Bab 52

4 0 0
                                    

Ikan kembung,  ikan cencaru
Dicicah dengan kuah asam
Otak serabut kurang celaru
Dibelanja makan makin tenteram

Ya, tepukan! Tepukan buat pantun yang amat best itu dari aku sendiri!

Biasalah, bila dah high akibat perut kenyang ni, macam-macam pantun seloka boleh keluar. Nak bagi aku mabuk dan luahkan segala isi hati bukannya susah. Tak payah alkohol-mohol ni semua, belanja makan sudah.

Taktik yang nampaknya sudah diketahui oleh si Amran ni dek kerana sifat psikiknya yang sangat creepy. Lantak ler, janji makan free.

"Next time, it's on me," kataku. Kata orang pecah kaca pecah gelas, sudah melantak harap balas.

"Yes! Saya nak Tony Roma's," umum Amran dengan jayanya.

"Mintak Tony Roma's, takmoh kalah," ujarku.

"Siapa suruh offer," balas dia dengan muka selamba. Sambil tu dia dok belek menu.

"Tu belek apa lagi tu?"

"Pemanis mulut la," jawabnya.

"Uish! Tak kenyang lagi ke?" agak kurang ajar soalan itu ye. Sebab dia yang belanja, maka patutnya lantak dia ler nak order apa.

"Bahagian main dish dah penuh. Bahagian dessert kosong lagi ni," jelas dia sambil menunjukkan kawasan-kawasan perut dia (atas t-shirt dia la! Gila apa nak tayang perut tengah orang ramai nih).

"Macam perut lembu ek, ada 4 compartment," usikku.

"Betul, betul, betul!" dia mengajuk gaya Ipin dalam Upin & Ipin (yer, aku tengok katun... tipu korang tak tengok).

Lepas si Amran dah pesan pemanis mulut, mulut aku pulak dengan manisnya bukak cerita, "Semalam saya tengok almari,"

"Hmm? And?"

"Mula-mula tak rasa macam nak buat apa-apa. Tapi lepas tu dah alang-alang tengok, rasa macam nak kemas la pulak. Reorganize. Sekali jumpa something yang saya tak perasan pulak saya dok simpan lagi, walaupun benda tu saya dah tak pakai," ceritaku.

"Uish, ngerinya. Benda apa tu?"

Aku gelak. Adehhh... mamat ni punya respon memang bukan macam psychologist biasa. Memang rasa macam borak dengan member.

"Bengkung,"

Aku nampak dia macam terkejut sikit. Sikit je, lepas tu okay balik. Mungkin dia terfikir dengan pantas logik di sebalik penemuan aku tu.

"Zaman bila punya?"

"Zaman sekolah tu. Form 2 macam tu," kataku.

Dia mengangguk-angguk, tapi tak cakap apa-apa. Jadi aku teruskan, "Masa tu tengah kagum dengan seorang senior Form 5. Perangai memang macho habis, Budak pompuan memang tergila-gilakan dia. Kiranya saya jadikan dia ni idola la. Rupa kejantanan dia tu bukan berhenti takat rupa paras je, tapi tubuh badan sekali. Straight cut la."

"Jadi awak idamkan straight cut tu jugaklah?"

"Mestilah! Nak bagi ilusi kat bebudak pompuan yang saya ni jejaka ideal," balasku dengan sporting. Amran senyum je.

Aku teruskan lagi. "Jadi, dalam segan-segan, beranikan diri jugak tanya kat senior ni. Apa rahsia tubuh badan dia yang 'langsing' dari segala segi tu? Dia kata dia pakai bengkung. Bengkung ni special la, ada sorang memberi dari Siam rekomen kat dia,"

"Kesian orang Siam. Kalau hal-hal macam ni, asyik diorang je digambarkan sebagai bahan rujukan." Boleh si Amran ni melencong ke situ pulak, haha! Tapi memang betul pun.

"Sorry, menyampuk pulak. Then?"

"Dia kata dia start pakai bengkung tu umur-umur saya la, 14 camtu. Jadi, kalau saya nak efek yang macam dia, kena mula amalkan masa tu jugak. Jadi saya pun beli lah dari dia. Mahal gak... tiga ratus tak silap," aku imbas balik.

KELABU (Novel)Where stories live. Discover now