Tangan suaminya dikucup lembut sebelum dahinya menerima kucupan daripada sang suami.
"Jaga diri. Aku izinkan kau pergi ke kubur ibu, ayah dengan abah. But don't come home too late. Pergi dan terus balik. Bahaya."
Sempat Nuh titipkan pesanan buat Hana. Pagi tadi selepas sarapan Hana ada menyuarakan hasratnya itu dan Nuh kini memberikan keizinan.
"Okay awak. Jaga diri juga. Jangan stress stress."
Hana terus melambai tangannya sehingga kereta Nuh hilang dari pandangan. Telefon dia capai dan nombor seseorang dia dialed.
"Assalammualaikum, Ris. Tolong hantar saya ke tanah pekuburan ibu ayah dan abah boleh ?"
"Kau ingat aku driver kau ke Hana ? Sorry bukan tak mahu tapi hari ini aku tak ada dekat sini. Urgent meeting."
Mendengar jawapan itu Hana mengeluh perlahan. Kaki dia atur untuk menaiki lif. Dia dah buat keputusan untuk naik grab ke sana. Dia terlalu rindu dengan ibu, ayah dan abahnya.
"Kau buat apa kat sini Ris ? Kau sepatutnya hantar Hana. Kenapa kau boleh ada di sini ?"
Wajah Harris dia tatap. Kalau Harris ada di sini siapa pula yang hantar Hana ? Hatinya mula berasa tidak tenteram. Mereka kini sudah berada jauh dari Hana. Mana mungkin boleh berpatah balik. Mereka dah jauh di Thailand.
"Naik grab maybe ?"
"Otak kau ! Bahayalah !"
Nuh terus menengking Harris. Hatinya gundah sekarang ini. Dia risau kalau berlaku sesuatu yang buruk pada Hana. Telefon dia keluarkan dan dia cuba menghubungi Hana. Namun setiap percubaannya hanya berakhir dengan operator yang mengatakan.
"The number you have dialed is currently not available. You can try again later."
"Sorry Ris, Aku kena balik. Maaf marahkan kau. But aku tak rasa Hana okay."
•••
Telefon dia yang menjerit dari tadi dipandang sepi. Bukan dia tidak mahu mengangkat tetapi dia kini berada dalam kalangan manusia yang menakutkan. Lutut Hana lemah.
"Miss me, huh ?"
Salah seorang jejaka yang berpakaian hitam dan memakai mask serta topi mendekatinya. Figura itu nampak familiar.
"Abang ?"
Hana menyoal perlahan. Jika sangkaan dia itu benar. Itu adalah abangnya. Ya, Karl Haziq ! Bentuk tubuh dan mata itu memang milik abangnya. Dia pasti. Tetapi kenapa abangnya buat dia begini.
"Wrong ! I'm not your brother."
Hampir luluh jantung Hana menerima tengkingan itu. Jejaka itu terus melangkah mendekatinya. Selangkah dia dekat selangkah Hana berundur. Otot kakinya seakan akan lemah. Dia jatuh terduduk. Tudungnya tiba tiba ditarik ke atas.
"Stand up !"
Belum sempat Hana bangun, tangan jejaka yang mengenggam tudungnya tiba tiba disepak kuat. Jejaka itu terundur ke belakang dan pegangannya terlepas.
"Jangan berani sentuh our lady !"
Jeritan daripada Jeremy menarik diri Hana untuk memandangnya. Mata Hana berair. Dia takut.
"Come here lady. It's not safe to be here."
Zack menghampiri Hana. Tangan gadis itu dia capai. Dia perlu bawa Hana keluar dari sini segera. Dari kejauhan dan melalui tingkap kereta Hana dapat lihat pertarungan antara dua puak itu. Kalau ikut bilangan sudah tentu pihak musuh bakal menang. Tetapi siapa sangka si musuh tiba tiba berudur.

ANDA SEDANG MEMBACA
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
عاطفية| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...