Nuh hentikan kereta di pekarangan belakang bangunan tinggi bewarna putih merah itu. Lama dia termenung untuk seketika. Menyoal diri sendiri sama ada tindakkan yang diambilnya ini betul atau tidak.
"Wifey, are you serious about this ? Betul teringin sangat ke naik kereta peronda ? Benda lain tak boleh ?"
Nuh lemparkan soalan kepada Hana di sebelahnya. Wanita itu dipandang lama. Hana yang sudah siap dengan topi dah mask di muka. Sudah bersedia.
"Kenapa ? Abang tak bagi ke ? Kalau tak boleh tak apalah. Jomlah balik."
Dia mula berura ura untuk menanggalkan topi yang tersarung di kepala. Nada sayu Hana laju sahaja dapat dikesan oleh Nuh. Pantas tangan isterinya itu ditahan dan dibawa ke genggamannya.
"Remember, ini hanya lakonan. Jangan ambil serious dan jangan terlalu ambil mudah. It's dangerous."
Nuh dan Hana saling berpandangan. Tangan Hana dibawa ke bibirnya, satu ciuman dilabuhkan.
"Are you ready ?"
Anggukan daripada Hana, Nuh terima dengan sebaiknya. Mission start now.
•••
Suasana dingin di situ mampu membuatkan sesiapa sahaja menggigil ketakutan. Kepala Nuh dan Hana tertunduk merenung lantai. Mulalah mereka berlakon mengira kuman kuman di lantai.
"Kau bodoh ke Nuh Hayden ?"
"Merompak bank ? Are you damn serious or are you damn insane ?"
Lelaki di hadapan mereka jelas sekali kelihatan kesal. Tangan diambil meraup rambutnya ke belakang. Keluhan kasar terlepas dari bibirnya. Mahu sahaja dia hempuk laki bini di hadapannya ini.
"Kau bukan miskin sampai perlu merompak bank dan aku tak rasa kau bodoh pun. Kau kena pukau ke ?"
Tangan dia mula naik membelek setiap inci wajah kacak milik Nuh. Dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah kepala Nuh dibeleknya. Risau kalau jejaka itu diguna gunakan orang.
"Bukanlah. Ish. Tepilah."
Nuh mula membuka mulut. Tangannya naik menepis tangan milik Qayyum. Rimas diperlakukan seperti itu.
"Then, kau kenapa bodoh ? Bini dah lah tengah mengandung. Kau gila eh bawa mak buyung merompak ?"
Qalish pula mengambil tempat mengantikan abangnya. Nuh perlu dibasuh dengan sepenuhnya. Bukan selalu dapat peluang memarahi jejaka Gunung Everest ini.
"Janganlah marah suami saya encik encik polis. Saya yang salah. Penjarakan saya je."
Hana mula teresak esak menangis. Semua salah dia. Mengidam yang bukan bukan. Kesudahannya mereka berdua berada di sini. Balai polis.
Qayyum dan Qalish mengelabah sendiri. Masing masing naik menggaru kepala apabila mata tajam milik Nuh menusuk masuk ke dalam tubuh kedua duanya. Pantas sahaja air mineral di hulurkan Qayyum kepada Hana, manakala Qalish bertindak menghulurkan sekotak tisu.
"Saya yang salah. Saya teringin sangat nak naik kereta polis. Nuh kata kereta tu untuk orang jahat je. Jadi, saya ajaklah Nuh buat jahat. Janganlah marah suami saya. Saya yang rancang semuanya."
Dalam sedu sedu Hana berbicara. Habis hingus meleleh dari hidungnya. Kotak tisu yang dihulurkan Qalish dicapai sebelum dia bertindak mengesat hingus dan air matanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/285651523-288-k954760.jpg)
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...