Bab 11 - Husby + Wifey

209 9 1
                                    

Pejam celik pejam celik hari yang tak pernah ditunggu oleh seorang Lydia Hana hampir tiba. Selepas perkara itu berlaku, sebaik sahaja akad disahkan, hidupnya akan berubah 360°. Bersediakah dia ? Tak, dia belum bersedia.

Seperti yang dikatakan Puan Zara dan Tuan Zayne majlis simple sahaja hanya untuk akad nikah. Dapat dilihat ruang tamu rumah itu sudah cantik dikemas. Bunga bunga kecil berwarna pink, biru dan putih yang telah digubah diletakkan di sekeliling ruang tamu. Tempat akad nikah bakal dijalankan juga cantik tersedia. Baju yang tergantung di luar almari itu dilihat. Baju kurung berwarna putih dengan motif bunga bunga kecil timbul dan manik manik mutiara. Cantik. Simple and elegant.

"Cantiknya baju ni, kalau la aku kahwin atas dasar cinta mesti hari esok adalah hari yang paling aku tunggu."

Bisik hati Hana. Jarinya dilarikah di atas baju itu. Putih bersih dan sangat suci. Sesuai sangat dengan nilai akad yang juga suci.

Selepas dia menerima lamaran Puan Zara dan Tuan Zayne itu, sekali pun dia tak pernah melihat wajah bakal suaminya a.k.a si Nuh. Semua barang perkahwinan dia dengan Puan Zara yang sediakan. Busy sangat ke bakal suaminya itu ? Sedikit pun tiada masa untuk berjumpa dengannya.

"Mamat ni pun satu hal, kalau tak nak, janganlah terima. Nampak macam aku pulak desperate nak dengan dia. Padahal sikit pun aku tak ingin kahwin dengan dia."

Hana menghempaskan tubuhnya di atas katil bersaiz queen itu. Sengaja dia bergolek golek dia atas katil untuk melepaskan kemarahannya. Si Dolly patung dinosaur yang dia beli sewaktu keluar bersama dengan Mark dan Harris itu dipeluk erat. Baru sahaja dia hendak tertidur, ketukan daripada pintu menganggunya.

"Adoi siapa pula kacau aku ni. Orang dah lah takde mood sebok pulak nak kacau. Memang takda waktu lain ke nak kacau ergh."

Tudung sarung dicapai dan pintu bilik dibukak laju. Tanpa melihat siapa gerangan yang mengetuknya, Hana terus berkata dalam nada yang bosan dan sedikit tinggi.

"Hah ?! Nak apa ?!"

"Amboi amboi belum jadi bini lagi dah tinggi suara. Nanti dah jadi bini aku tak tahulah macam mana perangai kau ni. Tapi hati hatilah bila dah jadi bini tu sebab semua jadi dosa nanti."

Hana mendongak memandang gerangan yang mengetuk pintunya. Dahinya sedikit berkerut. Datang datang dah cari gaduh. Sabar jelah.

"Eh wujud lagi. Ingat dah lenyap dari dunia."

Hana berkata dalam nada yang sedikit keras tetapi tidak tinggi seperti tadi. Wajah itu dipandang lama. Handsome. Rambut perang, kulit putih, bibir merah tanda tak merokok dan perfecto ! Semuanya perfect ! Satu je yang tak sempurna, senyum tu takda. Mahal sangat ke harga senyuman ?

"Uish garang betul. Ni aku nak bagi kau ni. Ingat aku saja saja je ke nak datang tengok kau. Takda kerja aku."

Tanpa pamitan Nuh terus berlalu pergi. Sampul surat yang telah bertukar tangan itu Hana perhati. Pintu bilik ditutup dan dia melabuhkan punggungnya ke atas katil. Sampul surat itu dibuka dan surat yang terkandung di dalamnya dikeluarkan dan dibaca.

Our Rule As Wifey and Husby.

1. Dilarang sama sekali masuk campur urusan orang lain ((kau adalah kau , aku adalah aku)).

2. Tidur bilik asing ! ((Nanti kau dengan aku akan pindah rumah)).

3. Jangan pernah jatuh cinta sebab lepas setahun kau dan aku akan bercerai.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now