Detak jantung berdebar laju. Langkah dihanyun sepantas yang termampu. Orang orang di sekeliling langsung tidak diperdulikan. Tergopoh gapah si suami mengikut langkah laju milik si isteri. Laju pula langkah si toyol kecil miliknya ini mengalahkan langkah besar kaki panjang miliknya.
"Sayang perlahan sikit tak boleh ke ? Nanti awak jatuh pula."
Akhirnya bibirnya mengungkapkan kata. Penat pula Tuan Zayne mengejar langkah Puan Zara. Sudahlah isterinya itu berkain dan berkasut agak tinggi, buatnya terpelecok, susah pula nanti.
"Tak boleh bang, anak anak kita tu."
Memahami si isteri, Tuan Zayne lantas menangkap tangan kecil milik Puan Zara menghentikan pegerakkannya. Ditarik isterinya untuk saling bertetangan mata.
"That one, already happen and we can't change anything about it but you, we can't prevent any incident happen to you. Jadi, cuba bertenang dulu sayang, anak anak kita kuat, Insya Allah mereka baik baik sahaja. Kalau kita jalan perlahan pun kita akan sampai pada mereka, jadi tak perlulah awak tergopoh gapah macam ni. Okay ?"
Lembut sekali teguran Tuan Zayne sampaikan buat Puan Zara. Dia tahu isterinya takut untuk kehilangan anak mereka tetapi itu tidak bermaksud dia bakal biarkan sahaja Puan Zara hanyut dengan perasaan sendiri.
"Sini pegang tangan abang. Awak tu berkasut tumit tau dengan berkainnya, buatnya awak terjatuh kan dah menambah pesakit hospital ni. Kalau awak sakit siapa pula nak jaga anak anak kita tu ?"
Dalam pada membebel, tangan Puan Zara dan Tuan Zayne sudah pun saling bertaut. Teguran lembut si suami mengusik jiwa si isteri. Baru Puan Zara tersedar yang dia telah dihanyutkan perasaan sendiri.
"Saya minta maaf. Saya risaukan diorang je."
"There's nothing to be apologize. Abang faham awak sayangkan anak anak kita. Okay dah, jom."
Kini mereka berjalan beiringan, sambil berpegangan tangan. Langkah laju dihayun bersama menuju ke arah ruangan yang menempatkan anak anak mereka.
"Mama, Papa."
Suara milik Hud laju sahaja menyapa kedua dua orang tuanya. Dapat dilihat sendiri oleh Puan Zara dan Tuan Zayne bertapa huru haranya keadaan anak anak mereka. Ada yang tido bergelimpangan dalam keadaan kusut masai. Sangat tidak terurus. Mana hilangnya anak anak mereka yang kacak bergaya ?
"Macam mana semua benda ni boleh jadi Hud ? Tell me now. Apa yang korang semua sorok daripada mama papa ?"
Bermulalah kisah dari awal sehingga akhir. Setiap saat sentiasa mendebarkan hati kedua dua orang tua ini. Nyawa Puan Zara bagai direntap beberapa kali.
"Astagfirullah, Hana mana ?"
Istighfar sahaja yang mampu terkeluar dari bibir milik Puan Zara. Menantunya yang satu itu terus menjadi titik perhatian utama.
"Hana ada dekat bilik sebelah."
Hud berkata perlahan. Sayu sekali wajahnya. Jelas sekali menunjukkan rasa duka yang tidak lagi mampu ditahan.
"Nuh pula dah sedar tapi dia tertidur semula lepas doktor bagi dia antibiotik."
"Mama nak Hud panggil yang lain ke ?"
"Tak perlu mama dengan papa nak jenguk Hana dulu."
Pantas Tuan Zayne menghalang anak terunanya itu untuk menganggu lena yang lain. Nampak penat sungguh anak anak bujang mereka. Jadi, tidak mahulah dia menganggu.
"Hana, Papa dengan Mama datang ni sayang."
Sejurus sahaja langkah terakhirnya sampai di sisi katil, ungkapan itu meluncur laju dari bibir milik Puan Zara. Air mata mula bergenang di tubir mata. Sayu melihat satu satunya menantunya kini sedang bertarung nyawa.
![](https://img.wattpad.com/cover/285651523-288-k954760.jpg)
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...