Bab 32

4 0 0
                                    

"Tak logik, tak logik."

Itu komen Shah lepas aku bercerita pasal kes Natalia.

"Apa yang tak logik?"

"Kejadian ni la. Tak logik," jawab Shah, tapi masih tak menjelaskan dengan lebih lanjut. Aku tunggu ke huraian hujah dia, sebab muka si penganalisa dia dah terpanjang kat situ.

"Setahu aku la kan, Jun ni boleh dikatakan bijaklah jugak. Dan berdasarkan apa yang ko cite kat aku pasal insiden Raina dulu tu menunjukkan yang dia jugak tergolong dalam spesis kuat cemburu. Makanya, kombinasi 'bijak' dan 'kuat cemburu' ni tak memungkinkan kejadian Natalia ni berlaku."

"Gua tak follow la, bro." secara jujur aku mengaku.

"Ko cakap Natalia ni dapat nombor dengan alamat ko dari Jun kan?"

Aku mengangguk.

"Ko cite yang Natalia ni dulu pernah bercouple dengan.... orang macam ko. Jun tahu pasal ni. Jadi aku rasa Jun cukup bijak untuk pick-up yang Natalia ni tertarik dengan ko. Kalau dia dah dapat pick-up vibe ni, takkanlah dia dengan senang hatinya nak kasik maklumat pasal ko? Nombor handphone tu satu hal la, ni siap dengan alamat rumah lagi!"

Betul jugak tu. Jun pun tahu yang aku tak bagi calang-calang orang masuk rumah aku.

"Jadi maksud ko... sebenarnya bukan Jun yang kasik maklumat pasal aku kat Natalia?"

Dan dengan serta-merta, Shah menepuk dahinya sendiri.

"Apahal? Tak betul ke?" tanyaku.

"Ko ni kan... semenjak dilamun cinta, dilanda asmara ni... apahal jadik lembab semacam nih? Maksud aku, mungkin Jun yang rancang semua ni!" jelas Shah.

Selalunya kalau Shah ngutuk aku, akan disertai dengan nada mengejek. Tapi kali ni lain. Jelas sungguh nada kecewa dalam suara dia.

"Salah ke kalau aku sangka baik kat awek aku sendiri?" sedikit-sebanyak terasa jugak dengan komen yang baru keluar dari mulut Shah tadi.

"Salah tu tak, tapi janganlah sampai jadik buta tuli. Dah berapa ramai dah orang bagi amaran kat ko pasal Jun ni? Si Jaha tu lain cite la, mungkin ko leh kata yang dia memang dengki kat ko. Tapi Natalia ni, kawan baik dia sendiri! Takkanlah ko tak suspek apa-apa?" gaya Shah macam cikgu sekolah menengah yang dok cakap ngan budak kes juvana yang tak faham-faham bahasa.

"Kalau betul Jun pakat benda ni dengan Natalia, pasal apa Natalia nak kasik aku amaran pasal Jun pulak?"

"Sebab dia je yang tau apa yang dok jadi belakang ko. Mungkin dia tak nak go on dengan plan ni, tapi dah Jun suruh, dia buat jelah," Shah cuba merungkai misteri yang aku masih tak dapat nampak.

"Aku tak faham. Pasal apa pulak Jun nak suruh Natalia goda aku?" aku tau Shah mungkin dah naik muak menengokkan aku masih tak yakin dengan teori dia. Tapi macam aku cakap, salah ke kalau aku nak sangka baik kat awek aku sendiri? Orang yang aku dah mula sayang?

"Maybe she wanted to see whether you're that faithful type or not," Shah menduga.

"Okay. And what's wrong about that?" aku mencabar Shah lagi. Yelah... itukan lumrah manusia, lagi-lagi orang perempuan. Dia nak pastikan pasangan dia tak curang pada dia. Bukan semua orang dalam dunia ni macam aku, jenis ikut gerak hati. Ada sesetengah orang perlukan kepastian yang terang hitam putihnya.

Mendengarkan soalan aku tu, Shah tersenyum sinis. "Yelah... kalau dah tengah angau ni, si Jun tu buat apa pun semuanya betul," sindirnya.

"Would you stop it with that?" pintaku dengan sedikit nada marah.

"With what?"

"Stop labelling me as 'angau'. and try tp stop finding faults in Jun." kataku lagi, kali ni nada bengang aku lebih jelas ketara.

KELABU (Novel)Where stories live. Discover now