Bab 53 - Gelaran

124 6 2
                                    

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Mujur sahaja harini hari cuti, dapatlah mereka berulit lebih lama di atas katil. Selepas solat subuh pagi tadi, terus sahaja mereka sambung melelapkan mata. 

"Abang, Hana turun dulu tau."

Hana berbisik ke telinga Nuh. Hanya anggukan sahaja yang dia terima. Penat sangat gamaknya bakal ayah ini. Pipi Nuh Hana cubit sedikit sebelum dia berlalu keluar dari bilik.

Sengaja Hana memilih laluan tangga harini. Kata orang tua, bila dah sarat kena banyakkan berjalan untuk mempermudahkan proses pembukaan. Nanti mudahlah nak bersalin.

Sampai sahaja di anak tangga terakhir, telinga Hana mula menangkap suara suara halus. Ini bukan bisikkan syaitan ya tapi suara suara pengaduhan kecil yang tua tua bangka di ruang tamu.

"Mengada ngada ya turun ikut tangga."

Suara yang datang dari arah belakang itu menyentakkan Hana. Tangan Nuh naik melingkar di pinggangnya.

"You're awake."

"Abang tahu Hana kalau ditinggal sorang sorang mulalah buat perangai yang bukan bukan."

Tangan Nuh naik mencubit pipi isterinya. Geram ! Hana ketika mengandung nampak makin comel dengan pipi tembamnya itu. Hana hanya membalas kata kata Nuh dengan segaris senyuman. Tangan Nuh dia capai dan mereka berjalan beriringan. Makin dekat ke ruang tamu maka makin jelaslah suara perbalahan itu.

"Takda. Aku tak kira. Aku nak juga pak su tu jadi gelaran aku ! Kau carilah yang lain !"

Suara Cavin berteriak kedengaran. Kini dia dan Harris sedang saling berlaga mata. Tegang sekali nampaknya, mengalahkan perlawanan badminton.

"Aku yang bongsu ! Akulah pak su ! Dah kenapa kau pula ?!"

Si Harris tidak mahu mengalah. Tindakkan mula dibuat, ditolak sedikit bahu Cavin ke belakang. Mata mereka kekal tajam merenung antara satu sama lain. Andai sahaja pandangan mata punya peluru, sudah pasti buta kedua duanya dan sekarang Nuh sangat berharap yang mata punya peluru. Biar buta dua dua adik dia yang tiada otak ini.

"Kau dah kenapa tolak tolak ! Kita sebaya ya. Kau tak payah nak rasa kau tu bongsu sangat !"

Cavin masih kekal di posisi. Tidak mahu berundur meski badai menerjahnya. Tangannya pula naik menolak bahu si Harris. Bergaduh macam perang dibuatnya dua orang ini.

"Sekarang aku nak tanya siapa lahir dulu ?"

"Akulah."

Cavin menjawab pertanyaan Harris dengan pantas padat dan tanpa ragu. Apa jenis soalan yang baru Harris lemparkan ini. Seketika dia berfikir sebelum sesuatu tiba tiba menerjah otak kosongnya. Senyuman sinis mula tertayang di bibir Harris.

"Then, sebab aku tua kau kenalah hormat keputusan aku !"

Pantas sahaja Cavin berdalih. Apa pun jadi dia akan kekal perjuangkan gelaran pak su itu kerana baginya gelaran pak su sentiasa kedengaran muda. Tolak menolak mula terjadi antara kedua duanya.

"Should I grab something to eat ? Confirm lama ni."

Si Isaac sudah berura ura ke dapur untuk mencari sebarang sumber makanan. Movie tanpa makanan mana syok. Sudahlah movie ini tidak punya siaran ulangan. Anggukan daripada Hud diterima baik oleh Isaac, pantas kakinya di atur ke dunia makanan iaitu dapur !

"Sudahlah tu ! Korang ni umur berapa sebenarnya ? 8 tahun ke ?!"

Suara Nuh bergema di sekitar rumah. Habislah harimau yang tidur sudah bangkit. Mata Nuh tajam merenung kedua dua adiknya yang sudah terbaring di atas lantai dengan keadaan Cavin berada di atas tubuh Harris bersedia melemparkan tumbukkan.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now