Bab 20 - Goodbye

153 8 11
                                    

Dapat dilihat oleh Hud semua orang sedang menghapus air mata mereka. Dua kubur yang kini menjadi rumah abadi adik beradiknya dilihat dengan renungan yang sunyi dan tidak berperasaan. Kosong sekosong kosongnya. Dapat dilihat jelas tertera nama Nuh Hayden Hegler bin Zayne Hegler dan Luth Rayden Hegler bin Zayne Hegler di pusara itu.

Hana di sisinya ditatap. Gadis itu kelihatan kuat dan hanya diam merenung pusara yang masih merah basah.

"Katakanlah ini hanya mimpi buruk. Semoga nanti bila aku terjaga kami masih di rumah bergurau senda dan makan bersama."

Hud berkata kata di dalam hati. Masih tidak dapat diterima oleh akalnya, dua orang yang selama ini bersama dengannya dari sebelum lahir lagi sudah tiada. The triplets tidak lagi sempurna.

Hud yang keletihan terus sahaja merebahkan badannya ke atas tilam empuk biliknya. Dari masuk ke dalam rumah Hud diam tidak berkata apa apa. Setiap yang berada di dalam rumah itu mengimbas memori mereka bersama. Hud akhirnya tertidur dalam keadaan dada dan otaknya sesak dengan seribu rasa dan fikiran yang sukar dirungkai, semuanya berselirat.

Di sisi lain keadilan sedang ditegakkan. Yang salah bakal dihukum. Hukuman jenis apa ? Biarlah mahkamah dunia yang menentukan. Hakim yang arif lagi bijaksana pasti pandai menjatuhkan hukuman. Biarlah andai ada penipuan biarlah. Sekiranya mahkamah dunia menjadi tidak adil maka biarlah mahkamah akhirat yang tidak pernah salah yang menentukan.

"Bawa mereka semua ke balai."

Inspektor Qayyum memberi arahan kepada anak anak buahnya. Orang orang suruhan Hishamudin semuanya masih hidup tetapi ada yang cedera dan mereka semua pengsan mungkin akibat disuntik ubat pelali oleh Adam, Cavin dan Mark.

Pasukan forensik juga telah tiba untuk menganalisis tempat kejadian. Mereka perlu melakukan kerja terbaik agar kes ini dapat ditutup dengan sempurna. Mayat Hishamudin juga akan dibedah siasat. Sesungguhnya dari Dia kita datang dan dari Dia juga kita akan kembali.

Grand Moonlight Hotel juga telah diarahkan tutup buat sementara waktu atas isu keselamatan. Risiko untuk kekal beroperasi. Bimbang kesan bom semalam menyebabkan infrastructure hotel menjadi lemah.

Di media sosial termasuk berita sudah dibanjiri dengan pelbagai spekulasi mengenai kejadian itu. Pelbagai tajuk berita juga telah muncul seperti 'pihak pengurusan hotel gagal menjaga keselamatan penghuni sehingga mengakibatkan kejadian pengeboman dan kematian' dan 'kegagalan pihak polis untuk menangkap Hishamudin atau dikenali sebagai Sir Deen menjadi punca kejadian pengeboman ini berlaku'.  Seperti biasa, media sentiasa bijak mengambil kesempatan ke atas isu yang hangat sehingga kes ini menjadi trending di seluruh pelusuk Malaysia dan beberapa negara jiran.

•••

Tangannya dihadang untuk menghalang teriknya cahaya dari terus menusuk masuk ke dalam kornea mata. Mata digosok perlahan. Cahaya terang yang terbias cuba dibiasakan oleh matanya. Beberapa kali matanya dikelipkan. Dia cuba bangun tetapi satu kesakitan kecil ditangan menghalang tindakannya. Dia dapat melihat jarum kecil IV drip disematkan ke dalam tangannya.

"Kau dah sedar ?"

Isaac menyoal perlahan. Lama dia berada di sisi Hud menunggu jejaka itu sedar. Sejurus sahaja Hud berkata dia tidak kuat, Hud terus jatuh pengsan di dalam dakapan Harris dan Isaac.

"Nuh dengan Luth dah takda kan ?"

Hud menyoal perlahan. Suaranya seakan akan kanak kanak kecil yang kehilangan gula gula. Dia cuba menganalis keadaan. Mengapa dia boleh tiba tiba berada di katil hospital sedangkan tadi dia tidur di rumah ?

"Mereka okay. Kau jangan risau."

"Is, jangan tipu aku. Aku nampak kubur diorang. tsk."

Akhirnya jatuh juga air mata milik seorang lelaki bernama Hud. Dia cuba kuat tapi dia tak mampu. Yang hilang itu adik beradiknya. Darah dagingnya. Mana mungkin dia tidak menangis. Tidak kira bertapa egonya seorang lelaki pasti tetap akan tumpas bila hilangnya orang yang dia sayang.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang