Tok tok tok ...
Ketukan pintu menggangu konsenterasi Hana.
"Haish siapa pula yang kacau ni, orang tengah busy kot... Busy baca novel.."
Buku novel bertajuk awak suka saya tak ? karya Melur Jelita itu ditinggalkan di atas katil. Malas malas Hana melangkah juga membuka pintu biliknya. Dah agak dah siapa lagi kalau bukan mamat sorang dalam rumah ni si Karl Haziq, abangnya.
"What do you want abang ?"
Muka malas ditayangkan. Dia tiada mood nak berbual dengan orang. Moodnya sekarang adalah membaca. Membaca sehingga buku itu tamat.
"Amboi tak relax betul muka. Mesti baca novel tak pun tengok drama la ni. Tu yang muka macam berak tak lepas."
"Eyy apa abang ni. Pengotor."
Laju sahaja tangan Hana mencubit cubit seluruh tubuh Karl. Biar lebam lebam badan abangnya itu. Ada ke sampai urusan dalam tandas dibukanya. Tak malu betul.
"Dia.... Dia..... Lydia..... Lydia Hana !"
Hampir semput dia dikerjakan Hana. Sakit juga penangan jari halus itu. Sakit macam tersepit pintu kereta !
"Ha nak apa ? Ada masalah ke ? Kalau nak buat sesi luahan perasaan, maaflah talian pada malam ini tidak dibuka."
"Nak kutip hutang."
Gurau Karl sekali lagi. Bila dah nampak muka adiknya ini memang dia tak dapat nak straight to the point.
"Abang aku ni ada aku hempuk dengan meja ke kerusi ni kang ha."
"Eh mampu ke kau Hana ?"
"Eh ofcos la kaukan black belt taekwondo."
Fikiran Hana melayang bergaduh sesama sendiri. Tanpa dia sedari tangan dia laju je menghempas pintu tepat ke muka Karl.
"Aduh... Patah la hidup mancung aku..."
"Eh abang sorry... Ish nak apa betul betul la... Kan tak pasal pasal abang dah sedekahkan first kiss abang dekat pintu. Cakap betul betul sekarang, kang Dia campak abang ke bawah sana pula kang."
"Adoi adik dia ni tak relax betul la. Kesian bakal laki kau dik. Takut dia dengan kau nanti. Silap silap waktu malam pertama dia lari sebab baru tahu perangai kau yang takda beza dengan singa ni."
Hana malas nak mendengar bebelan abangnya. Bukan sekali dua dia terima bebelan yang sama. Telinga dia dah naik lali dah.
"Straight to the point, please, Mr. Karl Haziq. Saya tiada masa untuk melayan kerenah anda. Masa telah berlalu dan Hilman Yong dan Intan Zulaikha saya sedang menunggu."
Sempat dia sebut watak hero dan heroin novel yang dia baca itu. Bukan kegemarannya untuk membaca tergantung gantung ni. Ini semua salah abang dia. Terpaksalah dia berpisah seketika dengan cinta hatinya itu.
"Okay okay kalau abang cakap abang nak Dia datang syarikat tempat kerja abang buat persembahan, Dia setuju tak ?"
Hana berfikir sejenak. Kini hanya sunyi mengisi ruangan itu.
"Aku dah lama dah tak hadap ramai manusia ... Boleh ke aku ?"
"Ini je satu satunya cara untuk Dia untuk berjaya dan atasi fobia Dia... Dia please... Lagipun inilah masanya Dia dapat keluar bebas dari rumah."
Karl seakan akan tahu apa yang difikirkan adiknya. Setelah hampir beberapa minit berdiam diri. Nafas dia hembus perlahan.
"Dia... Okay Dia setuju... Kalini je tau ! Dah pergi sana, Dia nak sambung buat kerja."
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...