Bab 35 - Pulang ?

132 6 0
                                    

Dari balkoni itu dapat dilihat sepasang kekasih sedang beradu kasih. Jelas terpampang wajah kebahagiaan di wajah kedua duanya. Si gadis di hadapan bermain dengan jari jemari runcing si jejaka sambil menjadikan dada lelaki itu sebagai tempat sandaran. Si jejaka pula memeluk erat kekasihnya daripada belakang. Ala ala Titanic gamaknya.

"Cantikkan matahari terbit ?"

Nuh berbisik lembut di telinga isterinya. Mata mereka berdua tertacap pada langit gelap yang perlahan lahan berubah warna hasil daripada cahaya yang dibawa oleh matahari.

"Cantik sangat."

Hana membalas pertanyaan Nuh dalam nada separa sebak. Ada intonasi sedih dalam suaranya yang berjaya dikesan Nuh.

"Kenapa kau menangis ?"

Lembut sahaja suara Nuh bertanya seraya memusingkan tubuh Hana untuk menghadap ke arahnya.

"Saya tak sangka saya tengok matahari terbenam semalam dengan Hayden dan harini saya tengok pula matahari terbit dengan awak."

Hana senyum sedikit dan tangannya pantas mengelap sisa air mata menggunakan hujung lengan bajunya.

"Berhari hari saya berharap yang bila saya bangun yang akan sambut saya adalah awak tapi sebulan saya tunggu awak tak hadir juga."

Hana tatap mata Nuh. Kedua dua belah pipi Nuh dia tekup dan segaris senyuman manis menampakkan kedua dua belah lesung pipitnya dia hadiahkan buat Nuh.

"Aku hampir lupa sebab apa Hayden wujud but now I already remember."

Nuh tiba tiba menghasilkan jarak antara mereka. Tangannya disilangkan ke dada. Mukanya masam mencuka dan matanya berubah menjadi pandangan pemangsa.

"Awak kenapa ?"

Selangkah Hana cuba mendekat dan menggapai tangan Nuh tetapi Nuh juga mengambil tindakkan mengundur menjauhi Hana.

"Mana boyfriend kau tu ?"

Sinis sekali Nuh berbicara. Hana yang mendengar soalan itu hanya mampu memaki diri sendiri dalam hati. Itulah haritu marah sangat.

"Errr.. he is not even my boyfriend and too far to be my boyfriend."

Hana berkata sambil kepalanya digaru menggunakan jari telunjuk. Betul betul serabut sekarang ini. Gigi dia ketap rapat. Senyuman penuh kejanggalan dia lemparkan untuk Nuh.

"Not your boyfriend ? So, who is him ?"

Kening Nuh terjongket sedikit. Dia juga mengambil satu langkah mendekati Hana. Tubuhnya direndahkan sedikit agar dia dapat selaraskan matanya ke arah wajah Hana.

"One of my bodyguards."

Hana senyum canggung. Dia dah tak mahu menutup apa apa lagi. Dia akan dedahkan segalanya termasuk tentang bodyguardsnya kerana dia sudah cukup percaya pada Nuh dan keluarga besar Nuh.

"One of ? That's so impressive."

Nuh sekali lagi tersenyum sinis. Tubuh bongkoknya tadi sudah kembali berdiri tegak dengan tangan kembali disilangkan. Wajahnya kelihatan sangat bengang. Berapa ramai pula yang menyebok jaga bini dia ni.

"Awak cemburu ke ?"

Hana merapatkan diri ke arah Nuh. Dia tinjau sedikit wajah Nuh yang sedang menunduk. Nuh jeling Hana begitu sahaja.

"Jangan perasanlah."

"Tapi muka awak nampak macam orang tengah cemburu."

Pipi Nuh Hana cucuk menggunakan jarinya. Suka betul dia tengok jejaka di hadapannya ini cemburu. Nampak comel !

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now