"Jaha? Apasal nama macam samseng kampung nih?"
Itu soalan pertama aku semasa berjumpa dengan Black untuk tahu sedikit-sebanyak tentang boyfriend Jun setelah aku bersetuju untuk bersandiwara sebagai skandal dia.
"Nama betul dia Azhar. Dia ni budak Kelantan, jadi member-member dia panggil dia Jaha," jelas Black.
"Cemana Jun ni leh sangkut ngan budak Kelantan?"
"Ape ingat budak Kelantan takde standard ke?" tiba-tiba Black emo.
"Aik? Yang tetibe defensive pasal budak Kelantan ni apahal pulak? Setahu aku ko ni budak merah-kuning sejati. Gi tengok bola siap cat muka," ujar aku, mengenang kembali zaman rajin tengok bola kat stadium dulu.
Black senyum. "Skandal gua dulu awek Kelantan maa..."
Ceh!
"Takdelah. Maksud aku, Jun ni tak nampak macam orang yang serasi dengan budak selain budak KL. But maybe I'm just being prejudiced." kataku.
"Tapi budak Jaha ni asal je dari Kelantan. Dah lama duduk KL, bau budu pun dah hilang. Kira Kelantan murtad la ni."
Hmm, betul la tekaan aku.
"Macam mana diorang ni boleh couple?" rasa macam detektif pulak.
"Sama course, tapi Jaha ni senior satu sem. Jaha ni dulu jenis 'main' banyak. Ramai la awek dia pasang. Tapi bila dah jumpa Jun, kononnya insaf la. Bila dengan Jun dia jenis stick to one," jawab Black.
"Tu yang aku tak faham kenapa Jun tiba-tiba nak buat deal ni dengan ko. Sebab dari luaran nampak bahagia je. Tak tau la kalau Jaha tu dari mula 'main' balik," tambah Black.
"Jun takde pulak kata dia syak Jaha ni ada orang lain. Cuma Jun kata yang Jaha ni dah mula buat tak kisah kat dia. The relationship has gotten to a point where it's too stable, until he takes her for granted. Dah takde usaha la dari pihak Jaha ni. Jadi Jun ni macam nak gertak sikit. Nak kasik mesej yang berbunyi "Hello! I masih boleh dikebas orang!" or something like that," jelasku pulak.
"Tapi kenapa Jun pilih ko? I mean, she could have picked someone from the college. Kan lagi obvious kalau macam tu?"
"Katanya dia tak nak obvious sangat. Dia cuma nak ada desas-desus yang dia ada orang lain. Tu alasan dia la. Personally, I just think she needs somebody to spend her time with. Lonely kot. Aku tak boleh nengok awek kesepian ni. Tu yang setuju dengan deal tu."
"Sudahlah! Pendek mana skirt yang Jun pakai masa dia bagi deal ni kat ko?" Ceh, Black ni! Tau je dia.
"Agak pendek lah jugak," aku ngaku.
Black ketawa.
"Hensem sangat ke budak Jaha ni?" penting soalan ni!
"Nak kata hensem, aku hensem lagi la. Mamat ni badan tough la tapi,"
Gulp! Tough? Aku gerun sikit dengar orang tough ni. Senjata aku selalunya kata-kata. Tapi kalau jenis orang yang selesaikan masalah dengan penumbuk, aku berserah aje la."
"Tough macam mana?" aku cuba bertanya dengan setenang yang mungkin.
Black sengih. "Kire kalau setakat ko ni, dia sekeh je leh terbenam dalam tanah la."
Kurang hasam punya Black! Bukannya nak sedapkan hati aku.
"But seriously, aku nak ko jaga-jaga sikit. Setahu aku, Jaha ni agak possessive. Zaman dia jadik player dulu pun ada budak penah kene bantai dengan konco-konco dia sebab cuba ngorat salah sorang skandal dia. Tu baru skandal tu. Ni awek steady. Aku tak dapat jamin la apa dia buat kat ko kalau dia tahu."
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...