Bilik pejabat itu dipenuhi oleh lapan orang manusia termasuk pemiliknya sendiri. Mode bilik itu ditukar kepada silent mode dan cermin bilik ditukar menjadi hanya yang di dalam boleh melihat yang di luar. Legap.
"Ehem... So, any info ?"
Nuh memulakan bicara. Wajah adik beradiknya dilihat satu persatu. Isaac bangkit dari kerusi, tujuh set kertas yang telah disatukan diagihkan kepada semua adik beradiknya.
"Semua info pasal budak Hana tu ada dalam tu. Dia jugak sebenarnya dah ada yang melindungi. Hana merupakan ahli keluarga Lewis juga ialah fakta tapi pasal dia the only Lewis tu, I don't think so."
Isaac berkata. Yang lain mula membaca setiap maklumat yang disediakan oleh Isaac.
"Kenapa kau cakap macam tu Is ? Ada yang meragukan ke ?"
Soalan Adam menarik perhatian mereka semua.
"Itulah yang aku masih tak dapat nak rungkai. Pelik sangat. Macam seakan akan Hana ni ada waris lain ? Tapi mungkin ini perasaan aku je agaknya."
Isaac mengeluh. Tak pernah seumur hidupnya dia gagal mencari maklumat seseorang. Mungkin mereka yang dia syaki ini memang tidak wujud. Bukan tidak wujud di dunia tetapi tidak wujud di dalam mana mana sistem dunia.
"It's okay. Korang, Dam, Vin and Luth ?"
Nuh menyoal tiga orang yang telah ditugaskan untuk mencari bahan bukti. Bukti adalah bahan penting dalam memastikan sesuatu siasatan tu berjaya. Jadinya dia sangat sangatlah berharap bahawa mereka dapat sebarang jenis bukti.
"Sorry Nuh. There are nothing left. Even setitik darah pun takde. Sangat clean. Macam tiada apa apa yang berlaku."
Luth mengeluh perlahan. Muka hampa jelas tertera di muka mereka semua.
"Korang ikut keluarkan tadi ? Ada yang pelik tak ? Takkan sikit pun takda yang pelik ?"
Soalan dituju kepada Mark dan Harris.
"Takde Nuh. Semua okay je. Takde yang follow ke apa ke. Takde langsung."
Mark menjawab persoalan Nuh. Sebab memang tiada. Perkara yang berlaku malam tu memang macam hanya khayalan mereka sahaja.
"Pasal Karl, dia memang tak nak jumpa Hana and aku dah cuba dah tanya apa alasan dia. Tapi itu lah aku tak dapat apa apa jawapan daripada dia. Dia berkeras tak nak bagitahu. Jadi aku terpaksa lah hormat keputusan dia."
Nuh berkata perlahan dan terdengar keluhan di hujung kata katanya. Jadi siasatan mereka harini keseluruhannya adalah kegagalan.
"Hm by the way, guys, aku dah amik senjata baru."
"Wow, nice. Jenis apa tu Hud ?"
Adam menyoal. Ye la, dia salah seorang fighter group itu. Semestinya senjata merupakan sesuatu yang sangat penting.
"Adalah. Yang paling penting ofcos aku amik yang paling latest. Ini Hudlah. Percayalah pada aku. Takdanya aku nak ambil yang cikai cikai. Syarikat senjata pun bapak kita yang punya."
Bibir masing masing mengukir senyuman sinis. Hud memang pakar dalam memilih senjata, jadi tiada apa apa yang perlu diragukan.
•••
"Lepas makan ni mama nak jumpa kamu berlapan ya ? Kumpul tempat biasa. No excuse."
Makan malam sunyi sekali. Kadang kadang sahaja terdengar pergaduhan kecil antara Cavin dan Harris yang berebut makanan yang dihidangkan. Macam biasalah budak dua orang tu mana pernah sebulu. Ada je yang nak diajadiakan bahan pergaduhan. Sehari tak gaduh macam tak lengkap kehidupan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...