Setelah menghadapi pelbagai jenis halangan kini Japanese strawberry shortcake berjaya disiapkan. Sangat cantik, comel dan menyelerakan !
Dessert fork digunakan untuk mengambil sedikit potongan kek yang berada di dessert plate miliknya. Garfu itu kemudian di bawa ke mulut untuk menikmati rasa itu.
"Sedap !"
Satu perkataan sahaja yang mampu diucapkan oleh Hana ketika ini. Kek itu ada manisnya, ada masamnya dan ada rasa berlemaknya. Macam masam masam manis kehidupan. Sangat sedap dan tidak memuakkan.
"Eh ofcos lah tengok tanganlah siapa yang buat."
Cavin dan Harris yang saling berpelukkan bahu ke bahu itu tersenyum riak. Ingat diorang pandai berperang dengan musuh je ke ? Dekat dapur pun bolehlah !
"Sebab mama tolong ! Kalau mama tak tolong kek ni mesti rentung awak berdua kerjakan !"
Hana menjeling kedua dua jejaka itu, satu lagi suapan diambil. Tetapi kali ini bukan untuknya.
"Awak nak ?"
Garfu itu dihulurkan ke mulut Nuh. Tanpa banyak soal Nuh terus menerima suapan itu. Bukan senang nak dapat suapan dari Lydia Hana ya.
"Wuekkkkkk"
Serentak Cavin dan Harris membuat bunyi muntah dengan pakej muka menyampah dan sakit hati.
"Korang jealous kahwinlah. Mama mesti happy dapat tambah menantu. Tengoklah aku, ada bini yang suapkan. Kau ada ?"
Belum sempat pergaduhan itu diteruskan, ada kaki lain yang muncul di dapur. Pertelingkahan anak anaknya menganggu konsentrasinya. Meriah sungguh bunyinya sehingga dia yang berada di bilik kerja tidak mampu fokus. Cemburu dengan kemeriahan dapur.
"Eh abang jomlah makan sekali. Budak budak ni buat."
Satu pinggan yang berisi sepotong kek itu dihulurkan kepada suaminya. Masing masing senyap sahaja menikmati sehingga tiba tiba yang lain pula tiba.
"Sampainya hati tak ajak ! Nak merajuklah !"
Isaac yang baru sampai bersama yang lain membuat muka. Sampai hati mereka lupakan dia. Makan kek pula tu !
"Jangan nak merajuk merajuk. Meh makan sama sama. Kita tengah raikan Nuh ni. Dia dah boleh mendengar !"
Puan Zara menyampaikan berita itu kepada yang lain. Serentak semua kepala memandang Nuh. Nuh hanya mampu tersenyum dan membuat simbol peace.
"I think you owe me an explanation. Memandangkan awak dah sihat, kita dah boleh berkomunikasi dengan mudah. Now, tell me. Awak siapa sebenarnya ?"
"Kau betul betul nak kenal aku ? Betul betul dah bersedia untuk ke dunia aku ?"
"Kalau saya tak bersedia pun, saya perlu bersedia Nuh. Jadi jujurlah. Awak siapa sebenarnya ?"
"Kalau kau nak tahu aku siapa. Pergi bersiap wifey and then I will bring you into my world."
Pintu gerbang itu tidak familiar. Tetapi hutan itu seakan akan familiar buat Hana. Jauh perjalanan mereka kali ini. Merentasi hutan tebal sebelum sampai ke pintu gerbang yang sangat tinggi.
"Kita nak ke mana ni ?"
"Here we're. Welcome to my underworld wifey. Welcome to the H."
Bangunan itu. Bangunan di mana ibu, ayah serta mama dan papa bergambar bersama. Inilah bangunan yang di bina oleh keluarga Hegler dan Lewis. Besar sekali bangunan itu. Yang peliknya macam mana sebuah bangunan seindah ini hanya diletakkan di hutan terpencil jauh dari orang luar.
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Roman d'amour| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...