Bab 12 - Eyes v/s Dimples

176 10 3
                                    

Setelah majlis pernikahan tamat, Nuh cuba mencari Hana tetapi tidak berjaya. Risau juga dia kalau Hana lari ke apa ke. Dahlah Hana dah bawah tanggungjawab dia. Sayu hal pula dia nak menjawab dengan mama papa nanti.

"Mana pulak budak ni pergi. Sukalah menyusahkan aku."

Nuh berkata sendirian. Kakinya masih ligat mencari Hana. Naik pening kepalanya asyik berpusing pusing dari tadi. Seketika langkahnya tiba tiba terhenti, suara tangisan halus menarik perhatiannya. Dia kembali mengambil langkah menuju ke taman bunga penthouse keluarganya itu.

"Kenapa pula dia menangis ni ? Aduhai. Ini yang aku tak reti ni. Nak pujuk memujuk."

Nuh mengeluh perlahan sebelum tangannya naik menyentuh bahu Hana. Nak atau tak dia kena juga menegur Hana. Kang nampak dek mama ke papanya mahu dia kena ceramah sebab buat bini menangis.

"Kenapa kau nangis ?"

Hana yang terkejut dengan kehadiran manusia lain itu pantas bangkit dan mengesat sisa air matanya.

"Mana ada saya nangis."

Nafi Hana. Dia cuba berdalih walaupun kenyataannya dia sedar dia tak boleh menipu jejaka di hadapannya ini.

"Kau ingat aku bodoh ? Sekali lagi aku tanya, kenapa kau nangis ? Sedih sebab kau terpaksa kahwin dengan aku ?"

Suara Nuh yang mendatar tetapi agak keras itu sedikit sebanyak melukakan hati kecil Hana. Hana memandang wajah suaminya.

"Saya tak menyesal pun kahwin dengan awak. Saya menangis sebab ibu, ayah, abah, mummy dan abang Karl takde kat sini. Mereka tak dapat tengok saya kahwin."

Nuh terdiam seketika sebelum dia menyambung bicaranya.

"Ikut aku."

Tangan Hana dicapai dan digenggam. Dia berjalan membawa Hana ke arah keretanya.

"Naik."

"Nak pergi mana ?"

Hana menyoal sebaik sahaja dia berada di dalam kereta Nuh. Tetapi tiada jawapan yang diterimanya. Takut untuk bertanya lagi, Hana mengambil inisiatif berdiam diri.

Sunyi mengiringi perjalan mereka. Radio juga tidak dibuka. Matanya dari tadi tidak beralih daripada memandang jalan raya dan tiba tiba jantungnya seakan akan terhenti. Papan tanda dibaca.

"Tanah Perkuburan Islam Masjid Insyirah."

Sekali baca dia sudah kenal tempat ini. Nuh yang sudah berada di luar melambai dan mengarahkan isterinya untuk keluar juga. Tangan isterinya ditarik ke arah salah satu kubur yang berada di situ. Jelas di atas batu nisan tertulis nama Hans Lewis bin Hyde Lewis. Kubur sebelah kanan kubur ayahnya dilihat tertera nama Aisyah Hanim binti Abd Rauf iaitu ibunya. Di sebelah kiri pula kubur abahnya, Kevin Clark bin Aaron Clark. Hana membaca al-fatihah di dalam hati.

"Ibu, ayah dan abah harini Lydia bawa seseorang. Lepasni ibu, ayah dengan abah tak perlulah risau. Lydia dah ada orang yang akan jaga Dia. Nama dia Nuh Hayden Hegler, suami Lydia. I miss all of you so much."

Bisik hati kecil Hana. Dibersihkan sedikit ketiga tiga kubur itu. Air dijirus perlahan. Diusap sedikit batu nisan ketiga tiga kubur. Dia membayangkan dia sedang bermain dengan rambut kesayangannya. Sungguh dia rindu akan perasaan itu.

Dia dan Nuh akhirnya bergerak pulang ke penthouse. Sepanjang perjalanan Hana diam tidak berkutik. Fokusnya hanya pada pemandang di luar tingkap. Sesampainya dia di penthouse kakinya terus berlalu ke bilik tetamu.

"Eh eh... "

Langkahnya dihentikan oleh seseorang.

"Kau nak pergi mana ? Baju kau semua kan dah dipindahkan ke bilik aku. Meh ikut aku."

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now