Bab 55

5 0 0
                                    

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Surah Al Inshirah, Ayat 5-8.

Menangis aku malam tu. Menangis yang sesungguh-sungguhnya meratap. Aku rasa seumur hidup aku, aku tak pernah menangis macam tu. Rasa sebak, sayu, kesal tapi pada masa yang sama bersyukur sangat-sangat pada Tuhan yang dia dah tunjukkan aku jalan dalam pelbagai bentuk. Shah tinggalkan aku, mama bercerita perkara sebenar, aku tinggalkan Jun, aku maafkan abah dan akhirnya.... pertemuan aku dengan Amran. 

Al-Quran yang aku beli pagi semalam, baru malam ni aku belek. Terpaksa aku akui, nak membeli Al-Quran tu sendiri ada rasa berat. Bukan sebab ego, tapi sebab rasa bersalah yang amat sangat sebab dah terlalu lama aku tak pegang kitab suci tu, sampaikan bekalan nurani yang patutnya sentiasa ada kat rumah aku tu terpaksa beli. Rasa malu dengan makcik yang menjual tu, walaupun dia tak tahu pun sebab sebenar aku beli Al-Quran tu ialah untuk melengkapi diri dan rumah yang selama ni kosong. Tapi rasa lagi malu dengan Tuuhan, sebab walau macam mana sesat pun aku, Dia tak pernah tinggalkan aku. Dia masih nak tunjukkan aku jalan balik ke pangkuanNya.

Dan pagu tu, lepas solat Subuh aku keluar pergi kerja dengan hati yang ringan.

------------------------------------------------------------------------

"Thanks," ucapku tengah hari tu waktu makan dengan Amran. Kebetulan kerja aku habis awal dan bila aku SMS dia pun, dia ada kat kawasan berdekatan.

"For?"

"For the assignment. It was enlightening," kataku.

Dia senyum. "Kata-kata Tuhan memang yang terbaik," jawab dia.

"True that," balasku. "padan lah awak boleh lalui semua dugaan. Memang lepas saya baca surah tu, hati saya jadi ringan sangat. Rasa macam takde masalah yang tak boleh selesai."

"Kan? Magic tu. Kalah Harry Potter," jawab dia.

Aku gelak. Mamat ni sentiasa ada jawapan yang menghiburkan hati aku.

"Awak ni... dok hang-out ngan saya macam ni, takde kawan lain ke?" Mulut aku pulak, dah makin takde insurans bila dengan mamat ni.

"Ha'ah, memang takde. Mana nak ada, sibuk dengan orang. Merawat jiwa-jiwa terluka." jawab dia.

"Jiwa sendiri, amacam?"

Dia senyum. "Jiwa sendiri okay,"

"Any... relationship?" Apasal aku sebok? Sebab memikirkan tak aci la dia tahu semua pasal aku, aku tak tau semua pasal dia. Tu je.

"Dulu ada la. Skang, fly solo je," jawab dia. Apasal pulak bagi ayat pendek-pendek ni, kemon, Amran. Mana sifat sang penglipur-lara awak?

"Sebab jiwa terluka gak ke?" Aku masih tak ngaku kalah.

"Agaklah. Saya dulu bercinta dengan seorang awek ni. Dia ni, 6 tahun lagi tua daripada saya. Biasalah, kan trend. Macam Demi Moore ngan Ashton Kutcher gitu," sempat lagi dia berseloroh. "Masa tu arwah mak dah takde. Lepas dah berkawan dengan dia dalam lebih kurang setahun camtu, saya mintak tolong Mak Long saya pinangkan. Mula-mula okay je, takde hal. Dah bertunang semua. Sekali sebulan sebelum nikah tu, dia jumpa saya. Dia kata sebenarnya parents dia tak berapa setuju dengan jodoh ni. Dia kata saya muda sangat lah, tak sesuai lah. Takut nanti ada masalah lah..."

"Hek eleh! Habis, masa yang masuk meminang dulu, apasal terima? Bengong," suka hati je aku komen. Kan aku dah kata, mulut aku takde insurans dah dengan mamat Amran ni.

"Itu lah pasal. Tapi saya tanya dia sendiri, dia sanggup tak. Sebab kalau mak ayah dia tak setuju pun, kalau dia yakin dengan saya, saya rasa saya boleh push through lagi. Tapi dia kata dia sendiri tak yakin. Kalau macam tu, payah la. So... we called it off," cerita dia.

Adui, satu lagi tragedi hidup mamat ni. Tabah betul.

"Saya suspek dia dah ada orang lain tu. Sebab tak sampai setahun lepas tu, saya dapat tahu dia menikah dah pun dengan orang lain," tambah dia. Lagi pedih!

"Jadi lepas tu, dah pasrah nak bercinta lagi la ni kira?" aku bertanya sedikit mengusik, sedikit serius.

"Eh, tak lah sampai macam tu sekali. Jodoh pertemuan kan kat tangan Tuhan? Mana tahu, kot-kot terjumpa yang sesuai. Kat Baskin Robbins ke, kedai ikan bakar ke, warung cendol ke..."

Apasal... semua tempat tu, tempat yang aku pernah pergi dengan dia ek?

KELABU (Novel)Where stories live. Discover now