Bab 37 - Nuhana

151 6 0
                                    

Bilik yang tadinya ditinggalkan kosong kini kembali diisi dengan pemiliknya. Kedua duanya leka dengan urusan masing masing. Sunyi mengamit setiap penjuru ruangan bilik itu.

"Kenapa wifey tak pernah persoalkan abang ?"

Nuh lontarkan soalan yang menjadi titik noktah kepada keadaan sunyi sebentar tadi. Hana yang sedang mengelap rambut di hadapan cermin dia pandang penuh tanda tanya. Hana terus berpaling menghadap Nuh meninggalkan segala kerjanya menjadi tergendala.

"Nak persoal tentang apa ?"

Hana mencapai sikat dan menyisir rambut separas tulang rusuknya perlahan. Hair-dryer digunakan untuk mengeringkan rambut sepenuhnya. Losen juga dia sapukan ke serata kulit. Pergerakan Hana semakin lama semakin perlahan, dia dapat rasakan yang mata Nuh sedang memerhatikannya. Hana paling semula mukanya melihat Nuh.

"Abangkan jahat. Lepas Hana tahu kewujudan Hayden, mesti lagilah Hana nampak abang ni jahat."

Nuh berkata senada. Ada serak dalam suaranya. Mungkin berusaha menahan sebak. Terharu dengan Hana yang masih setia walaupun sisi terburuknya sudah jelas terbuka. Hana berjalan mendekati Nuh sebelum punggung dia labuhkan menghadap Nuh.

"Awak tahu tak syurga tu penuh dengan pendosa dan neraka itu penuh dengan orang alim ?"

Mukanya mula berubah. Pelik dengan fakta yang Hana baru kemukakan. Mana mungkin syurga yang indah menjadi tempat orang jahat dan neraka yang kejam menjadi tempat orang yang baik.

"Syurga itu penuh dengan pendosa yang telah bertaubat. Yang kembali kepada Allah meskipun dosanya sudah tidak terkira. Memohon keampunan dan menjadi taat kepada-Nya dengan seikhlas hati."

Hana menyambung bicaranya apabila dia dalam kesan wajah terpingga pingga milik Nuh. Pasti suaminya itu pelik dengan kata kata auta yang dilontarkan oleh dia.

"Neraka pula jadi tempat orang alim yang munafik. Yang hanya mengunakan nama agama untuk menunjukkan yang mereka baik dan suci. Jadi, tidak kiralah jika permulaan awak jahat, bertaubatlah. Allah sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya. Pengakhiran yang baik itu lebih utama daripada permulaan yang baik. Kita baiki diri sama sama okay ?"

Hana genggam tangan Nuh erat. Berusaha menyalurkan kekuatan buat suaminya. Dia tahu Nuh tidak salah. Masa silam yang telah bertindak kejam sehingga menyebabkan sisi baik suaminya ditelan aliran masa.

"Terima kasih sebab lahir ke dunia yang kejam ni. Terima kasih jadi bidadari aku. Terima kasih masih setia walau banyak kekurangan yang kau dah nampak."

Perlahan Nuh tarik Hana ke dalam pelukkan eratnya. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa dia bersyukur menerima Hana sebagai hadiah terbesarnya. Hidupnya sangat sempurna dengan Hana.

"Sama sama kasih abang."

Hana balas dengan senyuman. Semoga sahaja bahagia akan kekal memilih mereka. Semoga sahaja segalanya dapat diperbaiki sebaik baiknya.

"Apa dia ?"

"Abang."

"Awwww wifey. Apa ni. Janganlah macam ni. Malulah abang. Abang ingat Hana tak akan pernah panggil abang macam tu. Iyalah sebab abangkan tak layak."

Baru gembira Nuh kembali semula berduka. Macam kanak kanak kecil. Sempat pula dia bersangka buruk sekali lagi.

"Malu tapi mahu. Lepastu, apa main layak tak layak ni ? Abangkan suami Hana. Mestilah abang sentiasa layak."

Hana usap perlahan kepala Nuh. Bibirnya tidak lekang daripada melukis segaris senyuman manis.

"Saya ada soalan la untuk abang. Nak tanya boleh ke ?"

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now