"Yes my bride. It's me. I'm here. Kau dengan Nuh tak pernah bagi aku rehat dengan tenanglah. Maafkan aku sebab terlambat. Terima kasih bertahan untuk aku. Sekarang, setiap inci yang dia sentuh pada tubuh kau aku akan pastikan dia rasa seksa yang sama !"
Hayden terus melaraskan submachine gun ke arah nenek sihir yang sudah cuba untuk bangkit bangun semula. Kaki sebelah lagi milik nenek tua itu dia tembak.
"Itu sebab kau berani pukul dia ! Sedangkan aku sikit pun tak pernah naik tangan dengan dia !"
Hayden menyasarkan tangan nenek sihir itu pula. Namun kali ini dia tak boleh tembak sebab Hana sedang melindungi nenek sihir itu. Iya Hana lindungi dia !
"Kenapa kau lindungi dia Lydia ? Are you stupid ?"
"Jangan bunuh dia Hayden. Dengan membunuh tak akan bagi apa apa kebaikkan melainkan akan membuat awak terhukum. Berhenti ya ?"
Hana berusaha untuk memujuk Hayden. Dia tak nak Hayden jadi pembunuh. Dia tak nak Hayden hidup dalam rasa bersalah. Dia tak nak Nuh terpaksa hadapi tindakan Hayden.
"Lydia. Ke tepi ! Biar aku habiskan si nenek sihir tak guna tu !"
Submachine gun masih kekal dihalakan ke arah nenek sihir itu. Sekali lagi tindakan dia dihalang. Kaki dia disepak kuat oleh seseorang menyebabkan dia terduduk seketika. Bila dia berpaling dia dihidangkan dengan wajah orang suruhan nenek sihir itu.
"Berani kau lawan aku !"
Pukulan demi pukulan dia hadiahkan buat orang yang telah menendangnya. Akhirnya, orang itu terjelopok jatuh.
"Guys, selesaikan !"
Sempat Hayden mengarahkan yang lain untuk bertarung sama. Tempat itu telah menjadi medan tempur semua orang. Pukulan demi pukulan dilepaskan oleh semua orang. Jeritan demi jeritan memenuhi ruangan. Darah juga mula membanjiri semua tempat. Menakutkan.
"Don't kill anyone."
Arahan lain pula dikeluarkan oleh Qayyum. Mengingatkan semua orang agar bertindak bijak dan elakkan daripada mengambil nyawa sesiapa.
"We know."
Semua orang menyahut kecuali Hayden. Hari ini dia tekad untuk bunuh seseorang iaitu nenek sihir yang berani melukakan permaisurinya. Setelah mengamati kedaan buat seketika, Hayden kembali fokus kepada Hana. Dia melepaskan tembakan ke arah tangan yang cuba memukul Hana namun tidak sempat Hayden melepaskan tembakkan, tangan itu lebih pantas bertindak.
"Jangan bunuh dia ya ?"
Dalam kesakitan Hana berbicara. Mata berkacanya menatap ke arah mata milik Hayden. Dia pegang kuat bahagian badannya telah ditikam. Pisau masih tercacak pada abdomen bahagian kanannya. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Lelaki itu seperti terkedu. Sejenak Hayden tersentak sebelum langkah terbesar dia hayunkan ke arah Hana. Kepala Hana dia tampung ke atas pehanya.
"Awak janji, awak selamat okay ? Awak janji jangan bunuh sesiapa ? Janji ya Nuh Hayden ?"
Tersekat sekat Hana berbicara. Darah sudah mula melimpah keluar membanjiri bajunya dan baju milik Hayden. Air mata merembes keluar dari kedua duanya. Orang yang bertindak menikam Hana tadi sudah pun ditumpaskan oleh Jeremy dan diikat di salah satu tembok batu di situ.
"Jangan nangis."
Dengan kudrat yang masih tersisa Hana hapuskan setiap titisan air mata yang keluar dari mata cantik suaminya. Senyuman termanis dia cuba ukir.
"Wifey stop talking. You're bleeding. Jangan tinggalkan abang."
Air mata tidak dapat lagi dibendung. Terus terusan membanjiri kedua dua belah pipi. Mata Hana perlahan tertutup dan tidak lagi menerima cahaya daripada dunia. Gelapnya pandangan pada dunia Hana, maka cerahlah dunia seseorang yang tidak pernah lelah membenci dirinya meskipun atas sebab yang gagal diterima akal sihat manusia.

YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...