"Ibuuuuuuuu"
Memori lama itu terus menghantui kehidupan seorang gadis kecil ini. Ibunya sendiri memilih untuk pergi meninggalkan dia terkapai kapai di dunia yang asing ini.
"Kenapa ibu kenapa ?"
Hiks... Air mata mengalir dengan laju seperti air terjun yang tak mahu berhenti. Dia mengesat air mata, menghapus segala duka dan mencipta senyuman bahagia yang ternyata semuanya hanya dusta.
Tiada apa yang kekal melainkan Dia, Allah SWT. Namun dugaan demi dugaan kadangkala merapuhkan jiwanya. Tidak kiralah seutuh apa pun dia, dia hanya ibarat batu di tepi pantai. Nampak besar dan kuat, namun tamparan ombak yang tidak henti henti tetap juga menghakisnya.
•••
Di waktu yang sama, di dunia yang sama dan negara yang sama tetapi tempat yang berbeza. Kisah mereka juga berbeza.
"Mana lah budak budak ni tak bangun lagi ke. Anak dengan bapak sama je nak kena dikejut baru bangun."
Puan Zara membebel sendirian sambil menyiapkan sarapan pagi buat keluarganya. Bibik Yati yang mendengar bebelan pelahan Puan Zara hanya mampu tersenyum. Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk mendengar leteran Puan Zara. Bukan dia tidak kenal majikannya. Nampak tegas tetapi sangat penyayang.
"Bibik daripada asyik tersenyum je, meh sini, baik tolong saya susun semua ni. Saya nak naik ke atas nak panggil raja dengan putera puteranya tu. Mereka tu bukan reti turun sendiri semuanya nak berjemput sahaja."
"Baik Puan."
Tangkas bibik Yati mengambil alih tugasan yang sebelum ini dijalankan oleh Puan Zara. Mi goreng disenduk ke dalam mangkuk dan di bawa ke meja santapan.
Sebelum berlalu sempat Puan Zara mengerling bibik kesayangannya itu. Sudah hampir 30 tahun bibik Yati berkhidmat untuk keluarganya. Sempat dia memberikan senyuman kepada bibik Yati sebelum dia naik memanggil anak anak dan suaminya.
Pintu bilik master bedroom dikuak perlahan. Sekujur tubuh yang sedang nyenyak tidur menjadi tatapannya.
"Abang bangun. Dah pukul 8 pagi ni. Nanti abang lewat ke tempat kerja."
Puan Zara menggoncang perlahan badan Tuan Zayne. Bukan boleh percaya laki dia ni kalau kejut ganas ganas kang tak kena angin dia mahu merajuk. Jenuh pulak dia nanti nak memujuk. Goyangan demi goyangan, suaminya itu masih lagi di buai mimpi sedikit pun seakan akan tidak terganggu.
"Kejap lah ayang, bagi abang sepuluh minit je."
"Ya Allah bapak budak ni kemain liat lagi ya."
Mendengar balasan suaminya itu, hendak sahaja Puan Zara memulas lemak di tubuh suaminya. Tetapi memikirkan mungkin suaminya itu penat dia terus membatalkan niatnya.
"Hah iya la, saya gerak kejut budak budak ni. Kalau saya datang balik abang masih tak bangun, saya piat telinga abang."
Ugut Puan Zara sebelum dia berlalu ke bilik anak anaknya. Dipandang koridor panjang rumahnya yang tersusun lapan buah bilik dalam satu barisan. Dia mengeluh perlahan.
" Haih banyak ni kerja aku, dah lah semuanya liat nak bangun."
Dia menyusuri setiap bilik di lorong itu. Di setiap bilik dia mengetuk pintu sebanyak tiga kali. Setelah ke semua bilik dia ketuk dia berhenti seketika dan menunggu sekiranya ada tanda tanda pintu pintu itu terbuka. Namun hampa. Sunyi sahaja.
" Aku dah agak dah memang takda punya yang bangun. Sabar jelah. Haih, nasib sayang. Kalau tak sayang dah lama aku halau sekor sekor ni."

YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...