Bab 16 - Hilang ?

164 11 1
                                    

Perlahan mata yang terpejam mulai celik. Keadaan bilik masih suram tiada cahaya, tirai langsir masih terkatup rapat. Badan cuba dibangkitkan namun sakit di bahagian kepala menghalang segala pergerakkan.

"Don't move. You are burning with fever. Stay still. I will come back."

Mata kembali dipejam dan hanya dalam masa beberapa minit Hana dapat merasakan sesuatu yang sejuk dan lembut menyentuh permukaan dahinya. Mata dibuka sedikit, dapat dilihat dari celah bukaan matanya wajah Nuh yang sedang memerah dan meletakkan kain basah ke atas kepalanya. Nuh mencapai satu kotak berwarna biru putih yang tertulis Cool fever dan patch itu perlahan dilekatkan pada dahi Hana.

"Sleep tight my wifey. Get a fast recovery. I will always protecting you and I'm sorry that I leave you alone."

"Jangan sakit. Nuh risau kalau Hana sakit."

Satu kucupan dia tinggalkan di dahi Hana sebelum dia bergerak menuruni katil. Pintu bilik ditutup dengan berhati hati untuk mengelakkan bunyi kuat terhasil.

•••

"Hello, awak, boleh tak saya nak mintak izin keluar ?"

"Kau nak keluar ke mana ? Demam kau dah kebah ke ?"

Nuh menjawab soalan Hana dengan soalan yang lain. Hairan sungguh dia. Pagi tadi baru dia rasa dahi Hana panas sangat. Ni tiba tiba call minta izin keluar. Sempat dia kerling sekali lagi nama pemanggil. Kot kotlah salah nomborkan ?

"Saya nak pergi mall kejap je. Saya dah sihatlah don't worry."

"Eh siapa pulak risaukan kau, aku tak nak Papa dengan Mama marah je. Pergilah, ajak Ris teman. No excuse."

Punat merah ditekan. Hana melangkah ke tingkat atas dan menuju ke arah bilik yang menempatkan Harris. Pintu itu diketuk. Cukup tiga kali ketukan, Harris muncul. Dia perlu keluar segera. Begitu la Hana, sentiasa bershopping untuk lupakan maaalah.

"Nak apa ?"

"Saya nak keluar tapi Nuh suruh awak teman. Awak tahulah Nuh tu, kalau saya nak keluar sendiri memang tak boleh. Semua asyik tak boleh je. Jadi teman saya please."

Tangannya di cantumkan meminta belas ikhsan daripada Harris. Harrislah satu satunya harapan untuk dia terbang bebas hari ini.

"Aduh kau ni, kejap aku bersiap."

Harris tahu dia tidak boleh membantah arahan itu. Terutamanya selepas kejadian malam tadi. Ini pun dia berada di rumah Nuh atas sebab Nuh suruh dia menjaga rumah sementara dia ke pejabat. Kalau tak memang takdalah dia nak duduk sini. Baik duduk rumah dia sendiri. Lagi selesa.

"Saya nak tanya boleh tak ?"

Hana memecah kesunyian perjalanan mereka. Jarak mall dari rumah Nuh anggak jauh, memang terasalah kesunyiannya.

"Selagi tak melanggar peraturan. Yes. Dipersilakan."

"Siapa mereka ? Yang datang malam tu ?"

"Itu bukan hak aku untuk bagitahu kau. Hanya ada satu benda yang kau boleh buat dan ianya adalah tolong percayakan kami. That's all."

Hana mengeluh perlahan. Kalau dipaksa pun dia tak akan dapat jawapankan ? Jadi daripada membazir air liur baik dia terima sahaja kata kata Harris.

"Kau turunlah dulu. Kejap lagi aku datang. Susah ni nak cari parking. Tapi jangan pergi jauh."

Kebetulah pula harini ramai yang berkunjung ke mall itu. Mungkin ada festival atau concert agaknya. Hana melangkah ke arah escalator. Kedai barangan comel di tingkat itu menarik perhatiannya. Cuci cuci mata pun jadilah. Tengok benda comel pun boleh hilangkan tekanan. Jadi apa salahnya.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now