Kesukaran mencari bilik hotel di Melbourne mengingatkan aku pada insiden yang seakan sama sewaktu aku bercanda-ria dengan Jun di Melaka dulu. Damn, kenapa la minah ni menghantui aku ke mana je aku pergi? Ke sebenarnya memori aku ni sendiri yang jadi musuh paling ketat?
Bila akhirnya aku jumpa satu bilik hotel kosong, aku dengan tak semena-mena mengangkat tangan gaya orang menang loteri kat depan awek kerja hotel tu.
Dia senyum, "Been hard to find a hotel room, eh?"
"Yeah. Is there something going on in Melbourne?" Pelik jugak, semua hotel pun penuh.
"You mean, you're not here for the Midsumma Festival?" dia bertanya, ikhlas punya hairan.
"Ermm... no," jawabku.
"Oh..." katanya. Sedikit tak keruan. Gaya macam orang yang dah tersalah tembak.
"What's it about?"
"It's part of the Pride March Victoria. It's an annual thing... celebrating the LGBT community of Victoria," jelas dia.
"LGBT?"
Sekali lagi dia memandang aku dengan wajah hairan yang ikhlas seikhlas-ikhlasnya. Apahal la minah ni...
"Lesbians, gays, bisexuals and transgenders," jawabnya.
Ookayy...
"I see," aku berlagak selamba. Pasal tu la minah ni usha aku pelik. Memang dia habis konpem aku datang untuk festival tu agaknya.
Setelah setelkan hal check-in, aku naik ke bilik. Mujur gak la dapat bilik ni. Mungkin sebab aku nak tahu tengah ada mende alah festival ni. Otak aku tengah serabut, takde masanya aku nak ambik tahu.
Walaupun awek hotel tu tadi rasa aku patut tahu...
Bukan aku tak pernah terdengar tentang pertubuhan-pertubuhan yang berjuang untuk benda-benda macam tu. Masalahnya, aku tak pernah rasa yang aku sebahagian daripada komuniti tu. Lebih 20 tahun dah aku hidup macam ni... yakin yang aku lelaki. Jadi, kalau aku lelaki, dan aku suka perempuan... bermakna aku bukanlah lesbian. Maksudnya aku normal.
Tapi ni... aku datang cari Shah sampai ke Melbourne ni? Maksudnya aku ada apa-apa ke dengan Shah? Kalau aku anggap diri aku lelaki, lepas tu aku suka kat Shah (eh, aku suka kat Shah ke? Mana ada!)... maknanya aku gay ke? Shah pernah cakap yang dia suka aku sebab aku. Tapi aku ni kan dah anggap diri aku macam lelaki? Kalau Shah suka aku... maknanya... Shah ke yang gay? Sebab tu ke dia datang Melbourne time ni? Dia nak join mende alah LGBT tu ke?
Haih, pening dibuatnya! Dahlah aku ni menonong je datang Melbourne. Alamat Shah pun takde. Konon dah sampai sini baru la nak e-mail ke, Facebook ke (akaun Facebook aku yang entah berapa lama aku tak bukak tu). Tapi bila dah sampai sini, rasa berat la pulak nak buat semua tu.
Sebenarnya apa yang aku nak ni?
Aku nak putar balik masa. Tu sebenarnya yang aku nak. Aku nak kembali ke saat di mana aku masih bahagia dengan Jun, dan Shah masih sahabat aku yang paling setia. Dari segi keluarga pulak, aku ada abah. Cukup buat aku. Mama tak payah masuk gambar pun takpe. Aku rasa hidup aku dah cukup seimbang masa tu.
Kalau boleh, biar aku tak tau pasal artikel yang Jun tulis. Biar aku tak tau perasaan Shah terhadap aku. Biar mama tak payah datang cari aku dan abah balik. Ignorance is bliss.
Aku cuma mintak keseimbangan dalam hidup aku tu tak terganggu. Aku tak mintak apa-apa daripada sesiapa pun. Jadi, salah ke kalau aku marah pada Tuhan? Salah ke aku kalau aku rasa keliru dengan perancangan-Nya?
Ye, aku tahu jalan hidup yang aku pilih ni salah. Tapi aku tak kacau siapa-siapa! Aku tak mencuri, tak merogol, tak membunuh... apasal susah sangat hidup aku nak bahagia ni?
YOU ARE READING
KELABU (Novel)
Teen FictionSenang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', ak...