Bab 15 - War

165 10 1
                                    

"Kau duduk dalam ni diam diam. Jangan pernah buka pintu selagi kau tak dengar suara aku. Faham ?"

"Apa apa pun jadi abaikan. Pakai ni."

Hana melihat apa yang dihulurkan Nuh. Earphone dan telefon. Wajahnya sedikit berkerut tidak mengerti. Memahami air muka Hana, Nuh terus sahaja memasangkan earphone tersebut dikedua dua belah telinga milik Hana. Playlist lagu dicari sebelum butang play ditekan.

Nuh terus berlari meninggalkan Hana di dalam laluan rahsia itu sempat salah satu butang itu ditekan sebelum rak buku bergerak menghalang pintu laluan rahsia itu. Hana duduk sambil lututnya didekatkan ke kepala. Mata dipejam dan dia mula berdoa agar semuanya selamat. Lagu yang dimainkan Nuh sedikit sebanyak menenangkannya.

"Target locked ! Luth kau belah kanan aku belah kiri."

"Roger !"

Setelah menerima arahan daripada Hud. Peluru mula memburu sasarannya. Bunyi tembakan mula bergema di mansion itu. Beberapa orang telah rebah, mengerang kesakitan. Rintih suara orang menahan kesakitan jelas kedengaran. Malam ni dengan bulan purnama penuh menjadi saksi sebuah malam yang penuh dengan darah. Pertempuran yang sengit untuk melindungi.

"Jangan bunuh sesiapa ! Aku nak siasat sekor sekor siapa yang berani sangat masuk kawasan aku !"

"Don't worry, we won't."

Luth membalas kata kata yang diterima daripada Nuh melalui earpiece. Mereka perlukan tahanan untuk membalas dendam kepada orang yang menyerang mereka.

"Hye, babies !"

Adam yang muncul melalui pintu hadapan terus melaungkan perkataan itu. Mark, Cavin dan Adam membetulkan sedikit urat di tengkuk dan membunyikan jari jari tangan mereka. Batang besi berbetuk kayu besbol itu dipegang kuat dan dipusing pusing sedikit. Dalam kiraan tiga mereka mula menyerang.

"Aku nak yang kat sana tu ! Dia nampak menarik !"

Penjuru sebelah kanan ruang tamu dituju oleh Cavin. Jejaka misteri memakai topeng muka itu terus didekati tanpa rasa ragu. Satu tembakan telah dilepaskan oleh jejaka tersebut ke arah Cavin tetapi sasarannya tidak mengena. Belum sempat jejaka itu ingin menembak buat kali kedua, Cavin telah pun menyepak jauh pistol ditangannya. Cavin tersenyum sinis.

"Tak pandai menembak pergi kelas. Jangan memandai je. Memalukan. Tak tercalar ke maruah kau bila tembak tapi tak kena ?"

Batang besi ditangan diletakkan ke bawah dan dilepaskan. Disepak jauh batang besi itu.

"Tak syok (seronok) la pukul tapi badan tak rasa."

Cavin melayangkan penumbuknya tepat ke arah wajah bertopeng itu. Kemudian kakinya dihayun laju ke arah pinggang lelaki itu dan jelas bunyi retakkan tulang kedengaran. Lelaki yang telah terbaring itu dipandang oleh Cavin dengan senyuman sinis. Cavin menyisir rambutnya kebelakang sebelum membisikkan sesuatu ditelinga musuhnya.

"You guys mess with the wrong persons."

"Vin ! Tunduk !"

Cavin yang mendengar arahan itu pantas menunduk. Hampir sahaja sebilah pisau mengenai kepalanya. Nasib baik Adam sempat memberikan amaran.

"Now it's your turn buddy ! Berani kau ya nak sentuh adik beradik aku."

Rambut lelaki dihadapannya itu ditarik kuat dan kepala itu dihempaskan ke lantai oleh Adam. Perut lelaki itu disepak kuat.

"Dasar pendek tak sedar diri ! Lemah, baru pukul sikit dah pengsan."

Adam mencapai kayu besbol dan menghayunnya tepat ke arah jejaka yang hendak menyerangnya dari belakang.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now