Bab 8 - Mission

168 11 0
                                    

Papan kekunci ditekan dengan pantas. Laju sekali sehingga pergerakan jarinya sukar untuk ditangkap oleh penglihatan manusia normal. Mata juga tak berkalih daripada memandang screen laptopnya.

Tek... Tek... Tak.

Berbunyi bunyi papan kekunci yang ditekannya dan...

"Jumpa pun."

Laung Isaac separuh menjerit. Perduli apa dia dengan orang lain. Ini bilik dia yang memang dicipta khas iaitu bunyi dari dalam bilik takkan diketahui luar tetapi bunyi dari luar boleh diketahui yang di dalam bilik. Bilik itu dicipta begitu supaya kalau ada apa apa berlaku di luar mereka akan sentiasa peka dan bersedia. Sistem itu turut boleh ditukar kepada bilik kedap bunyi sepenuhnya. Perlahan lahan bibirnya tersenyum senget.

"Susah jugak nak cari maklumat budak ni."

Wajah Hana yang terpampang di skrin laptop itu dipandang. Maklumat maklumat juga turut tersusun di tepi gambar itu dibaca dan diteliti. Dari tempat lahir, jenis darah, keluarganya, kawan kawannya, bodyguardsnya, semuanya lah senang cerita. Lengkap seratus peratus.

•••

"Uit.. kau nak pergi mana ? Merancang nak pergi ke ? Atau kau memang bergaya macam ni dekat rumah ?"

Wajah Hana yang baru keluar dari lif itu dipandang oleh Harris dengan penuh tanda tanya. Pakai baju cantik cantik pulak tu. Cantik tu takde lah tapi cantik la juga bukan macam orang yang nak duduk rumah. Dengan blouse bunga bunga kecil warna soft pink, seluar berwarna putih dan tudung shawl yang warna sama seperti seluarnya itu menjadikan Hana kelihatan sangat ayu.

"Ini mesti baju mama bagi ni."

Bisik hati Harris. Ye la, Hana datang mana ada bawak apa apa. Tapi hairan jugalah macam mana mamanya ada baju untuk wanita muda, cantik pulak tu terletak di badan Hana. Macam memang milik Hana.

"Ish terkejut la saya, aduh awak ni. Cubalah kalau nak tegur tu bagi salam dulu ke kata pembuka bicara ke. Ini tak, main sergah je. Kalau ada sakit jantung lama dah saya jalan ke syurga."

Hana mengurut perlahan dadanya. Hampir terkena serangan jantung dia bila disergah begitu.

"Macam yakin je masuk syurga. Berbalik kepada soalan aku. Kau nak pergi mana ?"

Sempat Hana memberikan jelingan kepada Harris. Boleh tahan pedas mulut mamat ni. Waktu mak dia mengandungkan dia, mak dia makan berjuta juta carolina reapers ke apa.

"Saya nak keluar. Nak beli baju dengan barang barang saya sikit. Sayakan datang sini sehelai sepinggang. Yang ada pun handbag ni je."

Handbagnya yang berwarna soft pink itu diangkat tinggi. Harris dan Mark berpandangan antara satu sama lain. Mereka berkomunikasi menggunakan isyarat mata.

"Boleh ke ?"

Tak tahan Hana melihat dua orang manusia dihadapannya itu asyik berkomunikasi dengan menggunakan mata sahaja. Apa dia tak wujud ke apa kat depan ni ? Atau mereka berdua ni tiba tiba jadi bisu ?

"Apa diorang ni guna kuasa telepathy ke apa ?"

Fikir Hana sendirian sambil memerhati dua orang jejaka di hadapananya itu. 5 minit dia menanti tetapi jawapan masih tidak kunjung tiba. Lenguh dah kakinya berdiri.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now