Adam membantu Nuh untuk menolak kerusi rodanya. Penuh perlahan dan berhati hati pergerakkan kerusi roda tersebut. Tiba sahaja di depan pintu bilik yang menempatkan Hana, Adam berhenti secara mengejut.
"Kau janji dengan aku, apa apa kau dahulukan akal dulu dan aku nak kau kuat, redha dan percaya dengan takdir Allah. Percaya dengan Hana, isteri kau."
Adam yang sudah berdiri tegak di hadapan Nuh berbicara sambil pandangannya tepat menghala ke muka Nuh.
"Selama hidup aku, aku dah terbiasa jadi kuat Adam. Aku sudah bersedia untuk hadap apa pun jenis kemungkinan. Tapi kau tak boleh halang aku untuk bersedih dan meratapi isteri aku."
Nuh memandang kosong ke arah Adam. Setiap butir bicara yang dikeluarkan dari bibir Nuh menusuk ke dalam qalbu Adam. Ya. Mereka semua tahu bertapa kuat dan Nuh tidak boleh dipisahkan. Pintu itu ditolak terbuka dahulu sebelum kerusi roda Nuh, Adam sorong perlahan. Sebaik sahaja kerusi roda itu tiba di sisi katil, Adam terus bergerak keluar memberikan ruang buat Nuh.
"Hana, Nuh dah datang ni. Wifey, you don't want to look at your handsome husband ? Abang dah siap wangi wangi, kacak kacak dah nak bagi awak tengok tau."
Kalau boleh mahu sahaja Nuh menjerit meraung sewaktu dia melihat keadaan Hana. Seksa sekali untuk melihat keadaan Hana dengan tiub intubation berada di mulut kecilnya, lebam di mana mana dan luka memenuhi tubuh gadis miliknya itu. Tetapi Nuh sudah jangka apa yang bakal dia lihat pasti begini bukan yang indah.
"Awak tahu tak wifey, perkara pertama yang abang harap waktu abang bangun adalah awak sambut abang. How funny I'm for hoping that thing will happen when I already knew awak cedera teruk malam tu."
Tangan Hana Nuh capai dan usap lembut sebelum tangan mulus itu dibawa ke bibirnya. Digenggam erat tangan itu seperti tidak mahu dilepas lagi.
"You're so warm wifey. Abang janji lepas ni tangan ni abang tak akan pernah lepaskan lagi. Jadi Hana pun kena janjilah untuk bangun. Nanti abang boleh jaga Hana dengan anak kita."
Nuh berbicara sendirian lagi. Kali ini tangannya beralih mengusap perut yang hanya buncit sedikit milik Hana. Nuh sudah tahu yang Hana mengandung kerana Mamanya yang bercerita.
"Anak Abah kuatkan macam Ibu. Dah macam macam dah dugaan and you're still here. Even Doktor Amar not expecting for that. Such a miracle baby. Doakan ibu bangun tau sayang. Nanti awak lahir kita boleh main sama sama."
Nuh sambung mengusap lembut perut itu sambil tangan satu lagi mengenggam erat tangan milik Hana. Dikucup lembut tangan itu berkali kali.
•••
Nuh bangkit dari kerusi roda dan berusaha untuk kekal berdiri tegak. Tangannya berpaut kuat pada Adam memandangkan sekarang hanya tinggal Adam dan dia sahaja di hospital ini, yang lain sudah dihalau untuk pulang ke rumah oleh tuan Zayne. Katanya mereka semua sudah seperti mayat hidup. Adam pula sudah bersedia menyokong tubuh Nuh yang dia sendiri dapat rasa bakal tumbang jika dia lepaskan. Fokus Nuh pula hanya pada Hana. Hanya Hana.
"She will be alright, right ?"
Nuh pandang Doktor Amar dengan penuh pengharapan. Setelah melihat Hana tadi dia terus berjumpa dengan Doktor Amar.
"She's going to be okay. Kau kena kuat Nuh. The only One do said that if He wants to do good to somebody , He afflicts him with trials. Percaya Nuh percaya."
Doktor Amar bertindak menepuk perlahan bahu milik Nuh. Nuh sahabatnya merangkap bekas pesakitnya. Berat sungguh ujian bagi sahabatnya ini. Pernah hampir hilang salah satu nikmat buat selama lamanya dan kini dihadapkan pula dengan risiko di mana dia mungkin bakal hilang orang kesayangannya.
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...