tu, seolah-olah memaksa diri aku menyesuaikan diri dengan rasanya yang tak kena dengan selera tekak aku.
Ekor mata aku ternampak Nik di pintu kafenya, berdiri sambil memandang aku yang duduk di meja luar, mengambil angin malam. Dia menggeleng seorang diri.
Nak halau aku la tu. Rileklah, Nik. Malam masih muda. Kafe ni kan bukak sampai kul 12?
Walaupun aku tahu tujuan dia menghampiri aku tu langsung takde kena-mengena dengan menghalau, sebaliknya nak menegur perbuatan luarbiasa aku (luarbiasa sangat ke? Orang lain buat rilek je aku tengok).
"Kau ni... apahal ni, Mir?"
Kan, aku dah kata!
Sengaja aku teguk 'minuman baru' aku tu depan Nik. "Apahal apa?"
Nik menggeleng lagi. "Ni... buat perangai ni." tegurnya lagi.
Aku mengangkat bahu, gaya acuh tak acuh. Sekali lagi aku meneguk air tu. Kali ni pedihnya menusuk hidung, sebab aku minum cepat sangat.
Nik tersenyum sinis.
"Kalau dah namanya tak pernah minum air gas, toksahlah dok minum. Habih buruk muka jadi. Dari tadi aku dok perhati," ujar Nik sambil menarik kerusi dan duduk di sebelah aku.
Dia mencapai tin minuman berkarbonat tu. Dia pandang aku, pandang tin tu lagi sekali lepas tu meletakkan semula tin tu ke atas meja, sekali lagi dengan gelengan. Silap haribulan tertanggal pulak kepala mamat ni, asyik menggeleng je keje.
"Putus cinta ka?" Nik bertanya dengan selamba.
Aku cuma mengangguk. Nak bercakap pun penat dah.
Nik menahan ketawa. "Kau ni beriman jugak sebenarnya tau. Orang lain putus cinta selalunya cari minuman yang jauh lagi ada kick dari ni,"
"Tu bukan minuman. Racun namanya,"
Abah aku bertahun berkunjung ke pub, disco dan lounge. Sometimes for business, sometimes for pleasure. Sekali dia pernah cuba telan racun bernama alkohol tu. Katanya sepanjang malam dihantui dek kenangan mama, esoknya rasa hangover macam nak pecah kepala.
Aku tengah sakit ni. Yang aku cari penawar, bukan racun.
Tiba-tiba, Nik pegang tangan aku. "Kau takde perancangan nak terjun bangunan ni kan?"
Eh, bangang betul Nik ni! Nyaris air pedih tu terkeluar dari hidung kau, gelak tekejut punya pasal.
"Kot ye pun, aku cari cara lain la. Tak nak la terjun bangunan, gile cuak!"
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...