Bab 21 - Lost

154 6 6
                                    

Dr. Amar yang memakai kot putih bersih dan berambut sisir tepi keluar dari pintu automatik bilik yang dihuni Nuh dan Luth. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Berdepan dengan keluarga pesakit bukan sesuatu yang mudah. Walaupun sudah lebih 10 tahun dia berkhidmat sebagai doktor, menghadap keluarga pesakit masih memberikannya rasa gemuruh.

"The good news is Alhamdulillah, both of them already awake."

Muka muka di situ menunjukkan rasa syukur. Seminggu penantian yang sangat bermakna. Akhirnya kedua dua kesayangan mereka sudah sedar.

"But the bad news is Nuh berdepan sedikit komplikasi di mana he temporary lost his hearing ability."

Mereka yang tadinya tersenyum tiba tiba berubah mendung. Hati masing masing seakan akan cuaca yang berubah, tadi pelangi seakan muncul selepas hujan yang panjang namun kini pelangi itu kembali hilang digantikan hujan lebat baru.

"Jangan risau semua, ianya hanya sementara. Mungkin mengambil masa seminggu atau paling lambat sebulan untuk Nuh dapat mendengar semula. Itu semua bergantung kepada semangat beliau."

Dr. Amar berlalu pergi setelah memberikan beberapa penjelasan mengenai keperluan dan kaedah yang dapat membantu Nuh kembali pulih.

Mereka yang ditinggalkan saling berpandangan. Cuba menyalurkan kekuatan kepada satu sama lain. Mereka tidak tahu apa yang bakal mereka hadapi. Adakah Nuh yang kuat atau Nuh yang sudah tidak punya perasaan. Memikirkan sahaja sudah buat mereka kusut.

"Hana sayang, pergilah masuk, tengok suami kamu."

Puan Zara yang telah kembali ke Malaysia sehari selepas kemalangan ini berlaku mendorong satu satunya menantunya itu. Berita itu seakan akan meruntuhkan dunianya sebagai seorang ibu. Tetapi apa kurangnya dunia seorang isteri bukan ? Seperti mana dunia ibu itu hancur, sudah pasti dunia seorang isteri turut remuk. Mereka sama sama wanita pasti lebih memahami hati nurani masing masing.

"Mama tak nak tengok ke ?"

Hana bertanya dengan muka penuh harapan. Dia berharap agar Puan Zara dapat menemaninya masuk ke dalam. Dia takut dengan riaksi Nuh. Dia takut dia tidak mampu berdepan Nuh yang baru. Mungkin sahaja Nuh yang kini akan menjadi Nuh yang seratus peratus orang baru untuknya.

Memahami isyarat yang cuba disampaikan, Puan Zara dengan rela hati menemani Hana. Jari jemari gadis itu digenggam kemas. Saling menguatkan antara satu sama lain. Mereka jalan beriringan memasuki bilik itu.

Hana pergi ke katil milik Nuh manakala Puan Zara ke katil milik Luth. Nuh diam sahaja, badannya dipalingkan menghadap tingkap luas bilik VVIP hospital itu. Cantik sekali pemandangan diluar dengan keindahan pepohon hijau dan juga bangunan bangunan tinggi. Kadang kadang dapat dilihat kapal terbang melintas di langit biru. Namun apa gunanya semua itu, sekiranya ianya sedikit pun tidak menceriakan dunia Nuh.

Langkah Hana atur sebaik mungkin, selawat mengiringi langkahnya. Akhirnya, dia kini betul betul berdiri di hadapan muka Nuh yang sedang terbaring itu. Sedikit pun Nuh tidak memandang, Nuh seperti berada di dalam dunianya sendiri. Tersinggung sedikit hati Hana. Namun cepat cepat dia lenyapkan perasaan yang tak patut bertamu itu. Dia mencapai tangan Nuh dan digenggamnya perlahan.

"Saya tahu suami saya kuat. Hana tahu Nuh akan pulih."

Dia cuba menyampaikan kata katanya melalui hati ke hati. Kalau dia berbicara pun Nuh takkan dapat dengar. Nuh yang kini sudah duduk menghadap Hana, hanya merenung Hana tanpa riak. Hana dapat lihat setitis demi setitis air mata turun daripada mata cantik milik Nuh.

Jari jemari runcing Hana memainkan peranannya. Setiap titisan air mata milik Nuh dia hapus sepenuhnya. Perlahan tubuh Nuh Hana tarik ke dalam dakapannya. Belakang tubuh lelaki itu diusap perlahan. Esakan kecil dapat Hana dengari. Hana juga turut sebak namun dia perlu kuat. Kata orang kalau kita nak orang yang kita sayang kuat, kita juga perlu kuat.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now